Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah Atas Kepimpinan Yang Lemah

>> Sunday, September 13, 2009

Kerajaan Bani Abbasiah bermula apabila Muhammad bin Ali, cicit saidina Abbas berusaha mengembalikan pemerintahan Islam kepada keluarga Bani Hashim. Usaha ini dimulakan pada masa pemerintahan khalifah Umar Bin Abdul Aziz (99 hingga 102 hijrah/ 717 hingga 720 Masihi). Penentangan ini sampai ke kemuncak pada ketika pemerintahan khalifah marwan II (127-133 hijrah/ 744-750 masihi) Akhirnya, Abu Al-Abas Al-Saffah berjaya menunbangkan kerajaan Bani Umayyah lalu dilantik memegang jawatan khalifah.

Pada Ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiah, dunia Islam mengalami kemajuan yang pesat terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Salah satu sebab kemajuan ilmu yang terlalu hebat adalah kerana usaha menterjemahkan karya-karya Yunai, Parsi, Hindi ke bahasa Arab. Pada masa itu lahir pelbagai cendekiawan-cendekiawan yang terkenal dalam pelbagai bidang. cotohnya al-Fazari dalam bidang astronomi, Ibn Sina dalam bidang kedoktoran, al-Khawarizmi dalam ilmu aljebra, kemunculan ulama'-ulama' mazhab seperti Imam Abu hanafi (mazhab hanafiah), Imam Malik (mazhab maliki), Imam Syafie(mazhab syafie) dan Imam Ahmad Ibn Hambal (Mazhab Hambali). Pemesatan Keilmuan Islam telah membuatkan masyarakat dunia tertarik dengan Islam dan berusaha untuk mempelajarinya.

Datangnya orang-orang monggol menghancurkan kerajaan Bani Abbasiah

Bangsa monggol pada zaman dahulu merupakan satu bangsa yang kasar, suka berperang dan berani. Antara sebab kemenangan mereka adalah kerana sifat mereka yang patuh kepada ketua yang dilantik. Zaman kebangkitan Monggolia adalah apabila berlakunya penyatuan bangsa monggolia oleh Genghis Khan yang kemudiannya mula menakluk china, dan bergerak pula ke timur tengah bagi meluaskan kuasanya. Beliau mula menakluk Samarkand, Bukhara, Khurasan, Hamadzan, Quzwain. Namun usaha Genghis Khan hanya sampai ke sempadan baghdad yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah pada ketika itu. Disebabkan kerajaan pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kuat, lalu beliau tangguhka dahulu niatnya untuk menawan kota baghdad.

Selepas puluhan tahun berlalu, usaha untuk menakluki kota baghdad disambung kembali oleh cucu Genghis Khan iaitu Hulagu Khan. Kemunculan Hulagu Khan di medan peperangan membawa satu tekanan yang cukup hebat pada dunia Islam yang ketika itu mula menjadi lemah. Penaklukan wilayah-wilayah Islam di sekitar baghdad telah memberi amaran kepada kota baghdad bahawa suatu hari ianya akan menjadi milik orang monggol. Hulagu Khan yang bercita-cita untuk menjadi penakluk agung seperti datuknya merupakan seorang yang licik, kejam dan tidak berperikamanusian. Setiap kali beliau berjaya menakluki suatu wilayah, beliau akan mengarahkan tentera-tenteranya untuk membunuh semua orang laki-laki, orang tua serta memperkosa wanita-wanita di wilayah itu. Darah orang-orang yang dibunuh itu akan dijadikan minuman sebagai tanda kemenangan orang monggol Kekejaman serta kekuatan yang ada pada tentera monggol telah membuatkan seluruh kerajaan Islam takut untuk berdepan dengan bangsa monggol dan kebanyakkannya mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan wilayah Islam yang lain.

Jatuhnya Kota Baghdad

Setelah bertahun lamanya impian Hulagu Khan ingin menjatuhkan kerajaan Islam, maka pada Rabu 18 Januari 1258 Masihi bersamaan 656 hijrah, Kerajaan Islam yang dikagumi pada ketika itu dengan mudahnya dapat dijatuhkan oleh Hulagu Khan dengan satu penipuan yang dirancang oleh Hulagu Khan. Hulagu Khan merancang untuk menggunakan helah dengan mengkahwinkan anaknya dengan anak khalifah Musta'shim Billah sebagai satu simbol perdamaian, kemasukan tentera-tentera monggol telah disambut oleh penduduk-penduduk baghdad dengan bunga-bunga yang cantik, namun apa yang disangka tidaklah seperti itu. Kemasukan tentera monggol ke dalam kota baghdad telah memberi satu malapetaka kepada Bani Abbasiah apabila seluruh penduduk kota baghdad menjadi huru-hara kerana pembunuhan orang monggol terhadap semua lelaki yang dijumpainya, semua perempuan telah diperkosa, penduduk di kota baghdad menjadi huru-hara mencari tempat persembunyian bagi mengelakkan diri daripada dibunuh dan deperkosa oleh tentera monggol. Namun apa yang menjadi persoalannya bagaimana tentera monggol dapat menakluki sebuah kota dengan begitu mudah tanpa perlu mengorbankan tentera-tenteranya.

Sebab-sebab kejatuhan kota baghdad

Islam tidak mungkin dapat dikalahkan dengan begitu mudah oleh orang monggolia, namun terdapat beberapa punca utama pada ketika itu yang menjadi sebab-sebab kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah yang dipandang tinggi oleh masyarakat Islam suatu masa dahulu

1)Umat Islam Kembali Berpecah


sifat mengutamakan bangsa mula menguasai penduduk kota baghdad. Kerajaan Bani Abbasiah yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Turki, Parsi dan Arab mula merasakan bangsanya yang lebih hebat. Mereka mula mengutamakan bangsa mereka daripada memperjuangkan Islam yang satu. Kekecohan bertambah apabila ketua tentera hurnain dibunuh, dan digantikan dengan Rukunuddin al-Daudar daripada bangsa arab. Bangsa yang lain merasakan mereka telah ditindas dan merasakan khalifah musta'shim billah memilih kasih oleh kerana khalifah sendiri berasal daripada keturunan arab.

Perpecahan kaum bertambah kritikal apabila berlakunya pergaduhan diantara penduduk yang berbangsa arab dengan penduduk yang berbangsa Parsi di wilayah kirkuk. Peduduk Parsi kemudiannya membuat pakatan bagi menghalau penduduk arab dari wilayah kirkuk yang majoritinya diduduki oleh bangsa parsi. Pergaduhan tidak berhenti di sini apabila penduduk arab berundur ke wilayah Basrah dan membuat pakatan bangsa arab bagi melawan bangsa parsi di wilayah kirkuk. Semangat perkauman menjadi tidak terkawal lagi dan apa yang menjadi mangsanya adalah Islam sendiri. Ini telah menjadi satu peluang bagi Hulagu Khan untuk menawan kota Baghdad.

2)Pengkhiantan oleh Menteri yang paling dipercayai khalifah


Setelah berlakunya perlantikan Rukunuddin al-Daudar sebagai ketua tentera, ramai menteri-menteri tidak berpuas hati. Tambahan pula khalifah mengugut mereka yang tidak bersetuju dengan perlantikan ketua tentera baru akan dilucutkan jawatan sebagai menteri. Namun selepas perlantikan ketua tentera baru, Menteri yang menjadi rujukan khalifah, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami mula berdendam dengan khalifah lalu membuat pakatan untuk menumbangkan khalifah. Beliau mula mencadangkan kepada khalifah supaya mengurangkan jumlah tentera dengan alasan pendapatan negara tidak cukup untuk menampung gaji tentera. Cadangan ini diperkukuhkan lagi dengan jawatan bendahari yang dipegang oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Jumlah tentera pada ketika itu berjumlah 100,00 telah berkurang kepada 10,000 tentera tambahan pula ketika itu tentera monggol sudah berkhemah di luar tembok kota baghdad bagi merangka strategi untuk menyerang baghdad. Buka setakat itu sahaja, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami juga telah meminta bantuan daripada pihak monggolia untuk menjatuhkan pemerintahan khalifah musta'shim billah dan naikkan beliau sebagai khalifah. Dengan itu, Umayiduddin telah menjadi dalang kepada kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah kerana beliau menjadi orang yang menjayakan segala tipu muslihat yang dirancang oleh Hulagu Khan sehingga ke akhirnya oleh kerana beliau telah menjadi menteri yang dipercayai oleh khalifah musta'shim billah.

3)khalifah yang lemah dan tidak pandai membuat keputusan


Semenjak pemerintahan kerajaan Bani Abbasiah berlangsung, khalifah Musta'shim Billah adalah merupakan khalifah yang paling lemah diantara khalifah-khalifah yang telah memerintah kerajaan Bani Abbasiah . Di saat pemerintahannyalah banyak wilayah-wilayah yang menuntut untuk memerintah sendiri dan tidak mahu bergabung dengan kerajaan Bani Abbasiah sehingga membuatkan kerajaan Bani Abbasiah menjadi semakin kecil. Tambahan pula dengan usianya yang sudah tua menyebabkan kerajaan Bani Abbasiah yang dipimpinnya kurang dipercayai oleh rakyat jelata. Khalifah Musta'shim billah juga merupakan khalifah yang sangat mudah dipengaruhi oleh orang disekelilingya. Banyak keputusan yang telah dibuat tidak dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, sebagai contoh dalam pengurangan jumlah tentera dari 100,000 kepada 10,000 di saat tentera monggol mula menghampiri baghdad, menyetujui banyak perjanjian bersama orang monggol walaupun beliau telah banyak kali dikhianati oleh orang monggol itu.

4)Pembunuha Ulama' Yang meniup obor Jihad

Islam merupakan agama yang suci dan satu-satunya agama yang benar di sisi Allah. Namun bangsa monggol mengiyakan pandangan itu dan mereka begitu takut dengan doa-doa ulama' yang mudah dimakbuli Allah. Mereka juga takut dengan ulam' yang ketika itu menjadi kepercayaan masyarakat dan menjadi peniup semangat jihad di kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, untuk memastikan kemenangan mereka, bangsa monggolia mula mengatur pertemuan bersama khalifah dan ulama' atas alasan ingin membuat perjanjian damai. Setelah para ulama' tiba di khemah mereka, mereka memberi ulama'-ulama' itu hidangan daging anjing dan babi lalu membunuhnya lalu mengugut khalifah supaya menenangkan keadaaan di kota Baghdad.

Khatimah


Urusan pentadbiran sesebuah negara bukannya sesuatu yang mudah. Namun, perlantikan pemimpin haruslah dititikberatkan oleh seluruh masyarakat. Masyarakat haruslah menilai setiap pemimpin yang ditonjolkan dan tidak mudah untuk memilih hanya dengan pengaruh luar beserta ugutan. Seseorang yang mempunyai kredebiliti yang tinggi, bijak dalam membuat keputusan, mempunyai ilmu aqidah yang mendalam serta mempunyai sahsiah yang baik haruslah ditonjolkan supaya Islam dapat diutamakan terhadap segala perkara dan apa yang dibawa tidak mendapat kemurkaan oleh Tuhan yang Maha Esa. Selain itu, perluya masyarakat bersatu dalam satu pegangan akidah yang sama, bukalah bersatu dalam sifat kebangsaan yang didoktorikan oleh golongan Yahudi kerana bencikan Islam dan ingin memastikan bahawa Islam tidak mampu untuk bangkit kembali untuk mentadbir dunia. Dalam al-Quran ada menekankan konsep kesatuan Islam

'Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan bangunan yang tersusun kukuh'(surah As-Soff ayat 4)

'Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah, Dan ingatlah nikmat Allah ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehigga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan(ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk' (surah Al-Imran, ayat 103)

Maka dengan ini, persatuan atas dasar Islam haruslah diutamakan daripada persatuan atas dasar perkauman kerana Islam bukanlah hanya untuk orang arab, bukan untuk orang melayu, bukan untuk orang cina, tetapi Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia. Saidina Umar pernah menyebut bahawa beliau dimuliakan bukanlah disebabkan beliau berbangsa arab, tetapi disebabkan beliau memeluk Islam serta mengamalkan ajarannya.

Read more...

Benarkah sejarah yang kita belajar selama ini?

>> Thursday, September 10, 2009

Sejarah sebenarnya merupakan satu aspek penting dalam kehidupan kita. Ianya memainkan peranan penting dalam mengingatkan kita akan kesalahan-kesalahan yang terdahulu ataupun mengingatkan kita kepada kejayaan-kejayaan yang pernah kita kecapi. Kita juga boleh pelajari sejarah-sejarah orang lain untuk mengelakkan diri kita dari kebinasaan dan juga mendorong kita kepada kejayaan. Untuk terus berjaya, kita mesti mendekati orang yang berjaya. Dengan itu, kita boleh mempelajari segala usaha yang telah dilakukan demi mencapai kejayaan tersebut. Sebagai contoh, seperti amalina yang berjaya mendapat 18A dalam SPM, Kita boleh pelajari faktor-faktor yang telah mendorong beliau kepada kejayaan yang dikecapinya.


Sejarah dalam Al-Quran


Di dalam Al-Quran juga ada banyak kisah-kisah perjuangan nabi-nabi terdahulu, bagaimana mereka menebarkan dakwah, bagaimana mereka ditentang, dan bagaimana Allah membinasakan mereka yang ingkar, semuanya ada sebab musabab yang boleh kita pelajari dan jadikan teladan. Tujuan Allah meletakkan kisah nabi-nabi di dalam Al-Quran bukannya hanya untuk menambah muka surat, tapi sebagai pengajaran kepada manusia yang masih hidup untuk mereka mengikuti jalan yang benar. Dan ianya juga menjadi suatu ancaman kepada mereka yang cuba mengingkari perintah Allah S.W.T. Sperti kisah bani Israel yang mana telah menderhakai Allah dengan berbagai-bagai peristiwa, antaranya mengenai kisah baitul maqdis di mana pada suatu ketika dahulu, Allah menyeru kaum bani Israel supaya menakluki negara itu, disebabkan rasa takut dan tidak yakin dengan pertolongan Allah, lalu mereka mengingkari perintah Allah dan berkeliaran di sekitar padang pasir dan disebabkan keingkaran mereka itu, Allah memberikan kota baitul maqdis kepada kaum lain. Namun pada hari ini mereka merampas kembali dengan keganasan dan menyatakan bahawasanya kota baitul maqdis itu merupakan milik mereka dan sebuah kota yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka, ini merupakan suatu aspek yang kita boleh pelajari mengenai perlunya kita berwaspada terhadap dalam segala perkara yang melibatkan kaum yahudi.



Belajar Dari Sejarah


Sejarah boleh juga menjadi faktor untuk kita membina sebuah negara yang aman damai. Setiap sejarah yang berlaku, pasti ada benda yang boleh kita belajar, contohnya seperti sejarah awal Islam dimana Nabi Muhammad S.A.W yang kitika mulanya hanya mampu mengembangkan Islam di kalangan sahabat-sahabat, namun pada akhirnya beliau berjaya merubah masyarakat arab yang sangat jahiliah pada ketika itu, menjadi suatu masyarakat Islam yang digeruni oleh tamadun-tamadun lain. Setiap perkara yang berlaku pasti ada sejarah, dan ada benda yang ingin disampaikan kepada kita, namun apa yang membimbangkan kita adalah adakah sejarah yang kita belajar sejak dari zaman persekolahan ini merupakan satu sejarah yang benar ataupun hanyalah satu mainan oleh pihak-pihak tertentu.


Kesahihan kebanyakkan sejarah yang menjadi pelbagai keraguan

Mengikut kepada fakta-fakta yang diperolehi dari berbagai-bagai sumber sama ada lisan ataupun tulisan, sebenarnya sejarah yang kita belajar ketika di zaman persekolahan mempunyai banyak kekurangan dan penambahan dalam suatu aspek-aspek tertentu untuk kepentingan sesuatu pihak. Apabila kita membaca di berbagai-bagai buku sejarah, kita akan dapati bahawa terdapat suatu kelainan yang besar dalam sejarah yang kita pelajari suatu ketika dahulu. Dan apa yang menghampakan ialah kebanyakkan yang cuba dikurangkan dalam sejarah yang kita pelajari adalah mengenai percubaan untuk membangunkan Islam ketika zaman kita dijajah oleh masyarakat Barat. Sebagai contohnya, ketika tokoh-tokoh melayu yang sangat kita kagumi, seperti dol said, dato' maharaja lela, abdul rahman limbung. Ini merupakan suatu yang pelik kerana dalam sejarah yang kita pelajari, kebanyakkannya bangkit atas dasar yang sama iaitu cukai, pengaruh, kawasan taklukan. Semuanya atas sebab ini. Tapi pada hakikat yang sebenar pada zaman itu, mereka ini cuba membangunkan dan mengukuhkan kembali empayar Islam yang cuba dirobohkan oleh orang Barat. contohnya seperti Daro' maharaja lela yang sanggup mengorbankan dirinya untuk membunuh penasihat British, yang pada sejarah yang kita pelajari pada ketika itu mengatakan beliau berbuat begitu atas sebab-sebab yang remeh-temeh yang disebutkan tadi, tapi pada hakikatnya dia berkorban atas dasar untuk mengurangkan pengaruh Barat yang ingin menyebarkan kristian pada masyarakat Melayu pada ketika itu.

Antara contoh yang lain penipuan dalam sejarah adalah ketika saat pembebasan tanah melayu daripada penjajahan British. Apabila dipikirkan, Apa yang kita baca semuanya berkisarkan macammana UMNO ingin memerdekakan Tanah Melayu. Ianya seperti cerita sejarah penubuhan UMNO sejak dari mula bab pembebasan Tanah Melayu. Dari Dato' Onn sehinggalah ke Tunku Abdul Rahman yang berjaya memerdekakan Malaysia. Yang peliknya, Adakah ketika itu, hanya UMNO saja yang bangun memperjuangkan kemerdekaan dengan fahaman sekular yang dibawa itu?
semestinya tidak, sebenarnya terdapat beberapa gerakan lain yang cuba membebaskan Tanah Melayu. Antara gerakan yang cuba mengembalikan Islam hizbul muslimin. kalau kita liaht dalam buku sejarah, mereka berjaya memenangi satu kerusi. Bagaimana pula sejarah Hizbul muslimin yang ghaib tanpa diketahui? Bagaimana sejarah cubaan British untuk menangkap pimpinan hizbul muslimin dengan alasan mereka ini pengganas? semuanya telah dipadamkan oleh pihak tertentu untuk menghalang kebangkitan kembali Islam di Malaysia ini.


Kesimpulan


Apa yang hendak penulis tekankan di sini adalah kita tidak sepatutnya mempercayai sepenuhnya sejarah yang kita pelajari, setiap fakta haruslah dikaji akan kesahihannya. Sejarah adalah satu elemen yang sangat penting kepada manusia dan ianya boleh menjadi kayu ukur atas apa yang telah kita capai. Jika sejarah itu kita putar belitkan untuk kepentingan tertentu, maka bagaimana masyarakat sekarang hendak memahami situasi dahulu demi membawa satu anjakan yang baru kepada masyarakat yang akan datang. Adakah kita akan biarkan anak-anak kita terus didoktorinkan dengan sejarah yang telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu???......

Read more...

Semarakkan semangat jihad demi keredhaan Allah

>> Sunday, September 6, 2009

3 fasa dalam bulan ramadhan


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas, 3 fasa ramadhan ramadhan yang perlu kita ambil cakna iaitu,

fasa pertama : rahmat (1-10)
fasa kedua   : maghfirah (11-20)
fasa ketiga  : pembebasan dari api neraka (21^)

Al-maghfirah

seletah 10 hari berada di fasa rahmat, maka muncul pula fasa maghfirah atau lebih dikenali dengan fasa pengampunan.
setelah kita telah cuba menanam semangat jihad di fasa sebelum ini, maka inilah masanya kita perlu berusaha untuk istiqamah terhadap segala ibadah yang kita lakukan di fasa rahmat. Kenapa pentingnya kita mengekalkan ibadat yang kita lakukan dari mula ramadhan hingga kini adalah keran lama kelamaan kalu kita istiqamah dalam melakukan, ianya akan menjadi satu amalan harian walaupun berkahirnya bulan ramadhan ini.

Tambahan pula kita berada di fasa pengampunan iaitu fasa maghfirah, lalu apa yang kita perlu tahu adalah pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana tidak berlakunya hari kiamat. Antara nama lain Allah adalah Al-ghaffur iaitu maha pengampun disebabkan kasihnya Allah terhadap hamba-hambanya, maka telah ditawarkan bermacam-macam cara untuk bertaubat kembali ke jalan Allah S.W.T. Hebatnya pengampunan Allah sehingga Sanggup mengampuni mereka-mereka yang pernah melakukan dosa-dosa besar, serta mengingkari arahanNya.



Bertaubatlah selagi tidak mensyirikkan Allah

 Sebagai contoh, cerita yang agak terkenal, mungkin pernah kita ketahuinya. Iaitu berkaitan kisah seorang pemuda yang mana pernah membunuh 99 orang dan kemudiannya beliau ingin mencari jalan untuk kembali kepada Allah. Lalu berjumpalah pemuda itu dengan seorang rahib kerana ingin mengetahui cara-cara untuk bertaubat. Bertanyalah pemuda itu kepada Rahib tentang masalah yang telah dihadapinya. Balas rahib tersebut adalah tiada jalan taubat buat beliau. Lalu si pemuda itu menggenapkan siri pembunuhan beliau dengan membunuh si rahib. Dengan ini cukuplah 100 orang yang telah beliau bunuh. Si pemuda kemudiannya kembali menyesal dan ingim membuang sifat buruk ini serta bertaubat. lalu berjumpalah beliau dengan seorang lagi rahib dan menyatakan masalah yang dihadapinya. Jawab rahib kali ini berbeza dengan rahib yang sebelumnya dengan memberi jalan kepada beliau untuk melakukan taubat nasuha. Terang rahib tersebut ika si pemuda itu ingin bertaubat, lalu hendaklah beliau pergi berhijrah ke bandar yang lain.
Si pemuda itu tanpa berlengah terus menyiapkan pelengkapan untuk berhirah dan terus meninggalkan kampung halaman beliau dan menuju ke suatu lagi perkampungan. Dalam perjalan si pemuda itu, telah Allah takdirkan si pemuda itu meninggal dunia ketika dalam peralana.

Disebabkan kesungguhan beliau ingin bertaubat sehingga sanggup meninggalkan apa yang telah belaiu ada, lalu Allah perintahkan malaikat untuk mengukur jarak tempat beliau meniggal. Jika beliau meninggal berhampiran dengan kampung halamannya, lalu si pemuda itu akan dicampakkan ke neraka atas kesalahan yang telah dilakukan. Tetapi sekiranya tempat si pemuda itu meniggal lebih hampir dengan bandar yang dituju, maka Allah akan ampunkan segala kesalahan yang telah dia lakukan dan masukkan si pemuda ini ke dalam syurga. Ketika Malaikat turun untuk mengukur jarak kematian si pemuda itu, maka ukuran yang lebih dekat ternyata bukan kampung halaman beliau, tetapi tempat yang hendak belia tuju. Di sini ada pendapat ulama' yang menyatakan bahawa ketika malaikat sedang mengambil ukuran antara tempat kematian dengan bandar yang hendak dituju, maka Allah telah membantu si pemuda itu dengan melipat bumi demi memendekkan jarak antara tempat kematian si pemuda itu dengan tempat yang hendak dituju.

Ibrah yang kita dapat di sini adalah sangat istimewa. Seperti cerita diatas, selagi mana kita tidak menyekutukan Allah, maka jalan untuk seseorang itu bertaubat masih lagi terbuka. Walaupun si pemuda itu telah membunuh 100 orang, namun Allah masih memberi pengampunan atas kesungguhan beliau untuk bertaubat. Di sini bukanlah si penulis ingin menggalakkan para pembaca supaya melakukan dosa sebanyak mungkin kemudian bertaubat. Apa yang hendak ditekankan oleh penulis adalah sifat kesungguhan si pemuda itu untuk bertaubat sehingga diterima Allah sebagai taubat nasuha.



Matinya hati seorang muslim

Kepentingan taubat dalam kehidupan seorang muslim adalah ibarat seperti air yang kotor ditapis sehingga jernih. Jika hendak dikira dosa-dosa harian yang kita telah lakukan, memang tidak terkira banyaknya seperti sebuah gunung yang tinggi, malah lebih dari itu lagi. Namun, apabila kita merasa sesal atas apa yang kita lakukan, ingin bertaubat dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada mengulangi kesalahan yang sama, maka InsyaAllah, taubat kita akan diperkenankan oleh Allah. Mereka yang melakukan dosa kemudian bertaubat, lalu melakukan dosa yang sama dan bertaubat setelah melakukannya adalah lebih baik daripada mereka yang melakukan dosa yang sama berkali-kali lalu baru hendak bertaubat atas alasan masih lagi belum Insaf sepenuhnya. Namun, apa yang lebih buruk adalah apabila seseorang itu tidak bertaubat atas apa yang dilakukan, malah berbangga dengan kesalahan yang dilakukannya dan mempengaruhi orang lain melakukan dosa yang sama. Inilah antara Indicator matinya hati seorang muslim apabila beliau tidak merasa bersalah atas kesalah yang telah beliau lakukan terutamanya dosa-dosa besar.

Sifat sesal setelah melakukan sebarang kesalahan ataupun dosa merupakan satu elemen yang penting dalam membentuk peribadi seorang manusia. Apabila seseorang itu menyesal atas kesilapan beliau, maka sudah pastinya beliau akan mencari jalan untuk membawa perubahan terhadap dirinya sendiri lalu menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Samalah juga dengan sifat penyesalan terhadap dosa yang kita lakukan. Apabila timbul rasa penyesalan, maka akan tercetus satu semangat untuk berubah kepada satu yang lebih baik dan mereka ini akan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T



Kesimpulan

Rebutlah peluang yang diberikan ini,janganlah kita mula memadamkan semangat jihad kita atas alasan persiapan hari raya, sibuk dan sebagainya. Hakikatnya kita telah ditipu oleh nafsu yang sentiasa benci kita melakukan amal kebaikan dan antara penyeru kepada kejahatan di bulan ramadhan ini. Sibuk bukanlah satu alasan yang solid kerana apabila bercerita mengenai sibuk, Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi sibuk, tetapi bagaimana baginda dapat beribadah dalam bulan ramadhan melebihi umatnya yang lain. Inilah masanya untuk kita kekalkan semangat jihad, lebihkan lagi ibadat serta pupukkan semangat cintakan Islam lebih daripada mencintai segala yang ada di bumi, berkorban demi mencari keredhaan Allah yang hakiki

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP