Detik Kejatuhan Turki Uthmaniah 2 (Sambungan pada siri yang lalu)
>> Wednesday, March 31, 2010
Pada siri yang lalu, penulis sudahpun mengupas beberapa faktor besar akan yang menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniah. Namun dalam pada itu, masih banyak lagi kelemahan serta serangan yang berlaku ke atas Turki Uthmaniah yang masih belum kita ketahui. Penulis kali ini ingin membawa anda semua kepada bagaimana keadaan Turki Uthmaniah dalam peringkat global. Kalau sebelum ini, penulis banyak menceritakan tentang masalah dalaman yang berlaku di Turki, tetapi kali ini skop pendedahan akan dibuka dengan lebih meluas dan aspek yang diambil kira bukanlah hanya setakat di Turki, malah negara-negara Islam yang lain. Bagaimana negara-negara Islam yang lainnya merespon dengan keadaan negara Turki yang ketika itu menjadi induk kepada kerajaan Turki Uthmaniah.
Campur tangan Kuasa Asing
Dalam keadaan Turki Uthmaniah yang kian teruk seperti "retak menanti pecah", pihat barat yang ketika itu sangat memusuhi Islam sentiasa mencari ruang dan peluang bagi menusuk masuk jarum-jarum mereka dalam kerajaan Turki Uthmaniah. Mereka memandang bahawa kerajaan Turki Uthmaniah ini tidak lagi boleh berdamai, dan mesti dijatuhkan. Mereka yang kebanyakkannya beragama kristian, masih lagi berdendam atas kekahalah demi kekalahan yang menimpa mereka pada perang salib yang lalu terutamananya sekali ketika mana mereka bertempur dengan Sultan Salahudin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Pada saat ini, tentera Islam masih kuat, dipimpin pula oleh pemimpin yang hebat sepertimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang begitu cerdik dengan ilmu peperangan ditambah pula dengan petunjuk dari Allah telah membuatkan negara Islam menjadi sangat kuat. Namun, ketika mana kerajaan Islam sudah mulai lemah, Britain, Russia, Perancis, Jerman dan Itali sentiasa memanfaatkan setiap situasi yang berlaku dalam Turki Uthmaniah demi menghancurkan kerajaan Islam yang telah bertapak lama sejak kemunculan Islam.
Serangan pihak barat kali ini bukanlah sepertimana serangan zaman-zaman dahulu yang lebih mengutamakan ketenteraan, tetapi serangan mereka kali ini lebih menekankan serangan pemikiran dengan cuba melaga-lagakan sesama Islam sehingga tercetusnya peperangan diantara umat Islam. Mereka tampil dengan satu imej yang bersih seperti memperjuangkan hak golongan-golongan minoriti, memberi bantuan perubatan di sampin menyebarkan ilmu. Namun di sebalik imej yang bersih itu, pada masa yang sama mereka cuba menerapkan idea-idea Nasionalisma kepada umat Islam dan cuba menghasut negara-negara Islam agar memberontak menentang Turki Uthmaniah. Sebagai contoh, di negara Arab terutamanya di Mekah dan Madinah, pihak-pihak barat ini cuba melaga-lagakan orang-orang arab untuk melawan Turki Uthmaniah dengan mengatakan "bangsa arab adalah bangsa yang mulia, bangsa Nabi Muhammad, tempat kemunculan Islam, mengapa perlu kamu ikut telunjuk golongan turki?, mengapa pusat pemerintahan tidak diletakkan di negara arab seperti satu ketika dahulu?". Hasil dari hasutan tersebut ramai dari kalangan orang arab menyatakan hasrat untuk menentang pemerintahan Turki Uthmaniah.
Selain itu, pihak barat juga banyak membiayai pertubuhan-pertubuhan yang menentang kerajaan turki sebagai contoh kumpulan al-Ilttihad wa al-Taraqqi sebuah kumpulan nasionalis turki telah dibantu oleh pertubuhan Freemason (sebuah pertubuhan yahudi), Vienna, Budapest, London, Paris dan Berlin. Ini sekali lagi membuktikan bahawasanya pihat Barat sememangnya komitted dalam usaha untuk menjatuhkan Islam.
Apabila Fahaman Nasionalisma Menjadi Sebuah Gerakan
Kekuatan Turki Uthmaniah pada zaman lalu adalah disebabkan wujudnya satu kesefahaman dan perpaduan kaum yang berteraskan aqidah Islamiah oleh kerana pemerintahan Turki Uthmaniah digabungkan dengan pelbagai kaum dan majoriti daripadanya merupakan orang-orang Arab, Turki, Parsi. Namun sejak kemasukan fahaman sekular, perpaduan di kalangan masyarakat Turki Uthmaniah kian pudar dan masing-masing bersaing untuk menaikkan bangsa sendiri. Nasionalisma yang diterapkan oleh pihak barat merupakan satu meriam yang hebat dalam meruntuhkan tembok kekuatan Turki Uthmaniah. Ideologi Nasionalisma sebenarnya telah diambil dari semangat abasiyah iaitu suatu semangat perkauman yang sangat ditegah oleh Islam dan kini ia telah diimplimentasikan kembali sebagai senjata kukuh menjatuhkan Islam. Di tambah pula dengan penerapan ideologi baru oleh pihak barat seperti konsep revolusi, nasionalisma, dan imperialisma telah membuakkan lagi semangant kebangsaan di antara wilayah-wilayah Islam terutamanya dari bangsa Arab sehingga muncul gerakan bagi memerdekakan tanah Arab dari Turki.
Dengan penyebaran ideologi Nasionalisma secara global, maka terbentuk pula satu sentimen anti Turki di sekitar wilayah taklukan Islam. Di Arabia, telah wujud pergerakan yang dinamakan Wahabiyah yang bersifatkan anti Barat dan menentang dominasi Turki. Selain itu mereka juga membenci dengan amalan Turki Uthmaniah yang ketika itu berlaku satu korupsi yang besar. Gerakan Wahabiyah ini akhirnya berjaya menawan Mekah tetapi telah dikalahkan oleh Muhamad Ali Pasha pada 1810. Pada Jun 1916, Syarif Husain telah berkomplot dengan pihak British untuk melakukan satu pemberontakan terhadap kerajaan Turki Uthmaniah. Syarif Husain ini sanggup menjualkan kehormatan agama akibat terpengaruh dengan segala janji-janji yang ditaburkan oleh pihak British. Di saat kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah, gerakan ini berjaya menawan kembali Mekah pada tahun 1924 iaitu ketika mana Turki di ambang kejatuhan.
Selain kaum Arab, kaum Maronite di Lubnan juga telah mula menyebarkan sentimen anti Turki oleh kerana mereka selalunya dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Kemuncak kepada gerakan anti Turki di Lubnan ini adalah apabila berlakunya gerakan kemerdekaan Kristian Lubnan pada tahun 1860.
Di samping serangan Nasionalisma dari wilayah Islam, Turki Uthmaniah juga mengalami masalah yang sama di Turki. Muncul golongan-golongan yang menyebarkan luaskan fahaman Nasionalisma ini ke seluruh Turki. Golongan-golongan ini akhirnya menzahirkan gerakan mereka dengan menggunakan pertubuhan al-Ilttihad wa al-Taraqqi. Mereka ini menyeru satu konsep revolusi baru seperti perjuangan tanah air, perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Namun di sebalik perjuangan al-Ilttihad wa al-Taraqqi, Matlamat utama gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Sultan Abdul Al-Hamid II pada ketika itu merupakan khalifah yang banyak memperjuangkan perlembagaan Syariat Allah di samping membantu membaik pulih kerajaan Turki Uthmaniah di saat kejatuhan. Dengan sokongan kuat dari Yahudi, Freemason dan juga pihak barat, mereka telah menggariskan perlembagaan baru, keadilan dan reformasi bagi menarik masyarakat Turki dalam berjuang bersama mereka. Gerakan ini akhirnya telah berjaya menguasai golongan pemuda dan membentuk gerakan di kalangan pemuda iaitu "Young Turk" seperti yang dibentangkan pada siri yang lalu.
Apabila difikirkan kembali, harga yang dibayar oleh Umat Islam dalam mengagongkan semangat Nasionalisma adalah sagant besar. Namun, sehingga sekarang, semangat Nasionalisma masil lagi satu semangat yang kuat dan menjadi asas kekuatan kepada sesetengah negara termasuk negara kita. Nasionalisma yang selalunya dicanang-canang oleh pihak pentadbiran itu sebenarnya merupakan penyebab utama keruntuhan Islam sehingga sekarang. Tidakkah kita hairan, apabila berlaku penindasan terhadap umat Islam di negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, tetapi kerajaan di negara kita langsung tidak menghantarkan sedikit pun bantuan bagi memartabatkan kembali agama Islam. Mereka hanya memejamkan mata dan membuatkan seperti merak tidak ada kaitan langsung dengan perkara ini. Apa gunanya istiharkan negara kita sebuah negara Islam jika Islam yang ada di negara kita hanya tinggal nama sahaja...Fikir-fikirkan
Bersambung....Part 3
p/s - panjang lagi cerita ni. masih banyak lagi yang perlu didedahkan. harap sahabat-sahabat masih mampu mengikut rentetan-rentetan yang akan datang. Maaf atas sedikit kelewatan meng up-date...
1 comments:
Bagaimana pengaruh syiah iran persia dalam kejatuhan empayar uthmaniah turki?
Harap penulis dapat jelaskan lebih lanjut.
Post a Comment