Peperangan yang dijanjikan....Mungkinkah di zaman kita???

>> Saturday, June 25, 2011


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha "


Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai habis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Kemungkinan hadis ini akan buatkan anda mengeletar dan rasa seram sejuk. 

Hadis ini dipetik dari sahabat Rasulullah SAW yang mulia iaitu Abu Hurairah R.A: 

"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}



Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu. 

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya : 

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.  

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."  

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.  

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."  

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.  

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}



Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}



Sumber:

1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51




Read more...

Tips Keselamatan Dalam Demo

>> Wednesday, June 22, 2011

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

RINGKASAN TIPS KESIHATAN UNTUK DEMO BERSIH 2.0


1-Pakai pakaian yang meliputi seluruh tubuh badan dan jika boleh hingga ke paras pergelangan tangan.

2-Jika anda memiliki topeng gas, tidak salah untuk membawanya bersama. Selain itu topeng respirator lain boleh turut digunakan terutama yang digunakan untuk menapis bauan cat dan ‘thinner’.

3-Alternatif lain, rendamkan ‘bandanna’ atau kain ke dalam cuka atau jus lemon, dan tutup mulut dan hidung dengan kedap.

4-demonstran dinasihatkan juga untuk membawa ‘goggle’ renang bagi melindungi mata di saat gas AAR memenuhi ruang perhimpunan.

5- Bagi mereka yang memakai kanta sentuh, anda dinasihatkan untuk tidak memakainya pada hari perhimpunan .

6- Bekalkan diri anda juga dengan air (dibawa dalam botol) dan tepung penaik, ini bagi digunakan untuk meneutralkan bahan kimia yang telah terkena pada kulit.

7- Elakkan memakai krim berasaskan minyak ataupun ‘sun-block’ kerana bahan – bahan ini bakal menyebabkan resapan kimia dari AAR meningkat.

Jauhi kawasan gas. Kaedah terbaik adalah untuk mengelak dari tempat yang telah diliputi gas AAR. Pergi ke tempat tinggi kerana gas AAR tumpat dan jarang naik ke udara. Jika anda berada di luar bangunan, masuk ke dalam bangunan terutama yang mana aliran udara luar tidak dapat masuk.

Basuh mata anda. Jika mata anda telah terdedah kepada gas AAR, jangan gosok mata anda. Jika anda memakai kanta sentuh, tanggalkan. Basuh dengan air selama 10 minit. Kanta sentuh yang telah terdedah jangan dipakai semula.



Oleh Dr. A. Bahardin

Read more...

Malaysia sedang dilelong

>> Saturday, June 18, 2011

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Bahang pilihanraya umum yang ke 13 (PRU 13) kini makin dirasai saban hari. Isu yang kian bertukar-tukar, dari satu isu ke satu isu, dari. Dari Malaysia yang tampak seakan-akan ditimbulkan masalah dengan isu-isu lucah seperti isu video seks, liwat serta isu-isu perkauman dalam proses meracuni pemikiran rakyat agar terus setia bersatu menyokong Parti UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat semakin lapuk dan kurang menyengat.

Kerajaan dilihat terdesak dalam proses memainkan isu oleh kerana pendedahan demi pendedahan kerajaan korup yang dibuat oleh pembangkang menjadikan undi popular Barisan Nasional (BN) semakin merundum terutamanya dalam isu berkaitan susidi. BN sedar mereka kini semakin hilang sokongan rakyat akibat dasar "selaras" subsidi yang dilakukan dengan alasan ingin menjimatkan wang kerajaan. Namun begitu, dalam masa yang sama, pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu salah laku BN dalam menguruskan wang menambahkan lagi kemarahan rakyat. Bayangkan, kerajaan terpaksa membayar 1.8 hanya untuk menguruskan FB yang mampu diuruskan oleh budak sekolah sakalipun. Ini memang jelas tidak logik bagi akal. Lainlah kalau kerajaan mereka cipta sendiri FB tersebut.



Apa Tindakan Najib
Pendedahan segala agenda kerajaan untuk mem"bela" kroni sedikit sebanyak telah membuatkan masyarakat Malaysia menjadi muak dan benci dengan kerajaan BN. Ini dapat dilihat apabila kaum Cina, India dan sebahagian dari orang Melayu mula mengubah pendirian mereka dan menyokong PR. Bukti jelas dapat dilihat melalui PRU Sarawak dimana majoriti kaum Cina dan India serta penduduk Melayu di kawasan bandar telah beralih arah menyokong PR. Undi populariti PR juga telah meningkat mendadak pada PRN Sawakak. Keputusan PRN Sarawak sedikit sebanyak telah menggugat Najib untuk terus memerintah Malaysia.

Akibat tersedarnya Najib akan kehilangan undi populariti BN dalam PRN Sarawak, juteru beberapa langkah drastik telah diambil bagi memastikan kemenagan BN pada PRU 13. Antaranya

1) Membawa masuk masyarakat luar negara serta melelong kerakyatan percuma kepada mereka. Ini jelas dapat dibuktikan apabila berlaku pertambahan kerakyatan serta pertambahan pengundi baru secara mendadak terutamanya di Selangor yang mencatatkan 71,000 pengundi baru. Ini merupakan jumlah yang luar biasa oleh kerana kebiasaannya pendaftaran pengundi baru hanya mencecah 15,000 orang. Lihat sini

2) Menggunakan segala kemudahan yang ada untuk membunuh karekter pimpinan Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat apabila media prima (media umno) telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap pimpinan pakatan rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa pimpinan tertinggi pakatan. Lihat sahaja isu yang dimainkan ini tidak pernah putus daripada melibatkan pemimpin-pemimpin ini sebagai contohnya isu video seks, liwat, karikatur dan macam-macam lagi.

3) Mengubah tempat mengundi bagi pengundi melayu pro-BN ke kawasan melayu yang menjadi kubu kuat PR terutamanya kubu-kubu kuat PAS yang majoritinya mendapat undi Melayu tertinggi. BN telah menumpukan sepenuhnya terhadap kawasan-kawasan Melayu dan mengabaikan sedikit sebanyak kawasan Cina oleh kerana undi BN di kawasan tersebut majoritinya menjunam teruk.

4) Persepadanan semula yang akan berlaku tidak lama lagi dimana persepadanan semula ini akan memecahkan kawasan melayu dengan kawasan yang majoriti Cina dan India. Ini berikutan prestasi Pilihanraya Kecil (PRK) dan PRN Sarawak yang menunjukkan jumlah undi bagi kaum Cina dan India jatuh merudum.

5) Menyekat sebahagian maklumat dari SPR yang sepatutnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding. Ini kerana, kini maklumat pengundi baru yang diterima oleh PR hanyalah nombor I.C tanpa sebarang alamat dan tempat mengundi. Ini jelas menampakkan ketidakadilan pemerintah dan badan yang mengurus pilihanraya itu sendiri

BN kini telah menggunakan segala kemudahan kerajaan baik hakim, media, spr polis dan lain-lain bagi memastikan segala yang berlaku mengikut kehendak mereka. 


Bersih 2.0 : Menuntut Keadilan Rakyat
Oleh kerana melihat gelanggan perlawanan yang kini semakin tidak rata dan berat sebelah, maka dengan itu BERSIH 2.0 telah dilancarkan bagi menuntut kembali kesamarataan dalam PRU 13. Sesungguhnya Malaysia ini adalah sebuah negara demokrasi. Justeru, perjalanan PRU 13 juga haruslah adil dan seimbang. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang layak memerintah negara. Mengapa kerajaan perlu takut dengan PRU 13? biarlah rakyat Malaysia yang menilai sendiri. Tidak perlulah menjemput warganegara asing untuk turut sama menentukan pemimpin Malaysia. Kini kuasa di tangan rakyat, rakyat yang menentukan siapa yang terbaik untuk memerintah.

"Kamu Merancang, Allah Juga Merancang, Dan Allah lah sebaik-baik perancang" - firman Allah

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP