Ummah Kini Dan Jahiliah...

>> Tuesday, November 2, 2010

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


Sedih rasnya hati, apabila melihat ummah masa kini, masalah anak luar nikah meningkat berganda, masalah penzinaan yang kian melampau sehinggakan mereka yang terlibat adalah dari golongan-golongan yang baru akil baligh. Terkedu seketika melihat begitu banyak berita yang mengisahkan masalah-masalah sosial yang kian meningkat, golongan-golongan anak muda yang makin melampau-lampau.

Melihat kepada keadaan ummah sekarang, ia tidak ubah sepertimana keadaan masyarakat jahiliah 1400 tahun dahulu sebelum kedatangan Islam. Masyarkat jahiliah pada ketika itu berada di zaman yang hebat. Maju dari sudut ekonominya, maju dari sudut tumpuan pelancong akibat kemajuan mekah yang menjadi tempat tumpuan ibadat penyembahan berhala. 

Namun disebalik kemajuan duniawi, mereka mengalami keruntuhan moral yang dasyat. Budaya rogol, zina dianggap sebagai satu budaya yang amat biasa bagi mereka. Pergaduhan dan saling bunuh-membunuh menjadi antara rutin bagi sesuatu puak ataupun kabilah. Penipuan, rompak, rasuah dan riba menjadi amalan harian bagi mencari keuntungan.

Apa bezanya pula dengan zaman kini? Kita juga sudah mengecapi berbagai kemajuan. Kemajuan pengangkutan berasaskan petroleum. Kemajuan dari segi ubat-ubatan. Teknologi Nukleur yang mampu menjadi sumber tenaga serta senjata pemusnah. Kemajuan dari penyebaran maklumat. Dunia tanpa sepadan ditambah pula dengan teknologi tanpa wayar(wireless), tidakkah itu merupakan satu kemajuan yang boleh kita banggakan?

Akan tetapi bagaimana pula dengan keadaan rohani ummah, Ya kita telah mengecapi kemajuan dari segi harta benda, kita telah berjaya mengecapi berbagai kemajuan, akan tetapi, dimana kemajuan kita dalam bidang rohani, moral, akhlak? para agamawan makin hari makin diketepikan, tambahan pula dengan kemunculan ulama' dunia yang sanggup memutar belitkan fatwa demi kepentingan sesetengah pihak? samakah kita dengan mereka-mereka yang digelar jahiliah 1400 tahun dahulu?

Beza Yang Jelas

Kita mempunyai satu perbezaan yang jelas antara zaman jahiliah dan zaman kini. Dulunya, mereka sukar hanya bertuhankan kepada penyembahan berhala. Adapun golongan-golongan Yahudi dan Kristian pada ketika itu juga mempunyai satu agama yang jelas, iaitu pengabdian kepada Tuhan, namun, amat sukar pada ketika itu untuk mencari keaslian daripada agama-agama tersebut akibat daripada penyelewengan kitab-kitab suci yang dilakukan oleh paderi-paderi demi kepentingan peribadi.

Kini, kita sudah punyai agama Islam, agama yang diredai, agama yang hakiki. Kita sudah punyai kitab Al-Quran. Kitab suci yang asli. Tidak bertambah, tidak berkurang huruf-hurufnya. Kita sudah punyai hadis-hadis Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W yang banyak mengajar kita akan caranya untuk hidup sepertimana yang dikehendaki Ilahi. Tidak susah rasanya untuk kita mencari, buku-buku yang mampu memandu kita untuk hidup sebagai seorang muslim. Namun, apakah masalah yang kita hadapi sebenarnya sehinggakan ummah kini tidak ubah sepertimana golongan-golongan jahiliah?

Sambung selepas ini.......

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP