Bersediakah anda dalam menghadapi segala kemungkinan
>> Monday, November 2, 2009
Sekarang ini terlalu banyak masalah yang telah dihadapi oleh seluruh manusia di atas muka bumi ini, tidak kira yang berkulit putih atau pun berkulit hitam, melayu atau pun inggeris, baik atau pun jahat, semuanya menghadapi masalah. Terlalu banyak masalah sehingga penat untuk otak yang kecil ini memikirkan jalan penyelesaiannya. Terlalu banyak masalah baik dari segi sosial, ekonomi, mahupun politik yang ketika ini sedang bergolak kencang. Masalah ini sedikit pun tidak berkurang, bahkan bertambah berlipat ganda hasil daripada peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka.
Bersediaka anda....?
Bersediaka anda....?
Di penghujung zaman ini, terlalu banyak bencana alam yang berlaku. Tidak sempat yang lepas untuk pulih sepenuhnya, sudah ada yang baru datang muncul akibat kerakusan manusia yang hanya pentingkan keuntungan tapi mengabaikan kesihatan bumi. Sahabat-sahabat sekalian, tahukan anda bahawa bumi yang kita diami ini sudah terlalu nazak? Hayatnya hanya tinggal beberapa penggal saja untuk terus bertahan. Namun, manusia sekarang menambahkan lagi penyakit si bumi yang sedang sakit tenat.
Akibat daripada perbuatan manusia ini, maka bumi telah banyak memuntahkan darahnya berupa larva-larva dari gunung berapi, badannya sentiasa bergetar sehingga menghasilkan tsunami yang begitu dasyat sekali, kulitnya yang kering merekah mewujudkan lubang-lubang yang sangat besar dan berbahaya. Ingatlah, segala simptom maut yang dialami oleh bumi ini, yang lebih teruk terasa adalah manusia itu sendiri sehinggakan setiap simptom ini mampu meragut beribu nyawa manusia tidak kira yang baik atau jahat, cantik atau hodoh, semuanya terpaksa menjadi rakan kongsi terhadap setiap kesakitan yang dialami oleh si bumi.
Namun, bersediakah kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal melanda, mungkin di kawasan kita masih lagi belum mempunyai bencana alam, siapa tahu, esok lusa, mampukah kita hidup dengan aman damai.
Bersediakah anda....?
Bersediakah anda....?
Akibat daripada kejatuhan ekonomi dunia, banyak negara mengalami kemunduran. Negara yang mundur akan bertambah mundur akibat kejatuhan kewangan manakala bagi mereka yang berkuasa pula mengambil resolusi dengan menceroboh negara yang mundur dan mencuri segala hasil yang ada bagi mengawal negara mereka daripada terus dibelenggu dengan masalah ekonomi. Akibat daripada itu, ramai yang terpaksa berlapar sehinggakan ada yang mati akibat kelaparan. Ramai yang terbunuh akibat serangan demi serangan yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa semata-mata kerana hasil yang kecil ini. Akibatnya, masih sama, berlakunya berjuta-juta kematian disebabkan masalah ekonomi yang merudum teruk.
Oleh itu, bersediakah kita untuk berlapar berhari-hari, diserang oleh kuasa-kuasa, bersama-sama menganggur disebabkan tiada majikan yang mahu untuk mengambil kita sebagai pekerja.
Bersediakah anda....?
Bersediakah anda....?
Tahukah anda, bahawa teradapat satu virus yang sangat sukar untuk dihentikan. Malah tiada yang mahu ianya dihentikan disebabkan masyarakat dunia yang sangat suka kepada virus yang sangat merbahaya ini. Tambahan lagi bagi mereka yang muda. Semuanya suka kecuali segolongan kecil sahaja yang ingin menentangnya. Tahukan anda apakah virus ini? virus ini dinamakan sebagai penyakit sosial. Di penghujung zaman ini, penyakit sosial merebak dengan meluas. Setiap hari, pasti kita lihat kesan daripada pengakit ini di dada-dada akhbar. Ada yang dirogol, ditangkap zina, ibu dibunuh anak, semuanya disebabkan penyakit sosial. Masalah ini makin hari makin sukar dibendung kerana tiada yang menyangka kesan yang timbul daripada sikap sosial yang melampau ini akan melahirkan sesuatu yang sangat keji di sisi masyarakat. Namun siapa kisah!!! ibu bapa sendiri yang tidak mengongkong pergaulan anak-anak mereka, malah ada ibu bapa yang seronok apabila anak-anak mereka bercinta.
Namun, siapa yang sanggup untuk menghentikannya di masa semuanya makin suka kepadanya. Siapa yang rela dicemuh akibat bertentangan arus dengan masyarakat umum. Oleh itu, bersediakah kita untuk membendung masalah sosial ini, bersediakah anda untuk dicemuh oleh mereka yang mencintai virus ini, bersediakah anda untuk memimpin mereka ini ke jalan yang benar. Ataupun anda lebih bersedia untuk dirogol, dicolek, ataupun ditangkap kerana berzina. Wallahu 'alam
Tetapi yang lebih dasyat......
Bersediakah kita untuk menghadapi perkara yang paling teruk dari yang saya nyatakan di atas ini. Ianya adalah apabila munculnya dajjal di muka bumi ini. Tujuannya membimbing manusia kepada kebatilan dan menentang kepada yang mungkar. Kebanyakkan tanda-tanda besar kemunculan dajjal sudahpun muncul, tetapi manusia sekarang masih lagi berseronok dengan hiburan dan membiarkan cahaya iman dalam diri mereka terus malap. Oleh itu bersediakah kita untuk menentang dajjal dengan iman kita yang lemah ini, bersediakah kita untuk mengelakkan daripada tipudaya dajjal ini dengan ilmu kita yang sangat cetek ini. Ingatlah sahabat-sahabat, kemunculan dajjal semakin dekat, tapi kita masih leka dengan segala hiburan yang dibentangkan oleh pihak media. kita masih lemas dalam kancah maksiat. Namun adakan kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku?????
Tetapi yang lebih dasyat......
Bersediakah kita untuk menghadapi perkara yang paling teruk dari yang saya nyatakan di atas ini. Ianya adalah apabila munculnya dajjal di muka bumi ini. Tujuannya membimbing manusia kepada kebatilan dan menentang kepada yang mungkar. Kebanyakkan tanda-tanda besar kemunculan dajjal sudahpun muncul, tetapi manusia sekarang masih lagi berseronok dengan hiburan dan membiarkan cahaya iman dalam diri mereka terus malap. Oleh itu bersediakah kita untuk menentang dajjal dengan iman kita yang lemah ini, bersediakah kita untuk mengelakkan daripada tipudaya dajjal ini dengan ilmu kita yang sangat cetek ini. Ingatlah sahabat-sahabat, kemunculan dajjal semakin dekat, tapi kita masih leka dengan segala hiburan yang dibentangkan oleh pihak media. kita masih lemas dalam kancah maksiat. Namun adakan kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku?????
Wallahu 'alam
ps: sebenarnya masih banyak lagi masalah yang membelengu masyarakat, cuma ini antara masalah yang besar.... tak larat nak tulis semua
0 comments:
Post a Comment