Najib, keranamu Malaysia Hancur

>> Sunday, May 30, 2010

Terkedu saya melihat utusan beberapa hari yang lepas. Saya berasa tersangat teramat paling kecewa terhadap Perdana Menteri kita ini iaitu Si NAJIB ALTANTUNYA. Agaknya otak yang dia miliki tu dah memang tidak boleh diterima pakai. Statement-statement yang dikeluarkan jelas langsung menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang yang patut kita jadikan sebagai pemimpin. Ini statementnya dalam utusan melayu :

Umat Islam mesti miliki kekuatan unggul

PEKAN 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu mempunyai kekuatan yang menyeluruh untuk menjadi umat yang unggul dan cemerlang.
Menurut Perdana Menteri, umat Islam akan menjadi umat yang lemah dan hilang upaya sekiranya hilang kekuatan, sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin.

Tambah beliau, kegagalan umat Islam untuk memiliki kekuatan menyeluruh seperti yang disarankan dalam agama boleh menggagalkan hasrat untuk melahirkan umat Islam yang cemerlang dan berjaya.

"Kalau kita hendak memacu umat Islam ke arah umat yang unggul dan cemerlang, maka kita perlu kepada asas paling penting sekali iaitu kekuatan.
"Kita mesti ada kekuatan sebagaimana yang dituntut oleh Islam iaitu bersifat menyeluruh, sebab itu Islam disebut agama yang syumul, lengkap dan tiada yang lengkap selain Islam.

''Tetapi, kalau kita berjuang hanya untuk mencari satu aspek sahaja dan (perkara) lain kita tidak ambil peduli, maka tidak akan sampai hasrat kita hendak melahirkan umat cemerlang kerana tidak ada kekuatan sebenarnya," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Imam Muda Peringkat Daerah Pekan di Masjid At-Taqwa, Peramu Jaya di sini malam ini anjuran bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia kawasan Pekan dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri berkata, umat Islam sewajarnya menjadikan Palestin sebagai contoh terbaik untuk membina kekuatan menyeluruh bagi mendepani cabaran mendatang.
Katanya, kegagalan umat Islam di Palestin membina kekuatan menyebabkan negara mereka yang besar pada suatu ketika dahulu kini hanya tinggal dua bahagian kecil iaitu Tebing Barat dan Gaza, sementara rakyat Palestin yang hidup di luar pula jauh lebih ramai berbanding di dalam negara sendiri.

Kelemahan umat Islam Palestin juga, jelasnya, telah menyebabkan Masjid Al-Aqsa iaitu masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dikuasai oleh bangsa Yahudi, manakala umat Islam Palestin pula tidak dibenarkan solat di sana kecuali golongan tua.

"Tidak ada contoh lebih jelas bila masjid ketiga teragung dalam Islam tidak lagi dalam kawalan orang Islam sebabnya bila kita tidak ada kekuatan, kita boleh dijajah. Bukan setakat dijajah, tetapi agama kita boleh dikawal oleh orang lain," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyifatkan program imam muda merupakan satu usaha untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam oleh institusi masjid bagi meneruskan kesinambungan daripada kelahiran imam-imam cemerlang sebelum ini.
Dalam konteks ini, Perdana Menteri turut menasihatkan para peserta program supaya mencontohi imam muda di zaman Rasulullah seperti Amru bin Salamah yang hanya berusia tujuh tahun tetapi mampu menjadi imam disebabkan ketinggian ilmunya.

"Kalau ilmu kita tinggi, kita juga boleh jadi seperti Amru bin Salamah iaitu menjadi imam dan (juga) memainkan peranan membangunkan kariah sebab peranan imam sekarang makin mencabar," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengucapkan terima kasih di atas peruntukan RM25,000 yang diberikan kerajaan negeri Pahang kepada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia kawasan Pekan untuk menjalankan kegiatan keagamaan.
Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, program imam muda itu akan diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha melahirkan imam dan masjid cemerlang bagi membina kembali kekuatan di kalangan umat Islam.

Saya begitu kecewa dengan Si Najib ni....engkau tu dah la perdana menteri Malaysia, namun sanggup engkau keluarkan kata-kata yang begitu kesat kepada perjuangan Islam.

Dalam berita di atas,  dia(najib) telah mengeluarkan kata-kata yang mempertikaikan kekuatan Islam palestin

Perdana Menteri berkata, umat Islam sewajarnya menjadikan Palestin sebagai contoh terbaik untuk membina kekuatan menyeluruh bagi mendepani cabaran mendatang.
Katanya, kegagalan umat Islam di Palestin membina kekuatan menyebabkan negara mereka yang besar pada suatu ketika dahulu kini hanya tinggal dua bahagian kecil iaitu Tebing Barat dan Gaza, sementara rakyat Palestin yang hidup di luar pula jauh lebih ramai berbanding di dalam negara sendiri.

Kelemahan umat Islam Palestin juga, jelasnya, telah menyebabkan Masjid Al-Aqsa iaitu masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dikuasai oleh bangsa Yahudi, manakala umat Islam Palestin pula tidak dibenarkan solat di sana kecuali golongan tua.

Ini jelas sekali najib memperkecilkan perjuangan umat Islam di Palestin....Tidakkah dia tahu, bahawasanya umat Islam di Palestin telah mengerahkan segala kudrat yang ada bagi melawan tentera-tentera Israel laknatullah.Tidakkah dia tahu bahawasanya rakyat palestin telah mengorbankan segal-galanya bagi menentang penjajahan haram yahudi.

Sekarang ini, saya ingin mempertikaikan kamu najib, apa yang kamu sudah lakukan untuk mendapatkan kembali masjid al-Aqsa, Selama najib menjadi perdana menteri.....setahu saya, beliau tidak pernah langsung menghantar tentera-tentera Malaysia ke Palestin untuk menebus kembali Masjid Al-Aqsa sebaliknya dia sanggup pula menghantar tenteranya di Lubnan selepas kebanyakkan tentera di negara lain telahpun menarik balik. Najib sekali-kali tidak pernah menghantar bantuan kelengkapan harian bagi membantu rakyat Palestin membina kekuatan.

"Najib....engkau langsung tidak pernah berusaha untuk mengembalikan daulah Islam. Malah engkau menyekat lagi kebebasan gerakan Islam semata-mata untuk kepentinganmu. Engkau telah menghalalkan judi, engkau telah menghabiskan wang-wang rakyat dengan perkhidmatan APCO yang jelas merupakan syarikat Israel. Kini engkau pertikaikan pula kekuatan Palestin. Apakah jenis manusia engkau ini"

Dengan ini, saya dengan penuh tekad dan keazaman untuk menggunakan sedaya upaya saya bagi memastikan bahawasanya Najib tidak akan menang pada PRU 13. Saya akan bongkarkan kepada semua masyarakat betapa zalimnya kamu najib. Selama ini saya hanya bersabar denganmu najib, tapi kini saya telah mengangkat pedang bagi menjatuhkan kerajaan zalimmu.

"ALLAH AKHBAR"
"ALLAH AKHBAR"
"ALLAH AKHBAR"


"ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH"

3 comments:

'aRyN QisTiNa May 30, 2010 at 9:51 PM  
This comment has been removed by the author.
Jef Hadi May 31, 2010 at 1:29 AM  

mula-mula cari jugak apa yang tak kena dengan najib punya ucapan.penghujungnya baru tahu kan.apa punya orang aa najib ni.siot!

Cikgu Fatin Diana May 31, 2010 at 9:38 AM  

Astaghfirullahal'azim..
agk terkejut membaca kenyataan najib..

smg Allah mmberi hidayah dn petunjuk kpd mrk..
sedarlah whai pemimpin2 Islam!..

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP