Malaysia sedang dilelong

>> Saturday, June 18, 2011

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Bahang pilihanraya umum yang ke 13 (PRU 13) kini makin dirasai saban hari. Isu yang kian bertukar-tukar, dari satu isu ke satu isu, dari. Dari Malaysia yang tampak seakan-akan ditimbulkan masalah dengan isu-isu lucah seperti isu video seks, liwat serta isu-isu perkauman dalam proses meracuni pemikiran rakyat agar terus setia bersatu menyokong Parti UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat semakin lapuk dan kurang menyengat.

Kerajaan dilihat terdesak dalam proses memainkan isu oleh kerana pendedahan demi pendedahan kerajaan korup yang dibuat oleh pembangkang menjadikan undi popular Barisan Nasional (BN) semakin merundum terutamanya dalam isu berkaitan susidi. BN sedar mereka kini semakin hilang sokongan rakyat akibat dasar "selaras" subsidi yang dilakukan dengan alasan ingin menjimatkan wang kerajaan. Namun begitu, dalam masa yang sama, pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu salah laku BN dalam menguruskan wang menambahkan lagi kemarahan rakyat. Bayangkan, kerajaan terpaksa membayar 1.8 hanya untuk menguruskan FB yang mampu diuruskan oleh budak sekolah sakalipun. Ini memang jelas tidak logik bagi akal. Lainlah kalau kerajaan mereka cipta sendiri FB tersebut.



Apa Tindakan Najib
Pendedahan segala agenda kerajaan untuk mem"bela" kroni sedikit sebanyak telah membuatkan masyarakat Malaysia menjadi muak dan benci dengan kerajaan BN. Ini dapat dilihat apabila kaum Cina, India dan sebahagian dari orang Melayu mula mengubah pendirian mereka dan menyokong PR. Bukti jelas dapat dilihat melalui PRU Sarawak dimana majoriti kaum Cina dan India serta penduduk Melayu di kawasan bandar telah beralih arah menyokong PR. Undi populariti PR juga telah meningkat mendadak pada PRN Sawakak. Keputusan PRN Sarawak sedikit sebanyak telah menggugat Najib untuk terus memerintah Malaysia.

Akibat tersedarnya Najib akan kehilangan undi populariti BN dalam PRN Sarawak, juteru beberapa langkah drastik telah diambil bagi memastikan kemenagan BN pada PRU 13. Antaranya

1) Membawa masuk masyarakat luar negara serta melelong kerakyatan percuma kepada mereka. Ini jelas dapat dibuktikan apabila berlaku pertambahan kerakyatan serta pertambahan pengundi baru secara mendadak terutamanya di Selangor yang mencatatkan 71,000 pengundi baru. Ini merupakan jumlah yang luar biasa oleh kerana kebiasaannya pendaftaran pengundi baru hanya mencecah 15,000 orang. Lihat sini

2) Menggunakan segala kemudahan yang ada untuk membunuh karekter pimpinan Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat apabila media prima (media umno) telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap pimpinan pakatan rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan beberapa pimpinan tertinggi pakatan. Lihat sahaja isu yang dimainkan ini tidak pernah putus daripada melibatkan pemimpin-pemimpin ini sebagai contohnya isu video seks, liwat, karikatur dan macam-macam lagi.

3) Mengubah tempat mengundi bagi pengundi melayu pro-BN ke kawasan melayu yang menjadi kubu kuat PR terutamanya kubu-kubu kuat PAS yang majoritinya mendapat undi Melayu tertinggi. BN telah menumpukan sepenuhnya terhadap kawasan-kawasan Melayu dan mengabaikan sedikit sebanyak kawasan Cina oleh kerana undi BN di kawasan tersebut majoritinya menjunam teruk.

4) Persepadanan semula yang akan berlaku tidak lama lagi dimana persepadanan semula ini akan memecahkan kawasan melayu dengan kawasan yang majoriti Cina dan India. Ini berikutan prestasi Pilihanraya Kecil (PRK) dan PRN Sarawak yang menunjukkan jumlah undi bagi kaum Cina dan India jatuh merudum.

5) Menyekat sebahagian maklumat dari SPR yang sepatutnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding. Ini kerana, kini maklumat pengundi baru yang diterima oleh PR hanyalah nombor I.C tanpa sebarang alamat dan tempat mengundi. Ini jelas menampakkan ketidakadilan pemerintah dan badan yang mengurus pilihanraya itu sendiri

BN kini telah menggunakan segala kemudahan kerajaan baik hakim, media, spr polis dan lain-lain bagi memastikan segala yang berlaku mengikut kehendak mereka. 


Bersih 2.0 : Menuntut Keadilan Rakyat
Oleh kerana melihat gelanggan perlawanan yang kini semakin tidak rata dan berat sebelah, maka dengan itu BERSIH 2.0 telah dilancarkan bagi menuntut kembali kesamarataan dalam PRU 13. Sesungguhnya Malaysia ini adalah sebuah negara demokrasi. Justeru, perjalanan PRU 13 juga haruslah adil dan seimbang. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang layak memerintah negara. Mengapa kerajaan perlu takut dengan PRU 13? biarlah rakyat Malaysia yang menilai sendiri. Tidak perlulah menjemput warganegara asing untuk turut sama menentukan pemimpin Malaysia. Kini kuasa di tangan rakyat, rakyat yang menentukan siapa yang terbaik untuk memerintah.

"Kamu Merancang, Allah Juga Merancang, Dan Allah lah sebaik-baik perancang" - firman Allah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP