Nilai Sebuah Pengorbanan.....
>> Friday, August 27, 2010
Sudah hampir 53 tahun Malaysia telah mengecapi sebuah erti kemerdekan. 31 ogos telah menjadi tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia dalam mengenang kembali detik-detik kemerdekaan yang diperjuangkan suatu ketika dahulu. Rapat umum, Demostrasi jalanan adalah antara method yang sering digunakan untuk menyedarkan pihak British akan keinginan seluruh masyarakat tanah melayu supaya dimerdekakan.
Pada ketika itu, masyarakat Tanah Melayu berada dalam keadaan serba kekurangan dah kepayahan. Majoriti daripadanya menyatakan kesanggupan untuk berkorban harta dan jiwa raga demi membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman pihak British.
Adakah inilah nilai hasil pengorbanannya???
Namun, dalam mengenang perjuangan dan pengorbanan masyarakat Tanah Melayu satu ketika dahulu, terasa sedih dan hampa apabila melihat anak-anak kelahiran Malaysia yang telah merdeka.
Memang pada hakikatnya Malaysia kelihatan negara yang membangun. Berbagai-bagai projek yang dilaksanakan bagi memastikan Malaysia maju. Akan tetapi, di sebalik kemajuan yang dibina, berlaku keruntuhan moral yang amat dasyat di kalangan anak-anak muda kelahiran Malaysia yang sudah merdeka. Masalah demi masalah timbul, dan ianya timbul bagaikan cendawan. Zina, bunuh membunuh, buang bayi dan sebagainya. Jarang sekali masalah ini menunjukkan tanda-tanda pengurangan, yang sering didengari hanyalah pertambahan statistik mereka-mereka yang terjebak dalam masalah....Megapa begini yang terjadi?
Jikalau dahulu, semua masyarakat bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan, bersama-sama mengorbankan harta, bersama-sama bersusah payah, turun ke jalanan, laungan demi laungan disuarakan bagi menyatakan bangkangan dan rasa tidak selesa kepada pihak British yang menjadi penjajah pada ketika itu.
Akan tetapi kenapa sekarang, yang mengecapi kesenangan hanya golongan-golongan yang memerintah. Rumah bagaikan sebuah mahligah kayangan, bukan 1-2 rumah, tapi banyak, berpuluh-puluh. Yang kaya kebanyakkannya mereka yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat yang hidup merana, mengharapakan belas kasihan dari pemerintah sering dipinggirkan begitu sahaja.
"Dulu sama-sama susah, tapi sekarang lantak kau la susah, janji aku hidup senang"
sekarang, suara-suara rakyat sering disekat dan dihalang. Buat saja demostrasi bagi menyatakan kesalahan pemerintah, muncul trak-trak FRU, lori water canon dan sebagainya bagi menghalang demostrasi dengan alasan menganggu keselamatanan negara. Rakyat yang dalam kesusahan terus ditindas sedangkan pemerintah terus bersenang lenang dengan kemewahan yang dikecapi. Inikah hasil kemerdekaan ?
Adakah Malaysia sudah Merdeka?
Saban tahun, apabila tiba saja tanggal 31 ogos, mula terdengar laungan demi langunan ucapan kemerdekaan. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!. Namun, adakah kita telah menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah merdeka.
Negara yang merdeka adalah sebuah negara yang bebas, independent. Tidak terikat dengan mana-mana ancaman negara luar. Negara yang merdeka adalah sebuah negara yang mampu menyuarakat pendapat sendiri tidak kira sehebat mana atau sekuat mana sekalipun sesebuah negara tersebut. Namun, mengapa tindakan Malaysia seolah-olah mereka yang belum merdeka, sering kelihatan dikongkong oleh negara-negara kuasa besar?
Apabila muncul saja berita-berita penyerangan tentera-tentera Israel ke atas palestin, Malaysialah antara negara-negara yang paling penakut untuk bersuara menyatakan bangkangan terhadap serangan tersebut sedangkan Malaysia disenaraikan antara negara Islam yang maju. Inikah yang dikatakan sudah merdeka?
Teringat suatu ketika dahulu, ketika itu, Amarika sedang mencari sokongan daripada negara-negara dunia untuk melancarkan serangan ke atas Iraq, akan tetapi, mengapa pada ketika itu, Malaysia menjadi antara negara terawal yang menyatakan sokongan? sedarkan pemerintah bahawa Iraq itu merupakan sebuah negara Islam? kenapa Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak membantah saja tindakan Amarika. Inikah yang dikatakan sebuah negara merdeka?
Jika inilah yang ditunjukkan oleh pemerintah dalam membentuk Malaysia yang telah merdeka, maka dengan ini saya amat menyesali dan turut bersimpati dengan mereka-mereka yang telah bersusah payah berjuang, mengorbankan harta dan jiwa raga demi membebaskan Malaysia.
Merdeka yang sering dicanang-canangkan hanya terletak pada launga semata-mata, langsung tidak meresap ke dalam jiwa. Tindak-tanduk langsung tidak mengambarkan sepertimana mereka yang telah mengecapi kemerdekaan. Jurang perbezaan antara rakyat dan pemerintah semakin hari semakin besar. Barang naik, sekatan bersuara, undang-undang yang bias, penindasan demi penindasan, semuanya terpalit di muka rakyat. Malaysia bukannya negara pemerintah, tetapi negara untuk seluruh penduduk yang ada di Malaysia. Jika inilah yang ditunjukkan, maka Malaysia jauh sekali menggambarkan sebuah negara merdeka. Malaysia tidak layak digelarkan sebuah negara yang merdeka kerana Malaysia tidak layak memerintah negara sendiri....