Pemantapan Ukhwah manifestasi daripada semut
>> Tuesday, October 27, 2009
Apa itu Ukhwah...
Ukhwah ini dikatakan terbahagi kepada 3 peringkat
1)berlapang dada ataupun usnuzon(tidak berperasangka buruk). ini merupakan peringkat yang paling rendah
2)sanggup berkorban untuk sahabat tersebut. ini merupakan peringkat pertengahan dalam konsep ukhwah
3)mendahulukan sahabatnya melebihi dirinya sendiri(Al-Isar).
Pentingnya ukhwah yang mantap dalam sesebuah organisasi
Apabila kita berada dalam sebuah organisasi, maka pastinya ada orang yang akan berada di atas, ada yang akan berada di bawah. Ada yang akan mengeluarkan perintah, dan ada yang akan melaksanakan perintah. Namun, kenapa ukhwah ini dikatakan sebagai elemen yang penting dalam organisasi telahpun ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W 1400 tahun yang lalu ketika mana bermulanya pembinaan negara Islam yang pertama Iaitu madinah. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W adalah mempersaudarakan golongan muhajirin dengan golongan ansar. Tindakan ini bukan saja memudahkan golongan muhajirin yang sehelai sepinggang datang ke madinah, malah ia telah membentuk satu kesatuan yang kukuh hinggakan Islam digeruni oleh orang ramai. Untuk sesebuah organisasi itu bergerak dengan stabil, maka perlulah satu ukhwah yang kukuh sesama pimpinan serta antara pimpinan dengan para ahli. Apabila terbentuknya ikatan yang mantap dalam organisasi, maka segala gerak kerja orgnanisasi akan bergerak dengan lancar. Segala arahan dapat difahami dan dihayati dengan mudah. Pastinya tidak akan berlaku perpecahan atau huru-hara apabila kesemua ahli mempunyai ukhwah yang mantap, segala prasangka buruk pastinya tidak akan tercetus jika semuanya memahami keadaan serta tugas masing-masing.
Apa yang ada pada semut
semut seperti yang kita tahu bukanlah makhluk yang selalu di pandang hebat sepertimana harimau, singa, dinasor, tetapi semut sebenarnya adalah binatang yang sangat kecil, dan selalu dipandang remeh oleh makhluk yang besar sepertimana manusia.Namun apa yang hebatnya si semut ini, terlalu banyak kelebihan yang ada pada semut, tapi tiada pada makhluk-makhluk lain yang menjadikan mereka antara makhluk yang sepatutnya dikaji dan dipelajari oleh makhluk-makhluk lain yang terlalu ego dengan saiz yang ada padanya. Jika kelebihan semut dipelajari dan dimanifestasikan dalam kehidupan sekarang sudah pastinya dunia akan menjadi aman damai serta mampu mengelak sebarang bencana alam yang selalu menimpa kita baru-baru ini.
Sedar atau tidak, sebenarnya kehidupan bermasyarakat yang ditonjolkan oleh si semut ini jauh lebih baik berbanding dengan makhluk-makhluk yang lebih hebat daripadanya. Semuanya nampak teratur dan sedap dipandang. Tidak seperti manusia yang ada diantaranya menjadi perosak terhadap makhluk sendiri. Ukhwah yang dibina oleh sang semut ini begitu hebat sehingga mampu membina satu sistem kehidupan yang sistematik diantara semut itu sendiri.
Jika kita berfikir, apa yang semut ini lakukan sampai ada diantara mereka yang mampu membentuk ukhwah yang semantap ini sedangkan mereka hanyalah makhluk picisan yang kecil. Namun, apabila dilihat dengan mendalam, terdapat banyak usaha-usaha yang dilakukan sesama semut ini demi menjaga ukhwah sesama mereka. Sebagai contoh, apabila mereka bertembung dengan rakan-rakan mereka yang lain, pasti mereka akan berhenti sekejap untuk bertegur sapa sesama mereka. Jika manusia dapat memanifestasikan amalan ini, nescaya satu bentuk ukhwah yang sangat hebat dapat dibina di kalangan kita. Sebagai contoh, apabila 2 orang insan bertemu, kemudian bertegur sapa serta bertanyakan khabar sesama mereka, tidakkah ini akan membentuk satu perasaan dihargai sesama mereka yang akhirnya membentuk ukhwah yang mantap?.
Satu lagi sifat yang menarik pada semut adalah setiap kali ada seekor yang menjumpai sesuatu yang baik, pasti akan ada beberapa yang menyusul selepas itu yang kemudiannya akan berhimpun ramai semut kerana sesuatu yang baik itu contohnya seperti gula yang menjadi makanan kegemaran mereka. Tidakkah kita hairan, bagaimana semut-semut yang lain dapat menghadiri ke tempat itu. Tidak mungkin mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih daripada kita yang sekarang ini mempunyai telefon bimbit yang boleh dibawa ke mana sahaja, komputer yang menjadi tempat menyimpan kebanyakkan maklumat. Tetapi apa yang hairannya mereka mampu memanggil sahabat-sahabat mereka yang lain, adakah ini disebabkan dari amalan bertegur sapa yang mereka amalkan, wallahu 'alam.
Selain itu, semut juga telah menunjukkan satu konsep persaudaraan yang sangat hebat. Semut sesama mereka tidak pernah menunjukkan tanda-tanda pergaduhan. Semuanya nampak berjalan sebaris dengan penuh berdisiplin. Tambahan pula , bila diperhatikan, tidak pernah semut yang berasal dari kaum yang berbeza ini mencetuskan pergaduhan, tambahan lagi membuat rusuhan atas sebab tidak puas hati. Semuanya saling bekerjasama sepertimana yang dinyatakan dalam al-quran surah as-saff ayat ke 4,
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
walaupun semut itu bukanlah pergi berperang, tetapi ukhwah yang telah ditunjukkan oleh mereka seakan-akan satu bangunan yang tersusun kukuh, saling bantu-membantu antara satu sama lain, tidak ada yang pentingkan diri sibuk ingin memiliki segala kelebihan yang dijumpai. Semuanya saling berinteraksi dengan penuh harmoni.
Khatimah
Kepada mereka yang bergelar da'ie, perlunya kita untuk membentuk satu ikatan ukhwah yang sangat kukuh sesama kita demi meujudkan kembali khalifah yang telah lama terkubur semenjak zaman uthmaniah. Sejurus dengan itu, satu negara yang kuat tidak bergantung hanya kepada pimpinan yang hebat, tetapi bergantung kepada ikatan persaudaraan antara pemimpin dengan pemimpin serta rakyat dengan pemimpin dan juga rakyat dengan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh ikhwanul muslimin pada satu ketika dahulu. Jika para pejuang Allah yang wujud pada ketika ini dapat memenifestasikan apa yang dilakukan oleh sang semut, pastinya akan terbentuk satu gagasan yang kuat yang dapat menghancurkan segala musuh yang bertindak untuk memadamkan kalimah tauhid. Pastinya Islam akan kembali dihormati dan digeruni oleh agama-agama lain, tidak lagi dihina, dipijak-pijak. Bangktlah sahabat-sahabat sekalin, jangan lagi kita berperang sesama kita sedangkan musuh kita sudah jelas di depan mata, maka marilah kita kembali bersatu demi memartabatkan kembali agama Islam di mata dunia
Wallahu 'alam..... Read more...