A H1N1 Bukti Kemurkaan Allah Kepada Penderhaka

>> Tuesday, May 5, 2009

A H1N1 merupakan sejenis virus influenza dalam Kumpulan A yang telah mengalami mutasi dan menghasilka strain baru. H1N1 atau lebih dikenali ramai dengan nama selesema babi ini sebenarnya merupakan satu penyakit respiratory yang selalu ditemui dalam kelompok babi. Virus ini mula dikesan dalam manusia dalam sekitar tahun 1988 kitika dunia sedang mengalami huru-hara akibat wabak yang tidak terkawal ini.

Kalau dulunya virus ini hanya berlegar disekitar Amarika syarikat sahaja, tapi sekarang ini telah merebak ke seluruh dunia, hasil daripada perpindahan mereka dijangkiti ke negara-negara lain. Kadar peningkatan penyakit yang telah didapati menghidap selesema babi ini makin hari makin banyak dan telah mencapai tahap yang serius buat masa ini. Penyebaran virus ini secara meluas di seluruh dunia telah meningkatkan lagi mereka yang menghidap selema babi ini. Virus H1N1 ini dipercayai menular dari manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Kebarangkalian untuk seseorang manusia itu untuk menghidap penyakit ini amatlah tinggi sekali.


Untuk pengetahuan umum, Babi ini sebenarnya merupakan antara penternak virus influenza dan boleh didapati lebih daripada sejenis virus spesies yang berbeza. Haiwan ini dipercayai amat kritika dalam evolusi baru enfluenza yang boleh melangkaui halangan spesies iaitu dari haiwan kepada manusia dan menyebabkan pandemik demam selesema. Antara simptom-simptom bagi mereka yang telah dijankiti selesema babi ini ialah seperti selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. sebenarnya Allah telah lama berfirman dalam surah An-Nahl ayat 115 yang bermaksud:

"sesungguhnya Allah mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging Khinzir(babi), dan (haiwan) yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah, tetapi barang siapa terpaksa (memakannya) bukan kerana menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

Ayat di atas telah menjelaskan haramnya dalam memakan daging haiwan yang bernama Khinzir atau dalam bahasa Malaysia disebut babi. Akibat daripada kedegilan manusia yang sering ingkar terhadap larangan Allah, Maka Allah telah menurunkan sejenis penyakit yang berbahaya kepada mereka yang menderhaka sebagai suatu peringatan kepada Ummat Muhammad akan bahayanya mengingkari larangan Allah.

Allah sebagai pencipta sekalian makhluk, dengan gelaranNya yang Maha Bijaksana, Dia lebih mengetahui akan baik buruknya sesuatu benda itu. Larangan yang telah ditetapkan oleh Allah ini sebenarnya bukanlah untuk menambahkan lagi pengaruhNya atau Kuasa yang ada padaNya, tapi untuk kebaikan sekalian manusia itu sendiri kerana setiap yang dihalang itu ada sebab-sebab yang tersendiri dan ianya akan terbukti selepas kita menjalankan kajian atas perkara itu.

Kesimpulannya, Kita sebagai umat Islam haruslah berjaga-jaga terhadap apa yang disuruh dan detegah oleh Allah kerana setiap peraturan yang telah ditetapkan ini ada hikmahnya. Maka beruntunglah bagi mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul dengan sebetul-betul iman, mereka pasti akan terkecuali dalam malapetaka yang menimpa Ummat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia yang masih terselamat ini haruslah mengambil langkah berjaga-jaga kerana virus ini bila-bila masa saja boleh merebak ke sini dan marilah kita sama-sama berdoa agar kita dijauhkan daripada dijangkiti penyakit ini. Nauzubillah....

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP