Bagaimana Anda Mendaki ? - Siri-siri Peribadi Muslim Super
>> Friday, September 3, 2010
Satu Ekspedisi mendaki gunung everest telah dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa. Seluruh kampus riuh-rendah melihat poster-poster promosi yang ditampal di papan-papan maklumat. " Eh betul ke diorng ni nak daki gunung everest?...ini bukan macam gunung kinabalu di Sabah" soal sekumpulan mahasiswa yang lain yang terpinga-pinga melihat poster tersebut.
Seperti yang kita semua sedia maklumkan, gunung everst merupakan gunung yang telah menduduki tangga teratas menewaskan gunung-gunung lain dari segi ketinggian. Ditambah pula dengan suasana keadaan di sana yang sejuk membuatkan ramai mahasiswa seperti melihat harimau berdiri dengan dua kaki. Raut muka kebanyakkannya telah menggambarkan kejutan yang besar.
Namun dalam pada itu, terdapat juga anak-anak muda yang bersemangat ingin mendaki gunung-gunung tersebut. Ramai yang datang mendaftar kerana ingin menunjukkkan menguji kemampuan diri dan membuktikan bahawa ekspedisi ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi mereka. Dari puluhan hingga ke ratusan orang yang datang mendaftar.
Apabila tiba di hari kejadian, semuanya menunjukkan semangat yang kuat bagi mencapai impian menjejaki kemuncak gunung everest. Lalu, mulalah sebuah ekspedisi menawan puncak everst. Semuanya berpusu-pusu mendaki gunung menunjukkan semangat yang ada untuk mencipta sejarah.
Ketika di pertengahan perjalanan, semua peserta diminta berhenti berehat seketika dan mempersiapkan kekuatan untuk meneruskan perjalanan mereka ke puncak gunung. Namun, malangnya setelah selesai tempoh berehat, ramai dari mereka yang telah putus semangat melihat perjalanan yang harus ditempuhi itu masih lagi jauh. "Maaf...kami sudah tidak berdaya, korang jalanlah dulu. tinggalkan saja kami di sini. Kami sudah puas berada di tahap ini" jawab mereka yang tinggal. Justeru, pergilah sekumpulan yang lain demi mengejar cita-cita mereka.
Setelah berpenat lelah mendaki gunung yang tinggi ini, akhirnya berjaya juga sekumpulan mahasiswa ini mencapai kemuncak gunung everst. "Yeahhhh....sape cakap ianya mustahil!!! lihatlah!!! kami sudah buktikan.
Sekembalinya mereka di kampus masing-masing, mereka telah diberi penganugerahan serta perhormatan yang luar biasa atas usaha yang gigih dalam melakar sejarah baru buat seluruh mahasiswa-mahasiswi yang lain.....
Ibrah.
Hidup adalah pendakian prestasi, mengumpulkan kejayaan kecil menuju kejayaan besar. Sebagaimana mendaki gunung, menaiki anak-anak tangga kejayaan, kadang-kadang pun akan menimbulkan kepenatan, kelelahan, kemalasan, ketakutan, kemalasan dan bermacam lagi pemikiran yang menghantui hingga akhirnya meracuni matlamat dan cita-cita yang ingin dicapai. Mendaki ke kemuncak everst itu adalah sesuatu yang mustahil bagi sesetengah manusia, tetapi bagi mereka yang berjiwa besar, yang punyai matlamat benar, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dalam kisah ini, ada beberapa jenis manusia yang harus kita teliti dan kita berhati-hati dalam proses pendakian ini.
1) Type Quiter
Mereka ini adalah golongan yang tergesa-gesa, ingin cepat sampai, terus menyerah, mudah bergoyang kaki, senang patah semangat dan tidak berani mengambil risiko. Bila ditawarkan kepadanya sebuah ancaman dan tentangan, terus ia menyusun langkah seribu lalu berundur dari matlamatnya. Orang seperti ini, disebabkan didominasi pemikiran-pemikiran negatif(Su'uzhon thingking), kalah sebelum mula bertanding, dan memilih berehat sebelum mula masuk ke gelanggang. Memilih aman sebelum menghadapi risiko. Tidak punyai kesungguhan untuk menetap prinsip hidup
2) Type Campers
Mereka ini adalah orang yang senang mendaki pada ketinggian tertentu lalu mengakhiri pendakiannya dan memilih untuk berhenti, beristirehat. Mereka ini puas dengan pencapaian yang diperolehinya, mengambil jalan selamat dan tidak berani untuk mengambil risiko yang lebih besar. Mereka ini lebih baik dari yang sebelumnya, tetapi mereka ini bukanlah golongan yang layak digelar pahlawan sejati
3)Type Climber
Inilah para pendaki abadi, para pahlawan hakiki, para pejuang yang siap sedia dengan apa jua risiko yang bakal mendatang.Baginya kehidupan ini adalah sebuah tempat untuk mengubah ancaman mahupun tentangan menjadi peluang, mengubah kegagalan menjadi kejayaan, mengubah kesulitan menjadi pelbagai kemungkinan, mengambil risiko dengan penuh keberanian. Inilah yang harus kita kecapi. Tidak lemah, tidak putus asa, tidak mudah menyerah.
"Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah yang besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar"
Berfikir, bertindak, bekerja dengan bermacam-macam variasi untuk meraih kejayaan dan menyebarluaskan kebahagiaan buat orang lain. Kebahagiaannya adalah ketika mampu membuka jalan bagi generasi berikutnya. Memecahkan tembok-tembok permasalahan yang ada di tengah-tengah masyarakat.Keyakinannya teguh, sandarannya kuat, Langkanhnya cermat. Visinya jelas. Kerjanya kuat, pemikirannya cerdas. Analisanya tepat. Kata-katanya tegas, lemut tanpa membuatkan hati menjadi panas. Inilah peribadi ikhlas yang selalu melangkah dengan penuh bersemangat.
1 comments:
salam ziarah...wahh,mantap!!
Post a Comment