Mari Berjual Beli dengan Allah

>> Sunday, June 27, 2010



Berniaga adalah sesuatu yang kita tidak boleh terlepas di dalam hidup. Setiap manusia yang lahir di bumi ini, tidak boleh tidak, pasti akan menjalani proses jual beli.Yang berbeza hanyalah Samada beliau menjadi penjual yang menawarkan barang-barangan ataupun menjadi pembeli yang tertarik dengan barang-barang dagangan. Konsep jual beli ini pasti mempunyai tiga elemen yang utama iaitu
1)Penjual
2)Perkara yang ditawarkan
3)Pembeli atau pelanggan.

Berjual beli Dengan Allah?

Pasti banyak sekali persoalan yang timbul bilamana dikatakan berjual beli dengan Allah. Bagaimana hendak berniaga dengan Allah? Apa yang Allah Tawarkan? Pastinya begitu banyak persoalan yang akan dilontarkan. Namun semua pertanyaan ini sudahpun dijawab oleh Allah dalam beberapa kalamnya di dalam kitab suci Al-Quran.

Petikan Pertama




"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih(10) Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih bak bagi kamu(11)"(As-Saff ayat 10-11)

Petikan Kedua



"Mereka yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak medapat petunjuk"(Al-Baqarah ayat 16)

Dalam ayat yang pertama, iaitu surah As-Saff ayat 10-11, Jelas di dalam maksud ayat tersebut bahawasanya Allah telah menawarkan satu perniagaan yang pastinya tiada kerugian bagi orang-orang yang melaburnya. Namun, barang yang hendak dilaburkan bukan satu barang yang mudah didapati. Allah telah gariskan beberapa perkara yang perlu diberi sebagai barang yang dilabur(bahasa mudahnya bahan mentah) iaitu

1)Beriman kepada Allah
2)Beriman kepada Rasulullah S.A.W
3)Berjihad dengan harta
4)Berjihad dengan jiwa raga

Namun, sebagai pulangan kepada pelaburan tersebut (keuntungan), Allah telah menjanjikan suatu kemewahan yang tiada bayangnya iaitu menjadi ahli syurga 'Adn yang didalamnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang sangat hebat jikalau ingin dibandingkan dengan kemewahan dunia yang sedikit. Malahan kehidupan di sana merupakan kehidupan yang kekal abadi.

Manakala dalam petikan ayat kedua pula iaitu surah Al-Baqarah ayat ke 16, yang mana nasib mereka yang telah gagal dalam perdagangan disebabkan tertarik dengan tawaran syaitan yang dusta. Ayat ini telah ditujukan kepada golongan-golongan munafiq di mana mereka ini telah memperolokkan keIslaman mereka ini. Dalam ayat 14, Allah telah terangkan sikap orang munafiq ini "pabila berjumpa dengan orang mukmin mereka mengaku beriman, namun apabila mereka kembali kepada syaitan, mereka telah memperolok-olokkan iman mereka".

Ini adalah 2 contoh ayat yang jelas membicarakan mengenai perniagaan secara tidak langsung samada berniaga dengan Allah yang menawarkan ganjaran yang lumayan ataupun berniaga dengan syaitan yang pastinya tidak akan mendatangkan sebarang manafaat bahkan menyebabkan kerugian yang sangat teruk dialami oleh pelabur tersebut.

Tidakkah kita terliur untuk mendapat segala kemewahan yang kekal abadi, keindahan yang tiada tandingannya, makan yang sangat lazat di dalam syuga 'adn ini. Sekiranya pulangan(keuntungan) ini dapat dilihat dengan mata kasar, saya yakin dan pasti, tidak akan ada di dunia ini yang akan melakukan kezaliman, kemungkaran dan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Pastinya mereka akan tertarik dan terpikat dengan tawaran ini lantaran meninggalkan janji-janji manis syaitan laknatullah 'alaih.

Namun apakan daya, mustahil dalam sesuatu perniagaan atau pelaburan, pembeli akan diberi gambaran yang jelas, yang boleh dilihat dengan mata kasar, yang boleh diketahui kesannya sebelum mereka mencuba. Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh si pembeli @ pelabur. Jadi pembeli mahupun pelabur perlu membuat satu pilihan yang bijak bukan setakat  menilai keuntungan jangka masa pendek, tetapi perlu juga meramal akan keuntungan yang akan dihadapi dalam jangka masa yang panjang demi memastikan kehidupan mereka terjamin dengan perniagaan yang dilakukan.

Ps: artikel ini terpaksa dibahagi 2 utk mengelakkan ianya menjadi terlalu panjang....sambungan akan menyusul kemudian

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP