Bangunan Islam Yang Kuat, Mantap dan Tersegam Indah

>> Sunday, August 1, 2010


Bangunan yang kukuh dan kuat sudah semestinya terbina dari gabungan bahan asas yang mantap serta pelan pembangunan yang effektif sehingga membolehkan sesuatu bangunan itu bertahan dari segala halangan dan dugaan yang datang melanda.

Biasanya sebelum kita memulakan pembinaan sesebuah bangunan sudah semestinya memerlukan pelan perancangan pembangunan. Bangunan yang dibangunkan tanpa pelan pembangunan pastinya akan mendatangkan pelbagai masalah kepada orang ramai, bukan sahaja pengguna, akan tetapi bermasalah juga kepada buruh-buruh binaan yang akan membuat. Tanpa pelan pembangun sudah semestinya akan menjadikan buruh binaan serta arkitek terpinga-pinga akan bangunan yang ingin dibentuk, akhirnya menyebabkan gerak kerja menjadi lambat dan hasil yang dibina pastinya berlainan dari apa yang sepatutnya. Pentingnya pelan ini adalah sebagai pembimbing (guide) supaya setiap pekerja tidak tersasar dari matlamat yang sebenar.

Dalam membina bangunan yang tahan lasak, pastinya memerlukan bahan asas yang mantap dan kuat daya tahan. Contohnya sepertimana batu-bata. Bata (bukan jenama kasut) yang kuat juga perlu menjalani beberaapa proses pemantapan dimana bahan-bahan mentah itu dimasukkan ke dalam acuan, lalu ianya dikeringkan dan kemudiannya dibakar dengan suhu yang tinggi agar ianya bertambah kuat dan keras.

Dari proses di atas, dapat kita lihat bahawa untuk membina bangunan yang kuat perlukan asas yang kuat dan mantap. Dalam konteks gerakan Islam, bahan-bahan mentah itu adalah umpama da'ie yang belum diuji dan manakala ujian itu bagaikan proses yang perlu dilalui oleh bahan mentah untuk menjadi bata yang hebat dan kuat.

Ini adalah ada yang dilakukan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna dan kebanyakan tokoh gerakan Islam. Tindakan beliau ini adalah hasil implimentasi gerakan sulit Rasulullah selama 3 tahun dan diterjemahkan dalam konteks gerakan Islam zaman moden. Ini boleh dilihat dari tindakan Rasulullah membina para sahabat menanam benih aqidah. Pertemuan dan perbincangan yang berlaku di rumah al-Arqam secara berkala bagaikan proses pertumbuhan pokok yang memerlukan siraman dan bajaan. Hasil dari penjagaan yang rapi akhirnya membentuk pohon aqidah Islamiah yang kukuh di hati para sahabat.

Dalam konteks Islam zaman moden, Imam Hassan al-Banna telah menetapkan peringkat-peringkat dalam membina bangunan Islam yang kukuh. Peringkat asas atau peringkat permulaan adalah peringkat individu muslim. Peringkat ini adalah peringkat membentuk individu-individu ini dalam acuan Islam yang sahih dari setiap aspek sama ada dalam aspek akidah, ibadah, tsaqafah dan amalan. Segala kegiatan seperti usrah, forum, ceramah, rehlah dan sebagainya adalah metode atau wasilah untuk memproses bahan mentah mengikut acuan Islam yang betul.

Individu Muslim yang hebat bukanlah terbina hanya bergantung kepada aspek tsaqafah semata-mata, akan tetapi ianya hasil daripada tempuhan ujian-ujian yang dasyat yang dilaluinya sepertimana bahan-bahan mentah yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang amat tinggi. Ini ditegaskan lagi dengan firman Allah dalam al-Quran

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".(Al-Ankabut: 1-3)

Ujian ini pastinya akan mendatangkan kesan yang berbeza kepada para da'ie. Sebahagiannya mungkin merasakan ianya sebagai pembersihan, keteguhan dan kekuatan. Ianya akan membuatkan iman mereka bertembah dan menjadikan mereka teguh dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan. Manakala sebahagian yang lain pula pasti akan berasa lemah dan mundur  lalu memilihkan jalan yang selesa dalam hidup mereka dengan meninggalkan gerakan.

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatiian kepada kamu hal-hal yang ghaib ".( Alilmran: 179)

Selepas penyediaan asas yang baik, sesebuah bangunan yang kuat dan kukuh memerlukan keterikatan yang kuat antara bata-bata yang dihasilkan. Bata-bata ini kemudiannya disemen untuk mencantumkan antara satu sama lain. Ini juga sama dalam gerakan Islam. Perlunya keterikatan ataupun ukhwah yang kuat sesama ahli gerakan. Mereka ini saling mempercayai, cinta mencintai dan saling tegur-menegur demi kebaikan. Ini akhirnya menjadikan gerakan Islam itu kuat dan tidak mudah kucar-kacir apabila dirempuh angin badai dan ribut taufan.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"- (As-Saff ayat 4)

.....tribute to gen al-fateh......all the best   (n_n)
ISLAM MEMIMPIN TRANSFORMASI UMMAH

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP