Kekuatan Yang Terselindung Yang Sering Kita Lupa...

>> Friday, August 12, 2011

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Seseorang Arab Badwi yang berpindah randah ke sana ke mari di padang pasir sudah pasti akan bernaung di bawah seorang ketua kabilah dan berada di bawah perlindungannya. Ini dilakukannya agar dia selamat daripada ancaman orang-orang jahat, serta dapat menyempurnakan segala pekerjaan dan memperoleh segala keperluannya. Jika ini tidak dilakukannya, maka dia akan berhadapan dengan musuh yang ramai sedangkan dia sentiasa tertekan untuk menyempurnakan segala keperluannya.

Demikianlah, Secara kebetulan terdapat dua orang lelaki melakukan perjalanan yang serupa. Salah seorang daripada mereka adalah seorang yang tawadhuk, sedangkan seorang lagi adalah seorang yang sombong

Si tawadhuk bernaung di bawah seorang ketua kabilah, sedangkan si sombong enggan untuk berbuat demikian. Kedua-duanya pun memulakan perjalanan di padang pasir. Setiap kali si tawadhuk singgah di mana-mana perkhemahan, maka dia akan disambut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kerana nama ketua kabilah yang dibawanya. Jika dia berjumpa dengan perompak pun dia berkata: “Aku berjalan di bawah perlindungan ketua taiko A bin B…”, lalu si perompak akan beredar ketakutan.  

Sedangkan si sombong tadi menempoh pelbagai musibah dan kecelakaan yang tidak dapat dibayangkan kesengsaraannya. Sepanjang perjalanan, dia berada di dalam ketakutan dan kegerunan yang berterusan. Dia sebenarnya telah menghina dan merendahkan dirinya sendiri. 

Di sini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat merenung sejenak akan kisah pendek di atas. 

Andaikan bahawa kita ini adalah si badwi yang sedang merantau,
Padang pasir tersebut ibarat dunia yang amat luas terbentang,
Kita senantiasa mempunyai kehendak yang tidak henti-henti terhadap sesuatu yang memerlukan kita untuk merantau dengan segala kelemahan yang ada
Akan tetapi, muncul juga musuh yang tidak pernah berkesudahan memberi ancaman setiap kali kita merantau memenuhi kehendak

Andaikata keadaan harian kita ini adalah sepertimana kisah di atas, maka dengan siapakah ingin kita berlindung, dengan nama siapakah yang akan kita pergunakan??? adakah nama pemerintah negara yang mempunyai kuasa untuk mengarah sesiapa sahaja ? adakah polis yang tugasnya menegakkan keadilan di sesuatu tempat? ataupun sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kamu....

Maka dengan ini, saya ingin mengajak semua berfikir, sedarlah bahawasanya segala apa yang kita bergantung di atas muka bumi ini, yakinlah bahawa kekuasaannya punyai batasan dan pengawasannya juga punyai batasan, tenaganya juga punyai batasan. Saya yakin dan pasti, mereka tidak berupaya memberi khidmat 24 jam sehari secara berterusan akibat kehausan tenaga, mereka juga punyai berjuta kelemahan yang perlukan kepada bantuan yang lainnya.....

Namun begitu, dengan siapakah kita harus berlindung? maka pastinya kita akan berbalik semula kepada pencipta kita, pencipta sekalian alam, Allah S.W.T.  yang mempunyai kekuasaan atas segala sesuatu, mempunyai pengawasan ke atas setiap apa yang berlaku, Dia tidak sesekali akan penat dan letih, apalagi tidur. Tidak ada sedikitpun kelemahan dalam dirinya...

Maka perbesarkanlah nama pemilik hakiki dan pemerintah abadi bagi padang pasir ini agar kita terselamat daripada kehinaan meminta-minta di hadapan seluruh para makhluk, juga agar kita terlepas daripada kehinaan ketakutan berhadapan dengan segala kejadian tidak diingini.

Seseorang yang bergerak atau diam, berpagi dan berpetang dengan kalimah ini (bismillah), adalah sama seperti seorang yang menjadi tentera. Dia melakukan segala perkara dengan nama negara. Dia tidak takut kepada seorang manusia pun, kerana dia berbicara di atas nama undang-undang dan nama negara. Dia melaksanakan segala tugas dengan tegas serta tenang dalam segala perkara.


Jika kita melihat seseorang individu menghalau kumpulan manusia yang ramai ke satu kawasan yang luas dengan memaksa mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan, maka kita tentu pasti dan yakin bahawa individu tersebut tidak melambangkan dirinya sendiri, tidak menggunakan nama dan kekuatannya sendiri ketika dia menghalau kumpulan manusia tersebut, bahkan sebenarnya dia hanyalah seorang tentera yang bertindak di atas nama negara serta bersandarkan kepada kekuatan seorang pemerintah atau sultan.

Maka begitu juga dengan segala makhluk yang wujud ini. Mereka melaksanakan tugas mereka dengan nama Allah. Biji-biji benih yang amat seni memikul pokok-pokok yang amat besar dan berat dengan nama Allah. Setiap pokok berkata “bismillah” dan tangannya dipenuhi dengan buah-buahan daripada khazanah rahmat ilahi lalu mempersembahkannya kepada kita… Setiap kebun berkata “bismillah” lalu ia menjadi umpama dapur bagi kudrat ilahi yang memasak dan meranumkan pelbagai jenis makanan yang lazat… Setiap haiwan yang mempunyai manfaat dan keberkatan seperti unta, kambing dan lembu juga sentiasa berkata “bismillah” lalu ia menjadi sumber susu enak yang melimpah ruah. Ia memberikan rezeki yang paling lembut dan bersih kepada kita… Batang setiap pohon dan rumput juga sentiasa berkata “bismillah” lalu ia membelah dan menembusi batu batan yang keras dengan rerambutnya yang halus bak sutera dengan nama Allah yang maha pemurah. Dengan itu, setiap perkara yang sukar menjadi amat mudah sekali!




Zikir, Syukur dan Fikir...

Bismillah yang diucapkan pada permulaan penggunaan nikmat tersebut adalah zikir. Al-Hamdulillah yang disebutkan setelah sesuatu nikmat itu digunakan pula adalah syukur. Manakala fikir pula terletak di antara kedua-duanya. Inilah pemerhatian yang dilakukan terhadap nikmat yang indah ini dengan mengetahui bahawa ini adalah mukjizat qudrat Allah yang maha esa serta menjadi tempat pergantungan seluruh makhluk dan merupakan hadiah rahmatNya yang maha luas. Pemerhatian ini adalah fikir.

Jika seseorang yang mencium tapak kaki tentera tadi yang hanya menjadi khadam untuk menyampaikan hadiah seorang sultan telah melakukan satu kebodohan dan kedunguan yang memalukan… maka bagaimana pula dengan seseorang yang hanya memuji sebab-sebab yang fizikal yang nampaknya kelihatan membawa segala nikmat kepadanya, lalu dia menyayangi dan mengasihinya sahaja, bukan menyayangi dan mengasihi pemberi nikmat yang hakiki… bukankah individu yang kedua ini telah melakukan satu kebodohan dan kedunguan yang lebih dahsyat ribuan kali ganda jika dibandingkan dengan individu yang pertama tadi?...Allahakbar, moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan ini.


....Mulakanlah setiap apa yang kita lakukan dengan kalimah Bismillah, InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah....






1 comments:

Sporttoto 4d September 12, 2015 at 2:49 AM  





PAK Ibrahing DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
ANGKA NAIK YAITU,DI.169169
SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,2-09-2015
….
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
angka ritual gaib kuda lari
TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP