Islam Tidak Akan tertegak selagi mana kebatilan tidak ditumbangkan
>> Sunday, January 31, 2010
Keadilan adalah aspek yang sangat dititik beratkan dalam agama Islam. Bahkan, Islam sendiri memperjuangkan keadilan sebagai kunci kepada perubahan masyarakat jahiliah pada ketika itu berlaku satu penindasan yang melampau. Anak perempuan ditanam hidup-hidup. Berlaku sistem riba yang berleluasa serta penipuan dalam perniagaan. Lelaki dibenarkan berzina dengan perempuan yg disukai tanpa perlu kahwin. Ini adalah satu cara hidup yang mengancam peradaban manusia itu sendir
Maka Apabila datangnya agama Islam, golongan yang pertama dibela adalah mereka yang berada di kelas bawahan iaitu hamba. Golongan hamba adalah antara mereka yang paling awal memeluk Islam oleh kerana merasakan bahawa sistem yang berlaku di persekitaran mekah pada ketika itu merupakan satu sistem yang terlalu korupsi sehingga menyebabkan mereka berusaha untuk mencari kebenaran yang hakiki. Datangnya Islam pada ketika itu membela nasib wanita yang ditindas oleh masyarakat mekah. Penanaman bayi perempuan telah menjadi satu kebencian kepada mereka. Status wanita telah dinaiktaraf sehingga dihormati oleh masyarakat jahiliah. Apabila bertapaknya kerajaan Islam, satu demi satu sistem korupsi dimusnahkan. Riba dan penipuan terhadap sukatan telah diharamkan. Kemudiannya pula arak telah diharamkan. Wujudnya undang-undang hudud bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam akan pentingnya keadilan sejagat. Apabila terbentuknya kerajaan Islam, segala sistem korupsi telah dimusnahkan dan keadilah sejagat telah ditegakkan tanpa mengira agama, bangsa ataupun warna kulit
Apabila nilai keadilan itu ditegakkan dalam sistem pemerintahan, maka berlakunya pelbagai revolusi seperti sistem pemerintahan, sistem pendidikan, sistem ekonomi dan lain-lain lagi sehinggakan revolusi-revolusi yang berlaku telah menjadikan negara Islam maju kehadapan mengatasi negara-negara rom, parsi dan lain-lain yang satu ketika dahulu menjadi negara rujukan. Kemajuan negara Islam ini telah membuatkan timbulnya rasa iri hati terhadap agama-agama lain sehingga menyekat segala ajaran yang dibawa masuk dari Islam. Maka dengan ini berlakunya reformasi memisahkan agama dalam kehidupan harian sehinggalah sekarang.
Semakin lama, teras keadilan yang diperjuangkan oleh Islam semakin dicabuli sehinggalah kepada kewujudan semula sistem korupsi yang melampau akhir-akhir ini. Mengulas mengenai sistem piihan raya kampus baru-baru ini, terlalu banyak korupsi yang dilakukan oleh pihak berkuasa semata-mata ingin mengongkong kesedaran mahasiswa dalam perkembangan sistem keintelektualan dan keadilan. Politik nilai telah diganti dengan politik busuk yang telah dilancarkan oleh pihak pentadbiran dengan kerjasama aspirasi. Mereka berusaha mengugut mahasiswa-mahasiswa baru yang masih belum memahami situasi kampus untuk berpihak kepada mereka. Mereka juga telah menafikan hak berkempen Gabungan Mahasiswa(GM) di kolej-kolej kerana mereka sedar bahawa sistem korupsi yang mereka perjuangkan pasti akan cuba dihapuskan oleh pihak lawan. Tahap kemuncak korupsi berlaku ketika hari pembuangan undi, dimana terdapat pelbagai mehnah dan tribulasi yang mereka cuba lancarkan demi membantutkan gerakan mahasiswa. Bermula dari pondok panas, sehinggalah dari penipuan pengiraan undi. Inikah yang kita inginkan dari pemerintah atau pentadbiran kita. Sekiranya berlakunya kezaliman, maka sudah semestinya akan runtuhnya bukan setakat nilai Islam, malah nilai moral manusia itu sendiri.
link korupsi prk ->http://tintaduat.blogspot.com/2010/01/kempen-besar-besaran-bongkar.html
"Islam Memimpin Transformasi Ummah"
0 comments:
Post a Comment