Semarakkan semangat jihad demi keredhaan Allah

>> Sunday, September 6, 2009

3 fasa dalam bulan ramadhan


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas, 3 fasa ramadhan ramadhan yang perlu kita ambil cakna iaitu,

fasa pertama : rahmat (1-10)
fasa kedua   : maghfirah (11-20)
fasa ketiga  : pembebasan dari api neraka (21^)

Al-maghfirah

seletah 10 hari berada di fasa rahmat, maka muncul pula fasa maghfirah atau lebih dikenali dengan fasa pengampunan.
setelah kita telah cuba menanam semangat jihad di fasa sebelum ini, maka inilah masanya kita perlu berusaha untuk istiqamah terhadap segala ibadah yang kita lakukan di fasa rahmat. Kenapa pentingnya kita mengekalkan ibadat yang kita lakukan dari mula ramadhan hingga kini adalah keran lama kelamaan kalu kita istiqamah dalam melakukan, ianya akan menjadi satu amalan harian walaupun berkahirnya bulan ramadhan ini.

Tambahan pula kita berada di fasa pengampunan iaitu fasa maghfirah, lalu apa yang kita perlu tahu adalah pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana tidak berlakunya hari kiamat. Antara nama lain Allah adalah Al-ghaffur iaitu maha pengampun disebabkan kasihnya Allah terhadap hamba-hambanya, maka telah ditawarkan bermacam-macam cara untuk bertaubat kembali ke jalan Allah S.W.T. Hebatnya pengampunan Allah sehingga Sanggup mengampuni mereka-mereka yang pernah melakukan dosa-dosa besar, serta mengingkari arahanNya.



Bertaubatlah selagi tidak mensyirikkan Allah

 Sebagai contoh, cerita yang agak terkenal, mungkin pernah kita ketahuinya. Iaitu berkaitan kisah seorang pemuda yang mana pernah membunuh 99 orang dan kemudiannya beliau ingin mencari jalan untuk kembali kepada Allah. Lalu berjumpalah pemuda itu dengan seorang rahib kerana ingin mengetahui cara-cara untuk bertaubat. Bertanyalah pemuda itu kepada Rahib tentang masalah yang telah dihadapinya. Balas rahib tersebut adalah tiada jalan taubat buat beliau. Lalu si pemuda itu menggenapkan siri pembunuhan beliau dengan membunuh si rahib. Dengan ini cukuplah 100 orang yang telah beliau bunuh. Si pemuda kemudiannya kembali menyesal dan ingim membuang sifat buruk ini serta bertaubat. lalu berjumpalah beliau dengan seorang lagi rahib dan menyatakan masalah yang dihadapinya. Jawab rahib kali ini berbeza dengan rahib yang sebelumnya dengan memberi jalan kepada beliau untuk melakukan taubat nasuha. Terang rahib tersebut ika si pemuda itu ingin bertaubat, lalu hendaklah beliau pergi berhijrah ke bandar yang lain.
Si pemuda itu tanpa berlengah terus menyiapkan pelengkapan untuk berhirah dan terus meninggalkan kampung halaman beliau dan menuju ke suatu lagi perkampungan. Dalam perjalan si pemuda itu, telah Allah takdirkan si pemuda itu meninggal dunia ketika dalam peralana.

Disebabkan kesungguhan beliau ingin bertaubat sehingga sanggup meninggalkan apa yang telah belaiu ada, lalu Allah perintahkan malaikat untuk mengukur jarak tempat beliau meniggal. Jika beliau meninggal berhampiran dengan kampung halamannya, lalu si pemuda itu akan dicampakkan ke neraka atas kesalahan yang telah dilakukan. Tetapi sekiranya tempat si pemuda itu meniggal lebih hampir dengan bandar yang dituju, maka Allah akan ampunkan segala kesalahan yang telah dia lakukan dan masukkan si pemuda ini ke dalam syurga. Ketika Malaikat turun untuk mengukur jarak kematian si pemuda itu, maka ukuran yang lebih dekat ternyata bukan kampung halaman beliau, tetapi tempat yang hendak belia tuju. Di sini ada pendapat ulama' yang menyatakan bahawa ketika malaikat sedang mengambil ukuran antara tempat kematian dengan bandar yang hendak dituju, maka Allah telah membantu si pemuda itu dengan melipat bumi demi memendekkan jarak antara tempat kematian si pemuda itu dengan tempat yang hendak dituju.

Ibrah yang kita dapat di sini adalah sangat istimewa. Seperti cerita diatas, selagi mana kita tidak menyekutukan Allah, maka jalan untuk seseorang itu bertaubat masih lagi terbuka. Walaupun si pemuda itu telah membunuh 100 orang, namun Allah masih memberi pengampunan atas kesungguhan beliau untuk bertaubat. Di sini bukanlah si penulis ingin menggalakkan para pembaca supaya melakukan dosa sebanyak mungkin kemudian bertaubat. Apa yang hendak ditekankan oleh penulis adalah sifat kesungguhan si pemuda itu untuk bertaubat sehingga diterima Allah sebagai taubat nasuha.



Matinya hati seorang muslim

Kepentingan taubat dalam kehidupan seorang muslim adalah ibarat seperti air yang kotor ditapis sehingga jernih. Jika hendak dikira dosa-dosa harian yang kita telah lakukan, memang tidak terkira banyaknya seperti sebuah gunung yang tinggi, malah lebih dari itu lagi. Namun, apabila kita merasa sesal atas apa yang kita lakukan, ingin bertaubat dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada mengulangi kesalahan yang sama, maka InsyaAllah, taubat kita akan diperkenankan oleh Allah. Mereka yang melakukan dosa kemudian bertaubat, lalu melakukan dosa yang sama dan bertaubat setelah melakukannya adalah lebih baik daripada mereka yang melakukan dosa yang sama berkali-kali lalu baru hendak bertaubat atas alasan masih lagi belum Insaf sepenuhnya. Namun, apa yang lebih buruk adalah apabila seseorang itu tidak bertaubat atas apa yang dilakukan, malah berbangga dengan kesalahan yang dilakukannya dan mempengaruhi orang lain melakukan dosa yang sama. Inilah antara Indicator matinya hati seorang muslim apabila beliau tidak merasa bersalah atas kesalah yang telah beliau lakukan terutamanya dosa-dosa besar.

Sifat sesal setelah melakukan sebarang kesalahan ataupun dosa merupakan satu elemen yang penting dalam membentuk peribadi seorang manusia. Apabila seseorang itu menyesal atas kesilapan beliau, maka sudah pastinya beliau akan mencari jalan untuk membawa perubahan terhadap dirinya sendiri lalu menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Samalah juga dengan sifat penyesalan terhadap dosa yang kita lakukan. Apabila timbul rasa penyesalan, maka akan tercetus satu semangat untuk berubah kepada satu yang lebih baik dan mereka ini akan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T



Kesimpulan

Rebutlah peluang yang diberikan ini,janganlah kita mula memadamkan semangat jihad kita atas alasan persiapan hari raya, sibuk dan sebagainya. Hakikatnya kita telah ditipu oleh nafsu yang sentiasa benci kita melakukan amal kebaikan dan antara penyeru kepada kejahatan di bulan ramadhan ini. Sibuk bukanlah satu alasan yang solid kerana apabila bercerita mengenai sibuk, Rasulullah S.A.W lebih-lebih lagi sibuk, tetapi bagaimana baginda dapat beribadah dalam bulan ramadhan melebihi umatnya yang lain. Inilah masanya untuk kita kekalkan semangat jihad, lebihkan lagi ibadat serta pupukkan semangat cintakan Islam lebih daripada mencintai segala yang ada di bumi, berkorban demi mencari keredhaan Allah yang hakiki

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP