Detik Kejatuhan Turki Uthmaniah

>> Monday, March 8, 2010

Detik 3 Mac 1924 yang merupakan detik paling sedih bagi umat Islam seluruh dunia akibat kejatuhan Sistem Khalifah terakhir Islam iaitu Khalifah Turki Uthmaniah. Dalam mengenang kembali saat kejatuhan sistem khalifah terakhir, penulis ingin membongkarkan apa sebenarnya yang berlaku ketika saat-saat kejatuhan Turki Uthmaniah. Sejarah asal bagaimana kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah telah banyak diselewengkan sebelum masuk ke buku-buku teks peringkat sekolah demi mengekangkan pelajar dari terus mendapat semangat JIHAD bagi menegakkan Islam. Terlalu banyak penipuan dalam sejarah-sejarah tersebut sehinggakan penyelamat kepada kerajaan Turki Uthmaniah telah ditomahkan dengan pelbagai fitnah yang buruk. Di sini penulis ingin membongkarkan apa yang sebenarnya berlaku ketika kejatuhan Turki Uthmaniah. Mari kita selami.

 
cop mohor kerajaan Uthmaniah


Penguasaan Golongan Pemuda

Pada sekitar tahun 1800, negara-negara Islam berdekatan dengan eropah telah mengalami serangan pembaratan sehinggakan berlaku perpecahan di antara negara-negara Islam di sana. Negara-negara Islam ini akhirnya telah mengumumkan pembebasan terhadap khalifah justeru dimasukkan di bawah kebanyakkan kerajaan eropah sebagai contoh seperti jermen dan itali. Namun, tidak lama selepas itu, serangan ideologi pembaratan telah tiba di turki. Beberapa sekolah
yang berdasarkan ideologi barat telah ditubuhkan yang akhirnya berlaku penerapan ideologi barat kepada anak muda. Tindakan ini akhirnya telah membuatkan ramai daripada anak muda merasakan bahawa syariat Islam sudah tidak releven dilaksanakan di Turki. Golongan Pemuda ini akhirnya terjebak dengan gerakan freemasonary dan mula membuat perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam Turki.


Mereka akhirnya membentuk satu gerakan bagi membebaskan Turki daripada kerajaan Islam. Gerakan itu dinamakan "Young Turk" oleh kerana ramai diantara ahlinya terdiri daripada golongan pemuda. Antara tuntutan gerakan ini adalah untuk menjalankan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen yang diadaptasi dari negara-negara barat. Untuk mendapatkan pengaruh dari kalangan masyarakat Turki, lalu mereka mula mencari golongan ulama' yang mejadi rujukan masyarakat pada ketika itu. Selepas mempengaruhi golongan ulama' (ulama' dunia), gerakan "Young Turk " masih tidak yakin dengan kekuatan mereka bagi menjatuhkan kerajaan berteraskan Islam, lalu mereka cuba pula untuk mempengaruhi golongan tentera agar memihak kepada gerakan mereka.

Selepas mendapat sokongan daripada 2 golongan yang berkuasa ini, lalu mereka memulakan desakan terhadap kerajaan Islam bagi merialisasikan tuntutan mereka. Mereka menggunakan kuasa ulama' dengan pengeluaran fatwa-fatwa yang memihak kepada mereka sehinggakan ada diantara ulama' tersebut mengeluarkan fatwa bahawa pemerintahan bentuk baru itu adalah arahan Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Desakan demi desakan, akhirnya mereka berjaya mempengaruhi khalifah untuk memecat  Ketua Menteri Muhammad Nadim dan Mufti Hasan Afendi oleh kerana mereka berdua ini merupakan ancaman besar kepada gerakan "Young Turk" dalam mencapai matlamat mereka. Khalifah kemudiannya melantik Rusydi Basya sebagai ketua menteri baru dan Khairullah Affendi sebagai mufti baru. Dua orang ini sebenarnya merupakan ahli freemason dan mempunyai rancangan yang rapi bagi menjatuhkan khalifah, namun  kedua-dunya dilantik hasil galakan daripada gerakan "Young Turks" kepada khalifah.

Penubuhan Dewan Menteri


Sewaktu pemerintahan khalifah Abdul Majid 1(1839 - 1861 M0, gelombang pembaratan yang sangat kuat telah menimpa turki. Hasil dari gelombang pembaratan dari eropah ini telah membuatkan ada diantara rakyat Turki termakan dengan ideologi barat dan mula mengagongkan barat. Gerakan Freemasonary yang ketika itu lemah mula menamppak jalan untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Mereka mula menarik golongan yang terpengaruh untuk bersatu dengan gerakan freemasonary. Freemason yang dahulunya gagal untuk mendapat kepercayaan rakyat akhirnya mula menyeru rakyat untuk menjalankan perlaksanaan pemerintahan cara baru. Mereka mula mendesak kerajaan untuk membentuk Dewan Menteri bagi memudahkan kerajaan dalam urusan pentadbiran. Dengan penubuhan ini, Freemason mula menghantar ahli-ahlinya untuk menganggotai Dewan Menteri ini bagi menguasai keputusan khalifah.Penubuhan Dewan Menteri ini akhirnya telah membuatkan kuasa khalifah disekat justeru hanya menjadi boneka kepada mereka disebabkan khalifah juga hadir ke dewan menteri atas gelaran ahli. Ini telah membuatkan banyak landskap pemerintahan Turki sedikit sebanyak berubah kepada pemerintahan barat.

Dengan perlantikan Rusydi Basya dan Khairullah Affendi sebagai ketua menteri dan mufti baru, freemason mula merancang supaya khalifah yang memerintah pada ketika itu (khalifah Abdul Aziz) digulingkan. Mereka mula mengadakan persidangan Dewan Menteri bagi menjatuhkan khalifah. Hasil daripada persidangan itu, mereka masih belum berjaya mendapatkan keputusan sebulat suara dari Dewan Menteri bagi menjatuhkan khalifah. Lalu Freemason akhirnya mula menggunakan gerakan pemuda "Young Turk" untuk  mengepung khalifah dan mengugut supaya meletakkan jawatan. Selepas empat hari mereka belum berjaya, akhrnya mereka bersepakat untuk membunuh khalifah. Selepas pembunuhan berlaku, freemason mula menyebarkan khabar angin bahawa khalifah telah meletakkan jawatan akibat tekanan dan pelbagai fitnah yang dilontarkan kepada baginda.


Sultan Murad V

Kemudiannya freemason mula mencaturkan supaya Murad V dilantik menjadi khalifah oleh kerana keakrabannya dengan kerajaan Britain. Selepas menjadi khalifah, ternyata Murad V akhirnya terpengaruh dengan gelombang pembaratan dan akhirnya beliau juga telah menyertai gerakan Freemason. Namun dengan kuasa Allah, khalifah Murad V tidak dapat bertahan lama dan hanya sempat memerintah Turki selama 93 hari. Beliau telah meninggal dipercayai akibat daripada tekanan gerakan "Young Turks" yang terlalu kuat.

Bersambung....Part 2

Note : Freemason adalah badan bagi gerakan sulit iluminati

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP