Pasakkan semangat Jihad demi mendepani bulan-bulan Ramadan

>> Monday, August 24, 2009

Bulan yang dinanti-nanti telah mula menampakkan dirinya. Bulan yang penuh dengan barakahnya. Bulan yang dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Setelah menyelusuri 2 bulan haram iaitu bulan rejab dan syaaban, kini tiba pula bulan Ramadan yang dikatakan bulan yang penuh dengan pelbagai rahmat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Bulan ini merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam yang cintakan ibadah oleh kerana balasan yang bakal diperolehi tidak dapat dicari di bulan-bulan yang lainnya. Ibadah wajib akan dilipatgandakan manakala ibadah sunnat akan dikira pahalanya sebagai pahala ibadah wajib. Ini merupakan suatu peluang untuk kita mula melabur demi mencapai keuntungan yang berlipat kali ganda.

Kelebihan Bulan Ramadan

Bulan ramadan merupakan bulan yang rahmatnya melimpah ruah, terlalu banyak kelebihan yang Allah S.W.T kurniakan dalam bulan ini. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W menceritakan kelebihan bulan ramadan. Antara hadis yang mahsyur ialah

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Allah berfirman : Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]


Jibril عليه السلام berkata kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

من أدرك رمضان فلم يغفر له أبعده الله ، قل : آمين ، قال رسول الله عليه وآله وسلم : آمين

Ertinya: Barangsiapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tidak diampuni Allah Ta’ala nescaya ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Katakanlah Amin!’ Maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berkata: ‘Amin. (Hadits riwayat: Ibnu Hibban, ath-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi)

Hal itu disebabkan pada bulan Ramadhan begitu mudahnya mendapatkan sebab-sebab maghfirah dibandingkan bulan-bulan lainnya. Kerana itu tiada seorangpun yang diharamkan memperoleh ampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak berpaling dari Allah Ta’ala dan sangat berat penentangannya. Oleh kerananya ia jauhkan dan diusir dari pintu Allah. Kita memohon perlindungan dan keselamatan dari kemurkaan Allah Ta’ala dan siksaNya serta segala bencanaNya.


Jihad + Ramadan = Pembebasan Dari Api Neraka

apabila menceritakan perihal semangat jihad, ramai yang menjumutkan pemikiran. Kefahaman masyarakat sekarang memandang bahawa semangat jihad adalah suatu yang ekstream, ganas, mengenai peperangan. Namun jihad yang sebenar bukanlah hanya pada peperangan semata-mata. Bahkan jihad ini merupakan satu elemen yang penting dalam proses pengabdian seorang hamba kepada sang Pencipta. Jika dilihat dari maksud jihad yang sebenar adalah berasal dari kata dasar ja-ha-da yang bermaksud bersungguh-sungguh. Namun pengertian jihad yang telah disebutkan oleh seorang tokoh dalam era salahuddin al-ayubi adalah "usaha yang bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keredaan Allah" dalam erti kata lain usaha yang berlipat ganda demi mencapai keredhaan Allah. Ini sudah semestinya tidak hanya termaktub dalam bahagian peperangan sahaja, bahkan terhadap seluruh ibadah serta perbuatan kita demi mencapai keredhaan Allah.

Bagi mereka yang mencintai ramadhan, sudah tentu ramadhan ini mereka jadikan sebagai batu loncatan untuk meningkatkan amal ibadat ke tahap maksima. Namun ibadat semata-mata tidak memberi kesan yang mendalam untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Penerapan semangat jihad dalam ibadah merupakan satu perkara yang penting bagi memupuk perasaan cinta terhadap Allah terutamanya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadat hanya untuk mencari keredhaan ilahi, maka tidak akan timbul soal riak, takbur, sombong, meninggi diri, bangga terhadap ibadah yang dilakukan. Semangat jihad dan kelebihan yang Allah berikan dibulan ramadhan ini merupakan satu peluang bagi kita untuk memperbanyakkan ibadat di samping cuba menghayati setiap ibadat yang dilakukan. Peluang untuk menerapkan semangat jihad di bulan ramadhan ini lebih mudah dari bulan-bulan yang lain oleh kerana syaitan-syaitan yang telah dibelenggu, ruang-ruang santapan fizikal yang boleh kita tukarkan kepada santapan rohani serta janji-janji Allah di bulan ramadhan yang membuatkan mereka yang mencintakan syurga terliur apabila mendengarnya. Tambahan pula apabila malam al-qadr terletak di bulan ramadhan. Ini akan memudahkan lagi proses penerapan semangat jihad dalam melakukan ibadah.

3 fasa dalam bulan ramadhan


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه

Ertinya: Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Dan sesungguhnya Allah Ta’ala menilik (dengan pandangan rahmatNya) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat tilikan Allah Ta’ala nescaya ia tidak akan disiksaNya, selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadits riwayat: Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)

sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas, 3 fasa ramadhan ramadhan yang perlu kita ambil cakna iaitu,

fasa pertama : rahmat (1-10)
fasa kedua : maghfirah (11-20)
fasa ketiga : pembebasan dari api neraka (21^)

sekarang kita masih di fasa pertama, iaitu fasa rahmat apabila Allah mula menutup pintu neraka dan membuka pintu syurga seluas-luasnya serta diikatnya syaitan-syaitan. Inilah masanya untuk kita mula melawan nafsu-nafsu amarah apabila bantuan dari syaitan telah dihalang. Gunakan peluang ini untuk menerapkan semangat jihad yang kukuh sebagai langkah persedian kita untuk memburu malam al-qadr di fasa ketiga iaitu sepuluh malam terakhir.


Penutup

Bulan ramadhan merupakan bulan yang sesuai untuk kita mula untuk berjinak-jinak dengan jihad serta peuang untuk umat Islam membersihkan diri daripada sifat-sifat buruk. Jihad yang dimaksudkan diatas bukanlah terhadap ibadah ritual semata-mata, namun ibadah-ibadah lain juga perlu dititikberat demi mencapai keamanan sejagat. Inilah masanya untuk kita menperbetulkan diri sehabis mungkin moga-moga semangat jihad yang ditanam di bulan ramadhan akan menjadi pencetus kepada ibadat kepada konsistennya ibadat di bulan-bulan yang lain.

Read more...

Abdullah Ibn Umar Pejuang Istiqamah

>> Monday, August 10, 2009

Di suatu tempat yang bernama shaykhan, kedudukannya diantara Madinah dan Uhud, Beribu tentera gagah kaum muslimin yang diketuai oleh Saidina Muhammad Rasulullah S.A.W berhenti. Matahari sudah mula menampakkan diri. Rasulullah S.A.W yang kelihatan lengkap berpakaian perang turun dari kudanya sakb. Serban meliliti kepada Baginda. Baginda dilitupi oleh baju besi dengan sarung pedang yang diperbuat daripada kulit binatang.Perisai yang menghiasi belakang baginda serta pedang dengan bersarungkan kulit binatang di gantung di sisi.

Apabila matahari mula naik, Bilal diseru untuk melaungkan azan "Allahhu Akbar, Allahu akbar" dan mereka mula solat Subuh. Setelah selesai solat, Rasulullah S.A.W kemudiannya sekali lagi menyiapkan tenteranya, Ketika inilah baginda menyedari di tengah-tengah sekumpulan tentera, terdapat 8 orang budak yang mengharapkan untuk menyertai dalam peperangan walaupun mengetahui mereka itu masih terlalu muda untuk menyertainya. Di antara mereka adalah anak kepada saidina Zayd, Usamah dan anak kepada saidina Umar iaitu Abdullah. Kedua-duanya mereka hanya berusia 13 tahun. Rasulullah kemudiannya memerintah mereka untuk pulang ke rumah segera. kedua-dua budak itu bagaimanapun cuba untuk meyakinkan Rasulullah bahawa mereka mampu berjuang walaupun masih kecil. Atas kesungguhan mereka untuk menyertai peperangan, Baginda kemudiannya membenarkan mereka berdua untuk menyertai peperangan manakala yang lainnya dihantar pulang ke pangkuan keluarganya.

Di masa mudanya, Abdullah ibn Umar ini telah menunjukkan semangat juangnya untuk bersama dengan Rasulullah S.A.W dalam segala hal. Beliau yang telah memeluk Islam sebelum berusia 10 tahun dan telah berhijrah dengan bapanya serta kakaknya, Hafsah yang kemudiannya menjadi isteri Rasulullah S.A.W. Sebelum peperangan Uhud, Abdullah Ibn Umar juga pernah cuba untuk menyertai peperangan Badr dan sehinggalah perang khandak barulah beliau dan Usamah yang ketika itu berusia 15 tahun serta sahabat-sahabat yang sama umur dapat menyertai barisan muslimin bukan sekadar dalam menggali parit, tetapi juga dalam peperangan.

Bermula dari waktu penghijrahannya sehinggalah waktu kewafatannya 70 tahun kemudian, Abdullah Ibn Umar telah menawarkan dirinya dalam gerak kerja Islam dan beliau telah dikenali oleh masyarakat Muslim dengan gelaran "orang yang baik, anak orang yang baik" Menurut Abu Musa al-Ashari. Beliau terkenal dengan seorang yang bijaksana, berperikemanusiaan, pemurah, amanah, tidak membohong dan konsisten.

Daripada bapanya yang sangat dihormat dan disegani,Umar Ibn Khatab, Abdullah Ibn Umar banyak belajar dari bapanya, Dia dan bapanya juga mendapat keuntunganan kerana dapat belajar dari guru yang terbaik daripada semua insan, Saidina Muhammad Rasulullah S.A.W. Abdullah selalunya akan memerhati dan memeriksa dengan teliti setiap perkataan dan segala tindakan Rasulullah serta cuba mempraktikkannya apa yang dilihat. Sebagai contohnya, jika Abdullah melihat Rasulullah solat di suatu tempat, dia kemudiannya akan solat di tempat yang sama. Jika dia melihat Rasulullah doa ketika duduk, beliau juga akan melakukan pekara yang sama.Di Dalam suatu perjalanan, beliau terlihat Rasulullah turun dari untanya di suatu tempat dan solat 2 rakaat. Setiap kali beliau lalu di kawasan tersebut, beliau akan melakukan perkara yang sama yang telah dilakukan oleh Rasulullah.Di mekah, beliau terlihat Rasulullah S.A.W membuat 2 pusingan sebelum solat 2 rakaat disebabkan unta baginda tidak mahu berhenti, tapi apabila Abdullan Ibn Umar berada di tempat yang sama pada waktu lain, beliau juga membuat 2 pusingan sebelum turun solat 2 rakaat sebagaimana yang dilihatnya.

Saidatina Aisyah R.A, terkesan dengan kesungguhan Abdullah terhadap Rasulullah S.A.W dan berkata: "Tiada seorang pun yang dapat mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W segaimana yang telah dilakukan oleh Ibn Umar."

Disebabkan pemerhatiannya yang teliti terhadap tindakan Rasulullah S.A.W, Abdullah Ibn Umar sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga serta takut untuk memberitahu apa yang disampaikan oleh Rasulullah. Beliau hanya akan menyampaikan hadith jika beliau benar-benar pasti akan setiap ayat yang diingatinya. salah seorang sahabat berkata: " Dalam kalangan sahabat Rasulullah S.A.W, tiada yang lebih berhati-hati dalam menambah atau mengurangkan hadith Rasulullah S.A.W dari Abdullah Ibn Umar".
Beliau juga sangat berjaga-jaga dalam mengeluarkan fatwa dalam mengadili sesuatu. Suatu ketika, datang seseorang kepadanya untuk mengadili sesuatu perkara dan Abdullah Ibn Umar berkata: "Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kamu minta." lalu orang itu beredar dan Abdullah Ibn Umar berkata kepada dirinya: "anak Umar telah ditanya mengenai apa yang dia tidak tahu dan dia berkata dia tidak tahu".

Atas sebab sikapnya yang murni,Beliau telah dilantik untuk menjadi qadi walaupun Abdullah Ibn Umar memang layak untuk memegang jawatan tersebut. Jawatan sebagai qadi pada ketika itu merupakan antara jawatan yang terpenting dalam masyarakat Muslim dan negara. Mereka yang memegang jawatan ini akan selalunya akan dihormati, mendapat kemasyuran serta kekayaan tetapi bagi Abdullah Ibn Umar, Beliau tidak tertarik dengan ganjaran yang bakal diperolehi dan menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh khalifah Uthman. Alasan yang diberikan bukan kerana beliau tidak memahami kepentingan jawatan itu, tetapi disebabkan beliau takut melakukan kesilapan dalam mengadili sesuatu perkara yang akan membawa keburukan kepada Islam. Saidina Uthman yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai khaligah telah membuatkan Abdullah Ibn Umar menerima kenyataan untuk tidak meletakkan keputusan yang terburu-buru kerana keputusannya akan membawa kesan kepada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang lain yang mana telah berkhidmad dalam jawatan hakim dan juri.

Abdullah Ibn Umar juga pernah diberi gelaran sebagai "Sahabat malam" oleh kerana beliau sanggup berjaga malam untuk menunaikan solat, berzikir, membaca Al-Quran dan mencari keampunan dari Tuhan yang maha esa. Dari hari ke hari, Abdullah Ibn Umar tidak meninggalkan qiammullai samada di rumah ataupun di dalam perjalanan. Dalam keadaan malam yang sunyi sepi, beliau sanggup untuk mengingati Allah, melakukan Solat dan membaca Al-Quran serta berzikir. Macam Bapanya,Umar Ibn Khatab, air mata sentiasa mengalir di waktu malam terutamanya ketika terdengar amaran-amaran daripada surah dalam Al-Quran. Ubayd Ibn Umayr telah mengaitkan kejadian ini apabia suatu hari dia membaca surah yang mengandungi amaran kepada Abdullah Ibn Umar:
" Dan bagaimana (keadaan orang kafir nanti) jika kami mendatangkan seorang saksi(rasul) dari setiap umat dan kami mendatangkan engkau(muhammad) sebagai saksi ke atas mereka <41> Pada hari itu, orang yang kafir dan orang yang menderhakai Rasul(Muhammad), berharap sekiranya mereka diratakan dengan tanah (dikubur atau hancur luluh menjadi tanah), padahal mereka tidak dapat menyembunyikan sesuatu kejadian apa pun daripada Allah"(Surah An-Nisa, 41-42)
Saidina Abdullah Ibn Umar kemudiannya menangis dengan ayat yang telah dibacakan oleh Ubayd Ibn Umayr sehingga janggutnya dibasahi dengan linangan air mata. Suatu hari, Abdullah Ibn Umar duduk dikalangan sahabat rapat beliau dan membaca: "Celakalah Bagi orang-orang yang curang (dalam meakar dan menimbang) <1> (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain, mereka minta dicukupkan, <2> dan apabila mereka menakar atau menimbang (untuk orang lain), mereka mengurangi. <3> tidakkah mereka itu mengira, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan. <4> Pada suatu hari yang besar <5> (yaitu) pada hari (ketika) semua orang bangkit menghadap Tuhan seluruh alam." (Al-Mutaffifin 1-6).
Pada saat ini Abdullah Ibn Umar mengulangi ayat " Pada hari semua orang dibangkitkan mengahadap Tuhan seluruh alam" berkali-kali sambil menangis sehinggalah beliau pengsan.

sifat belas kasihan, sederhana dan sopan santun yang terkandung dalam Abdullah Ibn Umar menjadikannya seorang yang boleh diberi kepercayaan oleh Sahabat-sabahbatnya dan mereka-mereka selepas itu. Beliau memberi sedekah dengan penuh ikhlas tanpa kisah berjauhan dengan kekayaan walaupun dia sendiri mempunyai kehendak terhadap sesuatu. Beliau adalah seorang yang cemerlang dan boleh dipecayai dalam bidang perdagangan hidup. Tambahan, beliau seorang yang baik hati dengan menggunakan dapatan dari baitulmal dengan memberikannya kepada yang miskin dan yang memerlukannya. Ayyub Ibn Wail ar-Rasi tersempak dalam satu kejadian murah hati Abdullah Ibn Umar:
"Satu hari Ibn Umar menerima 4 ribu dirham dan sebuah selimut. Hari kemudiannya Ayyub melihat beliau dalam sebuah kedai membeli makanan ternakan untuk Untanya sebagai hadiah. Ayuub pergi ke rumah keluarga Abdullah dan bertanya:
"Bukankah Abu Abdur-Rahman(bermaksud Abdullah Ibn Umar) menerima 4 ribu dirham dan sebuah selimut semalam?" "betul", ahli keluarganya menjawab.
"tetapi saya melihat dia hari ini membeli makanan Unta dan dia tidak mempunyai wang untuk membayar" "Sebelum malam semalam, Dia telah membahagi apa yang diterima itu. Kemudiannya dia mengambil selimut dan meletakkannya di bahu kemudian meluru keluar. Apabila dia pulang, kesemuanya itu sudah tiada. Kami bertanya mengenai barang itu dan dia mengatakan barang itu telah pun dia hadiahkan kepada mereka yang miskin," terang keluarga Abdullah Ibn Umar.

Abdullah Ibn Umar seorang yang bersemangat dalam memberi makan dan menolong orang yang berada dalam kesusahan. Selalunya apabila beliau makan, pasti ada anak-anak yatim atau orang yang miskin makan bersamanya. Dia memarahi anaknya disebabkan memberi kepada orang kaya dan membiarkan orang miskin. Beliau pernah berkata " Kamu mengajak yang kaya dan melupakan yang miskin"

Bagi Abdullah Ibn umar, kekayaan adalah hamba bukannya tuan kepada kita. Ianya maksudkan supaya kita mengejar kehidupan yang sederhana, bukan kehidupan yang kaya raya. Dia dibantu dengan sikapnya yang suka mendekatkan diri kepada Allah dan kehidupan yang biasa. Salah seorang daripada sahabatnya yang datang dari Khurasa pernah membelikannya sepasang baju yang cantik.:

"Saya telah membelikan thawb untuk kamu dari khurasan," tegasnya lagi "ianya boleh menyejukkan mata yang memandangnya. Saya menyorkan kamu untuk menanggalkan baju yang kamu pakai dan pakai thawb yang kamu beli ini".

"Tunjukkan kepada saya" Jawab Abdullah dan menyentuh thawb sambil menanya : "Adakah ianya sutera?" "Tidak, ianya adalah cotton" jawab sahabatnya itu.

Dalam beberapa minit, Abdullah Ibn Umar berasa dihargai. Kemudian dengan tangan kanannya dia menolak thawb dan berkata: "Tidak! Saya takut dari saya. Saya takut ianya akan menjadikan saya bongkak dan sombong. Dan tuhan tidak suka orang yang sombong dan bongkak"

Maymun Ibn Mahran mengaitkan kejadian ini: "saya memasuki rumah Ibn Umar. Saya menyangka semua di dalam rumah ini termasuk katil, selimut, carpet dan lain-lain berada di dalamnya. tetapi apa yang saya jumpa bukanlah barang yang berharga"

Itu bukan kerana Abdullah Ibn Umar merupakan seorang yang miskin. Sebenarnya dia seorang yang kaya.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP