Detik Kejatuhan Turki Uthmaniah 3
>> Wednesday, April 14, 2010
Kita sudah menceritakan bagaimana keadaan Turki Uthmaniah dari dalam mahupun luaran. Penulis sudah menghuraikan beberapa faktor penting yang memberi impak yang mendalam kepada kerajaan Turki Uthmaniah. Kesemua faktor ini memainkan peranan dalam menjadikan Turki Uthmaniah sebuah negara yang lemah sehingga menghampiri kepada sebuah kerajaan yang lumpuh. Namun penghuraian pada siri yang sebelumnya hanya menekankan aspek hubungan sesama manusia, tetapi bagaimanakah keadaan pengamalan Islam pada ketika itu?
Islam di ambang kejatuhan Turki Uthmaniah sebenarnya bukan lagi menjadi satu agama yang dihayati. Kebanyakkan umat Isalm pada ketika itu tidak mengambil Islam sebagai satu agama yang murni. Islam pada ketika itu hanya dipandang remeh. Penerapan tauhid di dalam hati umat Islam pada ketika itu telah menjadi kian pudar. Kebanyakkan daripada mereka tidak lagi menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan mutlak. Amalan-amalan syirik telah mula merebek di kalangan masyarakat Islam. Ianya seakan-akan sejenis virus yang berbahaya dan tahap penyebaran virus ini telah meningkat dengan mendadak.
Jikalau dahulu, ketika mana sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh menawan kota konstantinople, beliau sangat menitikberatkan soal penjagaan hubungan antara manusia sesama manusia serta manusia dengan Allah. Dengan berpegangankan hadis Rasulullah S.A.W bahawasanya kota konstantinople pasti akan dikalahkan oleh tentera Islam. Pemimpin yang berjaya membebaskan kota tersebut merupakan sebaik-baik pemimpin, Dan tentera yang berjaya menawan kota konstantinople juga adalah sebaik-baik tentera di zaman kegemilangan Islam. Synergi antara pemimpin, tentera serta rakyat yang patuh kepada agama Allah berjaya menghasilkan satu momentum yang hebat sehingga dapat mengalahkan satu benteng kebanggaan orang-orang Kristian. Momentum pengabdian seluruh masyarakat Islam kepada Allah telah berjaya menumbangkan konstantinople.
Konstantinople selepas penawanan tentera Al-Fateh telah menjadi satu titik permulaan kepada zaman kegemilangan Islam. Bagi membuktikan lagi kehebatan agama Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menukarkan nama konstantinople yang menjadi teras kebanggaan orang Kristian menjadi Islambul yang bermaksud Islam secara keseluruhannya. Perlaksanaan sistem Islam sangat dititikberatkan sehinggakan Islam pada ketika itu merupakan satu agama yang disanjungi dan sangat dihormati oleh masyarakat dunia. Ianya melebihi kehebatan Yahudi dalam perancangannya bagi memerintah dunia. Jikalau yahudi membuat perancangan dengan menggunakan proksi-proksi utama mereka, iaitu Amarika, Russia, dan sebagainya, Namun Islam pada ketika itu tidak memerlukan semua itu. Islam pada ketika itu tidak perlu menjadi seperti pengecut di medan peperangan yang hanya mengarah kepada peperangan, namun kekuatan Islam pada ketika itu adalah sangat dasyat. Turki Uthmaniah pada ketika itu berjaya menawan 2/3 dunia tanpa perlu menggunakan kekuatan proksi-proksinya sepertimana Israel laknatullah.
Tetapi apa yang berlaku di ambang kejatuhan turki adalah sangat berlainan, majoriti daripada mereka sudah banyak tersesat dari ajaran Islam yang sebenar. Masjid yang dahulunya menjadi tempat tumpuan masyarakat telah menjadi lengang. Arak yang diharamkan telah menjadi seperti air minuman harian. Amalan rohani juga ada yang telah bertukar kepada yang lebih buruk. Mereka lebih suka bertasbih sehingga merasakan dirinya tidak lagi perlu solat kepada Allah. Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum itu pun menjaga solat 5 waktu dan solat-solat sunat, ini apakan lagi mereka yang bertaraf insan biasa. Tahap manakah yang mereka sudah kecapi sehinggakan solat itu tidak menjadi kewajipan bagi mereka?
Bukti ini telah dikukuhkan lagi dengan syarahan Sultan Abdul Hamid II. Beliau mengakui bahawa
"sepanjang 600 tahun, kekayaan dan kebahagiaan negara dan rakyat jelata sentiasa meningkat menuju kemajuan dan perkembangan di bawah perlindungan keadilan dan kedaulatan undang-undang, namun setelah itu kita mulai mengalami kemerosotan secara berperingkat disebabkan kelemahan kita mengikut dan berpandu dengan syariat Allah. Lalu kekuatan tersebut digantikan dengan kelemahan"
Untuk membentuk seorang pejuang yang hebat perlukan nilai keimanan yang kuat serta disiplin yang hebat. Disiplin yang hebat akan membantu membentuk satu aturan hidup yang efektif. Namun iman yang kuat adalah kunci kepada kehebatan seseorang tentera oleh kerana iman yang kuat akan memberi peringatan kepada mereka agar tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Yang wujud pada hati mereka ketika di medan perang hanyalah menang atau mati syahid. Kekentalan hati yang dibina dengan teras iman yang kuat akan memberikan satu semangat juang yang tinggi.
Merenung kembali sejarah lampau kisah peperangan mu'tah yang ketika itu tentera Islam hanyalah sekitar 3000 orang sedangkan tentera Rom ketika itu adalah seramai 200,000 orang. Perbezaan tentera Islam dibandingkan dengan tentera rom adalah seperti seorang tentera Islam melawan 70 orang tentera Rom. Bila difikirkan dengan logik akal sudah tentu kita akan terus berpatah balik tampa berfikir panjang oleh kerana sudah tentu ianya mustahil untuk dikalahkan. Namun, para sahabat pada ketika itu sedikit pun tidak berasa gentar dengan jumlah tentera rom yang sebegitu banyak. Mereka tetap bertempur melawan tentera rom dengan slogan "menang atau mati syahid" di hati.
Berapa ramai sudah kita lihat mereka yang berani bangun menentang oleh kerana kezaliman yang melampau berlaku terhadap rakyat. Sebagai contoh imam Hasan al-banna ,Syeikh Badiuzzaman Said Nursi, Dr Burhanudin Al-helmi dan sebagainya. Semuanya berjuang demi menegakkan kembali kebenaran serta syiar Islam di bumi ini. Namun bagaimana pula kita?????
Wallahu 'alam...
mungkin tajuk ini akan berhenti setakat ini. namun, pendedahan kejatuhan turki tidak terhenti setakat ini. lepas ni kita buka pula sejarah Sultan Abdul Hamid II yang sering berusaha mengembalikan Turki Uthmaniah ke pucak kegemilangan...nantikan.....
0 comments:
Post a Comment