Memahamkan Diri Sebagai HambaMu
>> Saturday, April 9, 2011
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
"Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.(61) Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)(62). Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang yang bodoh menyapa mereka, (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan salam (63). - Al-Furqan (61-63)
Tawadhu’ adalah sifat orang-orang mulia. Tawadhu’ dalam erti kata lain "merendahkan diri tanpa menghinakan diri"adalah sifat para nabi dan Rasul. Lawan sifat tawadhu’ adalah takabbur, iaitu sifat sombong.
Hinanya seorang manusia...
Tiada gunanya sebagai seorang manusia untuk bersifat sombong dan meninggi diri sehinggakan berani mendabik dada dengan hukum-hukum Allah, mempedulikan apa yang telah Allah perintahkan sebaliknya beliau menganjurkan maksiat. Malahan, di samping itu, mereka ini juga sering kali menindas golongan-golongan yang lemah dan kurang upaya bagi membuktikan betapa berkuasanya mereka.
Sesungguhnya kita ini hanya seorang manusia yang kerdil jika ingin dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH yang meliputi semesta alam. Sudahkan anda lupa bagaimana terciptanya seorang manusia? Bukankah ALLAH telah berfirman di dalam surah Al-Mu'minun...
Sesungguhnya kita ini hanya seorang manusia yang kerdil jika ingin dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH yang meliputi semesta alam. Sudahkan anda lupa bagaimana terciptanya seorang manusia? Bukankah ALLAH telah berfirman di dalam surah Al-Mu'minun...
"Dan sesunggu, kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah (12). Kemudian kami menjadikan air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim) (13). Kemudian air mani itu kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian, kami menjadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Mahasuci ALLAH, pencipta yang paling baik (14). - Al-Mu'minun (12-14)
Tidakkah anda merasakan hinanya anda di sisi Allah ini apabila dijadikan daripada air mani yang sudah semestinya akan melalui saluran kencing. Malahan, ketika kelahiran bayi juga, kita sekali lagi melalui kemaluan yang juga merupakan saluran kencing. Tidakkah anda berasa jijik dan kotornya manusia ini apabila dilahirkan daripada kemaluan? Ini merupakan kehinaan yang diberi oleh Allah S.W.T sang pencipta agar manusia sedar betapa hinanya dia . Moga-moga manusia ini berfikir dan sedar akan dirinya sebagai seorang hamba yang Maha Esa.
Belajarlah dari sejarah lampau
Sesungguhnya, terdapat azab yang pedih bagi mereka-mereka yang sombong, ujub serta yang berkaitan dengannya. Ingatlah bahawasanya, Al-Quran telah banyak kali mengisahkan perihal mereka-meraka yang cuba mendabik dada sehingga sanggup melawan perintah Allah serta syariat yang digariskanNya.
1) Kisah Si Iblis yang sombong dengan kehebatan penciptaannya
Sudahkah kali lupa perihal si Iblis laknatullah ini? Ingatlah wahai saudaraku, sesungguhnya iblis ini dahulunya merupakan antara malaikat yang terpuji, rajin ibadahnya dan seringkali dimakbulkan doanya. Malahan, apabila tersebarnya berita perihal kejadian manusia dan akan ada malaikat yang membelot, maka, berduyun-duyun malaikat lain datang kepada iblis untuk mendoakannya. Namun, dalam pada itu, Si Iblis hanya mendoakan mereka-mereka yang datang sehingga mengabaikan dirinya sendiri oleh kerana merasakan dirinya sudah cukup hebat dan sempurna.
Setelah terciptanya manusia , maka muncullah mereka-mereka yang ingkar kepada perintah ALLAH untuk sujud hormat kepada nabi Adam A.S atas ketinggian ilmunya. Namun disebabkan merasakan dirinya cukup hebat kerana dijadikan daripada api sedangkan manusia dijadikan daripada tanah, maka Si Iblis tetap tidak ingin sujud kepada nabi Adam A.S sepertimana yang dikisahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 30-34
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat " Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata "Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan mensucikan nama-Mu? Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" (30)
Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian di memperlihatkan kepada para malaikat seraya berfirman, "Sebutkan kepada-Ku nama-nama (benda) ini, jika kamu yang benar!" (31)
Mereka menjawab "Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (32)
Dia (ALLAH) berfirman " Wahai Adam! beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu!" Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman " Bukankah telah Aku katakan kepadamu bahawa aku lebih mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?" (33)
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat untuk "sujudlah kamu kepada Adam!" maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombong diri, dan ia termasuk golongan yang kafir. (34) -Surah Al-Baqarah
Selepas dari kesyirikan Iblis, maka muncul pula mereka-mereka yang menyombong diri dari kalangan anak Adam. Bahkan mereka ini sombong melebihi sang Iblis yang hanya ingkar untuk sujud kepada nabi Adam sebagai tanda hormat. Kisah Firaun yang ditenggelamkan Allah, Kisah Bani Israel dan beberapa kisah lain antara kisah yang kita boleh teladani. Mereka ini bukan sahaja sombong dan mengingkari perintah Tuhan, malahan ada yang sanggup mengakui mereka adalah Tuhan itu sendiri. Betapa besarnya dosa mereka di sisi Allah.
Kembali kepada ketakwaan kepada ALLAH S.W.T
Manusia zaman kini, makin hari makin dihimpit dengan budaya penindasan, rasuah, tamakkan harta, tamakkan pangkat serta darjat yang tinggi hasil daripada sifat sombong, ujub dan takkabur sehingga wujud budaya bunuh-membunuh.
Zaman kini semakin hari tidak ubah sepertimana zaman jahiliah dengan maksiat yang merata-rata. Penzinaan, rompak, tipu, rasuah, rogol, bunuh, judi, minum arak dan sebagainya sehinggakan ada sesetengah daripadanya telah menjadi darah daging kepada manusia.
Dengan ini, saya dengan perasaan rendah diri menyeru kepada diri yang hina ini serta semua sahabat-sahabat agar kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunah serta syariat yang telah Allah gariskan kepada umat Islam. Marilah kita sama-sama membuang segala sifat yang tercela ini dan kembali merendahkan diri, sebagai seorang hamba kepada Sang Penguasa Alam. Jadilah kita sepertimana padi, semakin berisi, semakin tunduk ia ke tanah - Wallahu 'alam
p/s : Ilham dari karya 12 sifat Ibadurrahman karangan syeikh Prof Dr Yusur Al-Qardawi...credit kepada ust. Idris Yusuff atas buku yang bermanfaat. Tidak sia-sia pergi melepak kat masjid hasanah 2 hari lepas.
0 comments:
Post a Comment