Islam Pecah, Berpecah dan Terus Berpecah. Punca Dan Resolusi SIRI 2

>> Tuesday, January 12, 2010

Sebagaimana pada siri 1, penulis kali ini ingin membawa para pejuang Islam kepada gerakan Islam di Tanah Melayu yang kini kian berkembang pesat. Fahaman-fahaman Islam yang dibawa semakin lama semakin diterima oleh masyarakat. Namun begitu, gerakan Islam di Tanah Melayu juga tidak terlepas dari tusukan virus perpecahan. Gerakan Islam pada satu ketika dahulu telah berkumpul dan bersatu atas satu gerakan bernama Hizbul Muslimin. Penubuhan ini adalah hasil ijtimak para ulamak dalam siri menggerakkan Islam. Dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin, para pejuang agama mula berada di satu bumbung memperjuangkan Islam. Namun Hizbul Muslimin tidak dapat bertahan lama akibat pengharaman dari pihak British yang pada ketika itu menjadi penjajah di Tanah Melayu.

Ekoran dari pengharaman Hizbul Muslimin, ramai ulamak serta para daie telah ditangkap dan dihukum bunuh oleh British yang tersedar akan bahayanya perkembangan gerakan Islam pada ketika itu. Selepas kejatuhan Hizbul Muslimin, para ulamak mula membincangkan method baru untuk menggerakkan dakwah Islamiyah. Satu kata sepakat telah tercapai pada ketika itu dengan penubuhan Persatuan Islam Se-Malaya pada tahun 1952. Pada ketika ini, gerakan Islam bersatu di bawah bumbung PAS.

Selepas beberapa tahun, beberapa pejuang pemuda merasakan bahawa ahli-ahli muda yang baru habis belajar perlu diberi latihan sebagai momentum pada gerakan dakwah. Selepas perbincangan demi perbincangan, akhirnya tertubuh pula gerakan baru iaitu ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). ABIM pada ketika itu masih lagi di bawah gerakan PAS sehinggakan ABIM dianggap sebagai sayap kanan PAS dalam melatih anak muda bagi mengharungi gerakan dakwah. Ketika itu muncul juga beberapa gerakan lain yang bernaung di bawah PAS. Antaranya seperti IRC hasil dari anak muda yang belajar di eropah.

Beberapa tahun kemudian, mula berlaku pergolakan kuasa, IRC mula berniat untuk menguasai PAS pada ketika itu, tambahan pula dengan tindakan Anwar Ibrahim memasuki UMNO, maka gerakan Islam telah bertelagah sesama sendiri. Anwar Ibrahim pada ketika itu menjadi Presiden ABIM, akibat dari tindakan beliau, maka ahli-ahli ABIM telah berpecah. Sebahagian mahu mengikut Anwar Ibrahim dan sebahagian lagi mahu berintima' dengan PAS. IRC pada ketika itu ingin merampas tampuk pimpinan PAS telah dihalau keluar dan berlaku lagi perpecahan

Akibat dihalau keluar dari PAS, IRC berasa tidak selesa atas tindakan PAS lalu mereka menubuhkan pula satu gerakan baru JIM (Jemaah Islah Malaysia). Namun, selepas beberapa tahun, muncul pula beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan pembawakan JIM, lalu mereka mengambil jalan pintas dengan keluar dari JIM dan menubuhkan gerakan baru yang dikenali dengan nama ISMA. Semakin lama, Malaysia telah dihujani dengan pecahan demi pecahan akibat masalah-masalah pentingkan diri, dengki, gilakan kuasa yang akhirnya membawa kepada faktor gerakan Islam menjadi semakin lemah.

Sehingga kini, sudah terlalu banyak gerakan Islam di Malaysia sehingga ada diantaranya sering bergaduhan dalam merebut ahli baru dalam menyambungkan gerakan dakwah mereka. Gerakan Islam kian bertambah. Semakin hari semakin banyak. Ikwanul Muslimin versi malaysia yang berhasrat untuk menjadikan Ikhwan sebagai jemaah baru di Malaysia, Hizbur Tahrir yang berhasrat untuk menguasai Malaysia dengan berperang dan memutuskan tidak akan menyertai pilihan raya dengan alasan bahawa pilihan raya itu bid'ah, tidak syar'ie. Macam-macam lagi. Semuanya membawa kepada perpecahan gerakan Islam itu sendiri

Resolusi

Akibat dari jemaah yang terlalu banyak, gerakan Islam menjadi semakin lemah.  Sebagai contoh, dalam merebut ahli, dalam gerak kerja dan macam-macam lagi sehinggakan ada diantara jemaah Islam sanggup bercakaran sesama sendiri, saling menjatuhkan jemaah lain yang akhirnya menyebabkan gerakan dakwah Islamiah itu terhenti. Gerakan Islam saling bercakaran di samping orang kafir bergelak tawa atas apa yang kita lakukan. Inikah yang kita ingini sebagai sebuah gerakan Islam?

Pada pandangan penulis, Gerakan Islam sepatutnya saling bantu-membantu antara satu sama lain, cuba mencari titik persamaan yang mana kedua-duanya mendapat keuntungan bukannya menunggu peluang untuk menjatuhkan sesebuah jemaah. Penanaman sikap toleransi, dan bantu membantu. Jika sesebuah jemaah diherdik atau dihina oleh sesebuah gerakan yang bencikan Islam, Jemaah lain juga harus mengambil peranan dalam mempertahankan gerakan Islam yang dibawa.

semua ingin mencapai satu matlamat, tetapi menyekat atau menghalang gerakan jemaah lain dari melaksanakan agenda-agenda membentuk daulah Islamiyah itu bukanlah satu perkara yang kita inginkan. Sebagai contoh

jemaah tabligh yang lebih menekankan dakwah fardhiah di kalangan ummah, tidak salah kalau pas sendiri ingin menghantar ahli2nya dalam bergerak dari rumah ke rumah untuk menerangkan tentang konsep islam serta memperkukuhkan akidah ummat itu sendiri. Saya percaya bahawa pada masa kini, sangat sedikit sekali ahli2 pas yang sanggup untuk bergerak dari rumah ke rumah untuk berdakwah menerangkan islam. Jemaah Tabligh juga tidak perlu untuk menyekat ahli mereka dalam sesi pengundian jika dengan memenangi pru itu dapat membantu dalam pembentukan dakwah islamiah

JIM yang dikatakan lebih kepada pendidikan maka perlunya jim membentuk serta memperjelaskan fikrah-fikrah di kalangan guru-guru serta pensyarah-pensyarah dengan apa itu islam yang sebenar. Oleh kerana kebanayakkan ahli JIM terdiri daripada pensyarah dan guru, maka JIM juga boleh membantu dalam pembentukan akhlak murid-murid serta pelajar-pelajar yang sekarang ini sedang berlaku satu keruntuhan akhlak yang sangat teruk. Dan jika JIM ada menganjurkan seminar berbentuk akedemik, pada pandangan penulis boleh saja untuk jemaah-jemaah Islam lain turut serta dalam memingkatkan kefahama akedemik itu sendiri. Penulis tertarik dengan gerakan Ikhwanul Muslimin yang hebat dalam mencari pengganti dalam menggerakkan gerakan Jemaah itu sendiri. Sejak di bangku sekolah lagi mereka ini telah memantau murid-murid yang berpotensi untuk menjadikan membentuk murid-murid ini menjadi seorang ahli gerakan yang hebat. Keadaan ini berterusan sehingga murid itu memasuki sekolah menengah, sehinggalah mereka menamatkan sesi universiti sejurus menggerakkan jemaah.












selain itu bagi hizbur tahrir pula,jika mereka betul-betul ingin menegakkan khalifah dengan berteraskan peperangan, maka mereka boleh membantu Islam itu sendiri dari sudut ketenteraan, ramaikan ahli-ahli di peringkat tentera. Perjelaskan fikrah-fikrah dalam bidang ketenteraan, wujudkan tentera Islam yang kekuatannya sepertimana pada zaman Rasulullah. tidak perlulah hizbur tahrir menghalang ahli2 mereka daripada mengudi di PRU dengan mengatakan PRU itu haram dan tidak betul. Kenapa perlu menghalang jika dengan memenangi kerajaan itu sendiri membantu dalam membentuk sebuah negara Islam yang ideal, maka tentunya islam itu sendiri dapat ditegakkan.


Jika perkara ini dapat dilakukan, maka pada pandangan penulis kita hanya selangkah saja lagi dalam membentuk daulah islamiah, bukan sahaja di malaysia, tapi bagi seluruh dunia. sikap toleransi dan bekerjasama antara jemaah adalah sangat penting. Ketepikan soal masalah hati yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Jika wujudnya satu kesatuan antara satu jemaah dengan jemaah yang lain, maka sudah tentu kita sudah boleh merasai kemanisan kemenangan Islam.

Wallahu 'alam

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP