Islam Asas Transformasi Masyarakat Melayu

>> Saturday, June 12, 2010

Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel lepas bertajuk Adakah Anda Masih Melayu? artikel sebelum ini banyak membahaskan serba sedikit mengenai melayu dari segi Istilah dan status kemelayuan seseorang.

Kali ini penulis ingin membawa pula perbandingan bagaimana kehidupan orang melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam....jom baca.

Melayu sebelum kedatangan Islam

Orang-orang melayu di zaman sebelum tersebarnya dakwah Islam majoriti daripadanya merupakan mereka yang menganut agama hindu dan agama budha sepertimana yang kita pelajari dalam subjek sejarah dahulu. Adapun sebilangan kecilnya telah mengikuti amalan-amalan orang asli yang bersifat animisma.Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan tempat-tempat ibadat kuno agama hindu budha. Contohnya candi lembah bujang di kedah yang merupakan tempat ibadat bagi agama hindu serta dianggap sebagai kuil siva oleh masyarakat lampau.

Keadaan orang melayu pada saat itu dikatakan masyarakat yang hina dina. Masyarakat Melayu pada ketika itu menjadi masyarakat yang tidak bermaruah, tidak punyai hak, tidak punyai harta. Kebanyakan daripada orang melayu telah dilayan sepertimana hamba. Ini berlaku disebabkan pada ketika itu, agama hindu budha menggunakan sistem kasta dalam mengawal segala tindak tanduk masyarakat melayu.Yang berada di atas dianggap suci sehingga ada diantaranya dianggap sebagai TUHAN manakala yang berada di bawah dianggap jijik. Segala kemudahan ataupun nikmat yang dimiliki dianggap kurniaan raja. Raja mempunyai hak untuk mengambil nikmat kemudahan tersebut bila-bila masa sahaja.

Islam Teras Keagungan Melayu

Kedatangan dakwah Islam di Tanah Melayu telah membawa satu perubahan yang sangat drastik terhadap kehidupan masyarakat Melayu. Hampir kesemua masyarkat Melayu, dari Raja-raja hingga ke rakyat jelata telah bertukar dari menganuti agama Hindu Budha kepada beriman kepada Allah yang maha Esa. Ini kerana prinsip-prinsip yang kehidupan yang digariskan dalam Islam seimbang dan tidak menekan mana-mana pihak baik pemerintah mahupun rakyat jelata

Islam bukan sahaja memecahkan sistem hasta yang zalim itu, malah Islam juga telah meningkatkan sistem pendidikan masyarakat Melayu pada ketika itu. Istana-istana dijadikan tempat pengajian. Pondok-pondok didirikan demi mengajar masyarakat Melayu menjadi masyarakat yang berilmu dan berwawasan.


Selain itu, Islam juga telah memperkayakan bahasa-bahasa orang melayu. Terlalu banyak perkataan-perkataan di dalam Al-Quran telah digunapakai dalam bahasa Melayu.  Contohnya mesyuarat, rakyat, wakil,solat dan banyak lagi. Tulisan-tulisan jawi digunakan bagi memudahkan masyarakat memahami intipati-intipati ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran dan kitab-kitab arab yang ketika itu menjadi rujukan utama dunia.

Ulama'-ulama' pada ketika itu merupakan mereka yang muttaqin dan 'amilin. Jauh sekali dari mereka ini yang laparkan harta, pangkat dan kesenangan. Para Ulama' pada ketika ini dijadikan panduan ataupun icon kepada masyarakat setempat. Bahkan, ketika itu, sultan juga dikatakan sanggup meninggalkan istana berserta seluruh pangkat dan gelaran turun sebagai orang biasa demi menuntut ilmu dari ulama'-ulama' ini bersama-sama dengan rakyat jelata.

Kemudiannya, Islam juga telah membawa status sosial masyarakat Melayu kepada satu tahap yang tinggi. Hukum hakam Islam kebanyakkannya telah dijadikan adat istiadat Melayu. Masyarakat pada ketika itu juga telah memakai pakaian yang amat sopan. Lihat sahaja baju melayu...bukankah ianya merupakan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. Selain itu, dikatakan pada ketika itu, dari pada muslimatnya pula megenakan baju kurung, berkain batik serta mempunyai satu kain yang mampu menutup kepala hingga ke muka. Apabila bertemu seseorang, kain itu boleh diselak ke atas untuk memudahkan perbicaraan. Ini jelas menunjukkan masyarakat pada ketika itu berada pada tahap akhlak yang tinggi. Mereka semakin menjadi sopan dan berbudi pekerti.

Islam juga telah membentuk sistem pemerintahan yang ideal di Tanah Melayu ini. Lihat saja bagaimana kerajaan Melayu Melaka serta Kerajaan Kedah Tua menjadi antara kerajaan yang sangat popular di mata dunia. Berteraskan panduan Al-Quran dan Sunnah, segala hukum hakam dan peraturan dihasilkan. Sebagai contoh Undang-undang laut melaka. Sistem ini kemudiannya telah menarik minat pengunjung di serata dunia sejurus mengangkat martabat kerajaan Melayu di mata dunia.


Melayu Sekarang....

Saya amat kesal dengan sikap sesetengah orang Melayu sekarang. Mereka ini seakan-akan kacang lupakan kulit. Mereka kebanyakkannya menganggap Islam ini hanya berteraskan agama ritual semata-mata.

Malah ada sesetengah di antara mereka ini menganggap Islam itu sebagai penyekat kepada kemajuan negara. Pelbagai tohmahan-tohmahan yang mereka lemparkan sebagai contoh "islam itu jumud", "islam itu menyekat kebebasan" dan sebagainya.

Apakah mereka ini tidak sedar bahawa Islamlah yang telah membebaskan mereka daripada sistem kasta yang menyekat mereka suatu ketika dahulu. ?

Apakah mereka buta bahawasanya suatu ketika dahulu, kerajaan Melayu Melaka terkenal disebabkan kedatangan Islam sejurus membawa satu perubahan drastik kepada tanah Melayu?

Lihatlah sekarang, walaupun di mata kasar, Malaysia dilihat sebagai maju dari segi bangunan, infrastruktur dan sebagainya, namun pada masyarakat kebanyakkannya telahpun mengalami keruntuhan akhlak. Hari demi hari, makin dasyat akhlak masyarakat sekarang. Dari rempit, bunuh membunuh, zina, buang bayi hinggalah memperhambakan ibu bapa sendiri.

Walaupun negara dilihat sejahtera di mata kasar, rakyat sekarang ditekan dengan macam-macam bebanan. cukai sana, cukai sini. Kos hidup yang semakin meninggi yang akhirnya membawa kepada keburukan yang lebih besar. Yang menguasai kekayaan adalah dari mereka yang memerintah dan yang menjadi majoriti kemiskinan adalah daripada rakyat jelata. Jurang perbezaan suatu kelas makin hari makin jauh. Ini tidak ubah sepertimana sistem kasta suatu ketika dahulu.

Sebagai penutup artikel ini, dengan ini saya menyeru kepada pembaca-pembaca sekalian, agar kembalilah kepada agama Islam yang mulia ini. Tinggalkan fahaman dan ideologi sesat yang mengcengkam pemikiranmu. Dekatkanlah dirimu dengan yang maha Esa. Janganlah kamu lalai dengan hiburan-hiburan dunia. Kuasailah ilmu sepertimana umat-umat yang terdahulu.

Teringat pula kata-kata saidina umar r.a

"Dulu kami orang arab, manusia yang paling hina di sisi Allah, tetapi Allah telah memuliakan kita dengan Islam. Maka lepas ini jika orang arab mencari kemuliaan melainkan Islam, maka Allah akan kembalikan orang arab ke lembah kehinaan kembali"
"UMMAT ISLAM PASTI CEMERLANG"

P/s : mungkin akan ada sambungan.......alamak!!! terpanjang pulak.

2 comments:

Unknown June 13, 2010 at 5:41 AM  

Assalamu'alykum...

satu artikel yg memg menarik. Dah lma sy cuba cari someone yg akn tulis artikel tema ni. Terlintas d benak tentang ni not long ago, msa tperangkap di kem BTN semester lepas.. =p

anyway, thanx 4 sharing dis great article.. =)

محمد حذوان بن حميدان June 19, 2010 at 8:37 AM  

perkongsian yg mntap..

semoga entry ni dpt mmbuka mata hati pembaca. amin (^_^)

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP