kehebatan seseorang itu bergantung kepada diri sendiri

>> Monday, May 4, 2009

Sesi kemasukan pelajar baru sudah semakin hampir, semuanya sedang membuat persiapan bagi menyambut pelajar baru yang bakar mendaftar tidak lama lagi. Terkenang pula kisah-kisah silam ketika menjadi pelajar baru. Rasanya seperti baru saja semalam perkara itu berlaku.

Menceritakan pasal kisah-kisah silam, di sini penulis ingin membuka minda sahabat-sahabat tentang salah tanggapan masyarakat tentang beberapa isu. Tapi isu yang ingin dibincangkan kali ini bukanlah satu isu yang hangat, tapi kita perlu ambil berat tentang masalah ini.

Selalunya apabila pelajar baru mendaftar, ramai pelajar baru akan bersuai kenal sesama mereka untuk mengenali rakan-rakan sekitar mereka yang akan berjuang bersama-sama mereka. Selalunya apabila bersuai kenal, kebanyakkannya dari mereka akan bertanya mengenai nama, asal, negeri, sekolah dan lain-lain lagi.Di sini penulis ingin membuka minda masyarakat mengenai taraf kebijaksanaan seseorang sebenarnya bukan terletak pada institusi ataupun sekolah yang mereka pernah duduki.

Selalunya, apabila bercerita mengenai sekolah, ramai orang yang salah tanggap dan melabelkan sesuka hati mereka terhadap mereka-mereka yang pernah berlajar di sekolah-sekolah yang terkenal sebagai contoh seperti MRSM, sekolah berasrama penuh(SBP) dan banyak lagi. Jika mereka bekas pelajar dari sekolah agama, pasti mereka melabelkan kita ini sebagai seorang ustaz, baik, alim dan seumpamanya. Begitu juga dengan sekolah-sekolah terkenal yang lain, ramai yang menganggap lepasan dari sekolah-sekolah tertentu ni hebat-hebat belaka. Tapi pada hakikatnya ianya bukanlah seperti yang kita sangka-sangkakan

Sebenarnya, kebijaksanaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada sekolah yang mereka belajar, bukanlah bergantung kepada guru yang mengajar, bukanlah bergantung kepada wang ringgit, tetapi sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau kita lihat, kebanyakkan orang-orang yang cemerlang dalam kehidupan mereka mesti mempunyai beberapa displin ataupun prinsip-prinsip yang mereka pegang. Walaupun ada diantaranya nampak seperti perkara remeh, tapi perkara sebegini kita tidak boleh ambil mudah.

Prinsip-prinsip ini selalunya bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan kita, tapi kita sudah pun mendengarnya di ceramah-ceramah motivasi sejak dari sekolah lagi. Prinsip-prinsip ini sebenarnya merupakan adab-adab yang kita perlu patuh dan adab-adab ini sangat ditekankan dalam Islam dan menjadi sebahagian daripada keperibadian hidup Rasulullah S.A.W. Contohnya, sebagai seorang pelajar, adab yang perlu mereka patuhi ketika belajar adalah adab dengan guru, adab dengan ilmu yang kita pelajari dan seumpamanya. Tapi walau apapun profesyen kita, adab yang utama kita perlu patuhi adalah adab bersama Tuhan. Apabila kita patuhi adab kita dengan Allah, maka kita akan lihat barakahnya pekerjaan yang kita lakukan. Jika kita gagal untuk mematuhi adab dengan Tuhan, maka kita akan lihat kesan yang akan menimpa mereka.

Kadang-kadang, ada daripada mereka-mereka yang menjadikan result peperiksaan itu sebagai kayu ukur penentu kejayaan seseoran, tapi pada hakikatnya ianya bukanlah seperti yang kita jangkakan. Ada juga orang yang mendapat result teruk tapi masih boleh berjaya dengan cemerlang dengan pekerjaan yang dilakukannya. Sebagai seorang pelajar, jika kita ingin melihat barakahnya ilmu kita, kita boleh merasai bilamana ilmu yang kita pelajari, walaupun resultnya rendah, tapi kita dapat mengingatinya dan beramal dengannya. Keberkatan ilmu juga dapat dilihat apabila ilmu yang kita pelajari itu disebar luar ke serata tempat dan ianya diamalkan oleh pelbagai pihak untuk mencapai kejayaan.

Kesimpulannya di sini, untuk menjadi seorang yang hebat, ada benda yang kita perlu patuhi dan amalkan, dan kebanyakkan daripadanya telah pun disentuh dalam Islam. Kebanyakkan orang yang disanjungi oleh masyarakat adalah mereka yang mengabdikan diri kepada Allah, patuh kepada perintahNya dan jauhi segala laranganNya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP