Apa yang bakal terjadi di sebalik perbicaraan AUKU 2 & 3 Julai
>> Friday, May 28, 2010
Tuduhan Yang Salah
Seperti yang kita ketahui, empat orang mahasiswa UKM jurusan Sains Politik telah ditahan ketika mereka berada di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor (PRK Hulu Selangor). Mereka adalah
1) Saudara Hilman B Idham selaku presiden kelab Sains Politik,
2) Saudara Haji Ismail Aminuddin yang merupakan Naib Presiden
3) Saudari Azlin Shafina Adzha sebagai setiausaha kelab
4) Sauudara Woon King Chai sebagai Exco kelab tersebut
keempat-empat mereka didapati ditahan oleh pihak polis sewaktu sekatan jalan raya pada 22 April yang lalu di Pekan Rasa dan Ampang Pecah. Sewaktu ditahan, mereka didapati bersama-sama 3 orang aktivis parti dalam sebuah kenderaan. Penahanan tersebut adalah kerana polis mendapat laporan aduan daripada seseorang yang mengarahkan penangkapan tersebut. Ketika penahanan tersebut, didapati beberapa bungkusan risalah kampen parti yang masih belum dibuka dan beberapa CD kampen. Namun, selepas sejam kemudian, tiba Cik Rosma Ayu mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) datang ke tempat penahanan lalu memeriksa van tersebut. Apabila didapati bungkusan risalah belum dibuka, lalu beliau dengan sengajanya mengoyak bungkusan itu lalu mengambil gambar sebagai bukti mereka terlibat dalam PRK Hulu Selangor.
Pada pendapat saya, dalam penahanan di atas, tidak boleh dibuktikan kesalahan 4 orang mahasiswa tersebut, oleh kerana bungkusan itu masih tertutup rapat (belum buka). Sekiranya mereka didapati berkempen, sudah pasti bungkusan tersebut telah dibuka. Siasatan polis juga tidak dapat membuktikan 4 orang mahasiswa UKM ini bersalah lalu menggugurkan pertuduhan.
Namun, keesokan harinya, Saudara Hilman B Idham sekali lagi ditahan polis. Bersamanya 4 orang aktivis lain yang menaiki kenderaan yang sama. Namun dalam penahanan itu polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah. Polis masih tidak dapat membuktikan Hilman bersalah dan tiada pertuduhan polis dibuat.
Sejurus selepas itu, Pihak UKM cuba mengambil kesempatan ini untuk mendakwa pelajar tersebut di bawah Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) di bawah seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang bermaksud;
"Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap - (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia".
Akan tetapi, pada hakikatnya, pihak universiti tidak boleh membuat sebarang pertuduhan jika tiada pertuduhan sah dari pihak polis. Oleh itu, pertuduhan yang dibuat selama ini bukanlah satu pertuduhan yang sah oleh kerana mereka berempat tidak didapati bersalah oleh pihak polis.
Perancangan Pihak Universiti Di Hari Perbicaraan.
Seperti yang kita sedia maklum, mereka berempat ini akan dibicarakan pada tarikh yang berlainan. Hilman akan dibicarakan pada 2 Jun dan 3 orang yang lain akan dibicarakan pada 3 Jun.
Ajaibnya, mengapakah hilman dipisahkan dari dibicarakan bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Kenapa semua tertuduh tidak dibicarakan pada tarikh yang sama.
keajaiban yang kedua, saya dapat maklumat dari sahabat yang mengatakan perbicaraan pada tarik 3 Jun akan dilangsungkan secara berasingan. Azlin akan dibicarakan pada pukul 9, King Chai pula pada pukul 10 dan Ismail pula akan dibicarakan pada pukul 11. Yang menjadi persoalan di sini, mengapakah perbicaraan dilakukan dalam masa yang amat singkat. Seolah-olah ianya sudah mempunyai satu keputusan sebelum perbicaraan dimulakan. Mana mungkin sesi perbicaraan menjadi begitu pendek.
Ajaib yang ketiga adalah perbicaraan itu telah nampak jelas merupakan perbicaraan yang sangat tidak adil. Pihak universiti akan diwakili oleh peguam-peguam yang berasal dari pensyarah fakulti undang-undang yang sememangnya pakar dalam bidang undang-undang. Akan tetapi mereka berempat hanya mampu mempertahankan diri mereka sendiri tanpa ada sebarang pertolongan. Ini kerana perbicaraan AUKU tidak membenarkan peguam luar masuk perbicaraan dan hanya membenarkan pihak kakitangan Universiti sahaja yang boleh diwakili.
Akan tetapi, semua kakitangan telah diberi amaran supaya tidak membantu 4 orang mahasiswa ini. Setiap kali pohon bantuan dari pihak kakitangan, mereka akan cakap, mereka tidak boleh oleh kerana telah diberi amaran oleh pihak pentadbiran untuk tidak membantu. Mereka hanya sanggup membantu sebagai saksi dan tidak lebih dari itu. Ini jelas sekali merupakan satu perbicaraan yang totally unjustice.
Inikah yang dikatakan undang-undang. Undang-undang dibuat untuk menegakkan keadilan. Namun adakah ini satu keadilan? Ini seolah-olah mereka berempat terpaksa berlawan dalam keadaan pihak lawan sudah pun mempunyai 20 gol di permulaan.
Hapuskan Kezaliman dan tegakkan Keadilan
Hapuskan Korupsi dan gantikan dengan yang beriman
Bebaskan mereka yang tidak bersalah dan tangkap orang yang melakukan kezaliman
Hapuskan AUKU demi kesejahteraan Mahasiswa
Hapuskan AUKU demi keadilan Mahasiswa
Hapuskan AUKU demi pembangunan negara
Student !!!!!!! Power !!!!!!!
Student !!!!!! Power !!!!!!!!
Student !!!!!! Power !!!!!!!!!
Hapuskan Korupsi dan gantikan dengan yang beriman
Bebaskan mereka yang tidak bersalah dan tangkap orang yang melakukan kezaliman
Hapuskan AUKU demi kesejahteraan Mahasiswa
Hapuskan AUKU demi keadilan Mahasiswa
Hapuskan AUKU demi pembangunan negara
Student !!!!!!! Power !!!!!!!
Student !!!!!! Power !!!!!!!!
Student !!!!!! Power !!!!!!!!!
p/s : akan datang.....pembongkaran di sebalik AUKU serta kelemahannya
2 comments:
semangatnya!! bagus2. untuk semua yang dicabul haknya. saya harap akan terus melawan. demi keadilan yang dirampas dari mereka. ah! AUKU itu berbau!
Kalo lah terbukti bebudak nie mmg pergi berkempen dan mereka menggunakan alasan utk tujuan akademik UTK MENIPU...
Secara tidak langsung MENFITNAH UNIVERSITI menangkap mereka yang kononnya tidak bersalah,
maka ramai2 lah KITA yang asyik posting protect dorang nie dan kutuk UKM berkongsi DOSA MENFITNAH....
Kalo da betul pergi berkempen...
Mengaku je lah...
Kata nak tegakkan perjuangan...
Post a Comment