Islam Pecah, Berpecah dan Terus Berpecah. Punca Dan Resolusi
>> Saturday, November 7, 2009
Dunia Islam pada masa kini berada dalam keadaan yang amat parah sekali. Sering kita sebagai pejuang-pejuang Islam mengungkit-ngungkit kembali sejarah kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu sebagai pembakar semangat dalam menggerakkan gerak kerja jemaah itu sendiri. Namun sejarah hanya tinggal sejarah tanpa penerapan kembali iktibar-iktibar dalam zaman kegemilangan Islam itu sendiri. Islam bertambah parah apabila sering kali muncul perpecahan-perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri. Terlalu banyak pecahan-pecahan di kalangan umat Islam sehinggakan berlakunya pergaduhan atau perbalahan sesama muslim dan kembali meringan-ringankan penentangan musuh-musuh Islam yang nyata.
Islam pada awalnya ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W hanyalah berpusat kepada satu arah dan jarang berlakunya perbalahan-perbalahan yang besar sehingga membawa kepada perpecahan umat Islam itu sendiri. Antara kekuatan utama Umat Islam pada ketika itu adalah kerana Setiap individu muslim mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan mereka ini saling bantu-membantu antara satu sama lain. Golongan kuffar pada ketika ini memandang Islam sebagai satu ancaman yang paling besar disebabkan mereka ini merupakan satu agama yang sangat kuat dari segi fizikalnya mahupun mental dan ketuhanannya. Islam pada ketika ini menjadi sangat kuat dan kukuh disebabkan simbol kesatuan Ummah yang diterapkan oleh Rasulullah s.A.W. sehinggakan menimbulkan perasaan takut dan gerun dari kalangan puak-puak kuffar itu sendiri. Namun, Sebelum Rasulullah S.A.W wafat, baginda telahpun meramalkan akan berlakunya perpecahan dari kalangan umatnya sendri sepertimana dalam beberapa hadisnya
Rasulullah SAW bersabda : “Ada dua golongan (firqah) dari umatku yang pada hakikatnya mereka tidak ada sangkut paut dengan Islam, yaitu kaum Murjiah dan kaum Qadariyah.”
[HR. Tirmidzi]
Rasulullah SAW bersabda : “Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”.
Para sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : “Siapakah yang satu itu, ya Rasulullah?”.
Nabi menjawab : “Yang satu itu adalah orang yang berpegang (beri’itiqad) dengan peganganku (I’itiqadku)
dan sahabat-sahabatku.”
[HR. Tirmidzi]
Rasulullah SAW bersabda : “Telah berfirqah-firqah orang Yahudi menjadi 71 firqah dan orang Nasrani
seperti itu pula. Dan akan berfirqah umatku menjadi 73 firqah.”
[HR. Tirmidzi dari Abu Hurairah ra.]
Yahudi sebagai Ahlul Bid'ah Pertama
Setelah beberapa penggal pemerintahan khulafa' Ar-rasyidin, ramalan Nabi Muhammad mula menunjukkan permulaannya. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman Ibn Affan, muncul seorang pendeta besar yahudi yang berasal dari yaman yang bernama Abdullah Ibn Saba'. Abdullah Ibn Saba' membuat perancangan untuk memeluk Islam dengan harapan bahawa apabila beliau memeluk Islam, beliau akan disambut dengan penuh kehormatan oleh kerana beliau berperanan sebagai pendeta besar yahudi. Namun, Segala rancangannya tidak membuahkan hasil, dan pengislamannya dipandang ringan oleh khalifah pada ketika itu sibuk mengumpul dan menyusun al-quran oleh kerana ramainya hafiz-hafiz Al-Quran yang telah syahid di jalan Allah.
Akibat respon yang ditunjukkan oleh khalifah, beliau mula membuat gerakan untuk menjatuhkan khalifah Uthman Ibn Affan dengan menghasut umat Islam agar turut membenci Uthman Ibn Affan. Beliau merancang untuk mengagong-agongkan Ali Bin Abi Thalib dengan harapan umat Islam lain akan melihat Saidina Ali sebagai khalifan yang selayaknya. Demi menjatuhkan khalifah Uthman Ibn Affan, Abdullan Ibn Saba' mula mengubah hadis-hadis Nabi supaya lebih condong membela dan membenarkan Saidina Ali yang kebanyakkannya disebut di dalam hadis Rasulullah S.A.W. Antara beberapa hadis yang diubahnya adalah
1)Mewujudkan hadis dari Saidatina Aisyah R.A ketika saat kewafatan baginda dengan mengatakan Nabi Muhammad ada meninggalkan wasiat supaya Saidina Ali menjadi khalifah penggantinya
2)Menyebut tentang ketinggian darjat Saidina Ali sebagai menantu Rasulullah dan mengatakan bahawa Saidina Ali termasuk dalam ahlul bait.
Propaganda-propaganda yang dibuat oleh Abdullah Ibn Saba' ini mula membuahkan hasil disebabkan beberapa kelemahan-kelemahan khalifah Uthman pada ketika itu seperti menghilangkan cincin perak Nabi, mengankat kebanyakkan dari keluarganya duduk di dalam pemerintahan dan menjadi pemerintah-pemerintah daerah. Propaganda ini akhirnya telah membuatkan segolongan umat Islam pada ketika itu membenci Khalifah Uthman Ibn Affan dan membunuh beliau pada tahun 35 hijrah.
Perang Saudara
Apabila Saidina Ali diputuskan untuk memegang jawatan sebagai khalifan pada ketika itu, bibik-bibik perpecahan mula berlaku apabila terdapat 4 golongan yang berdiri atas ijtihad masing-masing
1)golongan Syiah dan Ahlul Sunnah yang mendokong dan menyokong Saidina Ali sebagai Khalifah
2)Golongan pendokong muawiyyah yang menganggap Ali ikut serta dalam peristiwa pembunuhan lalu melantik Muawiyyah sebagai khalifah di damsyik.
3)Golongan yang dipimpin oleh isteri Nabi, Saidatina Aisyah R.A serta Thalhah dan Zubir yang menganggap bahawa Saidina Ali tidak ikut dalam pembunuhan
4)Golongan yang diketuai oleh Ibn Umar(Abdullah Bin Umar Bin Khattab), Muhammad bin Salamah, Utsman Bin Zaid, Saad bin Abi Waqash dan lain-lain. Mereka berijtihad bahawa Saidina Ali tidak ikut serta dalam pembunuhan dan mereka juga tidak mengikhtiraf khalifah Muawiyyah.
Akibat daripada perpecahan ini, tercetusnya perang saudara sesama Islam iaitu pada perang Jamal diantara Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah dan perang siffin diantara muawiyyah dan Saidina Ali. Perang diantara Islam dengan Islam ini telah mengorbankan beratus ribu umat Islam itu sendiri, dan dunia Islam mula berada dalam keadaan kucar-kacir.
Sejarah Perpecahan Aqidah umat Islam
Rentetan daripada peristiwa perang saudara itu, fahaman-fahaman baru mula tercetus. Umat Islam mula berpecah kepada 73 firqah sepertimana yang diramalkan oleh Rasulullah S.A.W.
1) Daripada kaum Syiah yang kebanyakkan menganggap Saidina Ali sebagai Rasul Allah sehinggakan dalam syahadat mereka berbunyi "La ilaha illallah, wa Ali Rasulullah". Kaum Syiah kemudiannya berpecah pula kepada 22 Firqah yang berbeza.
2) Daripada Kaum Khawarij yang dahulunya merupakan pengikut Saidina Ali. Akibat kegagalan Saidina Ali dalam Majlis Tahkim iaitu rundingan damai ketika perang siffin yang menimbulkan kemarahan segolongan pihak, maka mereka merancang untuk membunuh Saidina Ali dan Muawiyyah. Rentetan daripada itu, Saidina Ali berjaya dibunuh tetapi Muawiyyah gagal. Namun puak khawarij ini masih tidak mengakui kerajaan Muawiyyah serta khalifah Hassan bin Ali(anak kepada Saidina Ali). Kaum khawarij ini kemudiannya berpecah pula kepada 20 firqah
3) Kaum Murjiah yang merupakan sekumpulan yang bercelaru dalam perang saudara, lalu menganggap bahawa kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah itu bersalah. Mereka juga tidak mengiktirah kerajaan Muawiyyah serta kaum Syiah dan Kaum Khawarij. Mereka berpendapat bahawa segala dosa yang dilakukan tidak akan memdatangkan mudharat apa-apa terhadap setelah mereka beriman dengan dua kalimah syahadah. Bahkan apabila mereka sudah mencapai tahap gullah iaitu setahap dengan para wali, maka tidak mengapa untuk berkelakuan seperti orang Nasrani. Kaum murjiah ini kemudiannya dikatakan telah berpecah pula kepada 5 firqah yang berbeza
4) Kaum Mu'tazilah yang meletakkan akal fikiran sebagai fahaman yang utama daripada dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Akibat daripada itu, teori falsafah yang dicampur dalam hukum syariat. Kaum Mu'tazilah ini kemudiannya berpecah pula kepada 20 firqah.
5) Kaum Najariah merupakan fahaman yang cuba untuk mempersatukan Mu'tazilah, jabbariah, Syiah dan Ahlul Sunnah yang akhirnya mewujudkan 3 fahaman yang berbeza.
6) Kaum Jabbariah yang berfahaman bahawa gerakan manusia itu mengikut kehendak Tuhan tidak kira yang dilakukan itu dosa ataupun pahala, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T
7) Musyabbihah yang merupakan fahaman yang telah menjisimkan Allah sama dengan tubuh makhluk. Sebagai contoh seperti tangan, muka, kaki, bertubuh badan
8)Ahlul Sunnah wal Jama'ah merupakan fahaman yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama
apabila dijumlahlahkan kesemuanya, maka hasil yang diperolehi adalah 73 firqah sepertimana dalam sabda Rasulullah S.A.W
Rasulullah SAW bersabda : “Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”.
Para sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : “Siapakah yang satu itu, ya Rasulullah?”.
Nabi menjawab : “Yang satu itu adalah orang yang berpegang (beri’itiqad) dengan peganganku (I’itiqadku)
dan sahabat-sahabatku.”
[HR. Tirmidzi]
makan dengan ini, mula tercetusnya beberapa perbezaan akidah yang akhirnya telah membuat simbol kesatuan Islam berada dalam sedikit masalah, tidak seperti ketika zaman Rasulullah dahulu dimana semuanya berpaksi kepada satu. Namun, selepas daripada pepercahan aqidah seperti di atas, berlaku pula perpecahan-perpecahan di zaman kontemporari ini yang menjadikan Islam itu lemah dan semakin lemah dan virus ini merebak dan terus merebak sehingga membuatkan Islam itu begitu mudah untuk ditindas oleh musuh Islam yang nyata.
Episode ini akan bersambung.......
3 comments:
bila anta nak sambung episod di atas?
sambungannya mana??
tengah tunggu ni..saje je bwat drama saspen eh?
huhu..
kan dah ada sambungannya...dlm post yg seterusnya
Post a Comment