Hakikat sebuah Keamanan

>> Sunday, January 23, 2011


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Dalam sesebuah negara, keamanan dan keharmonian merupakan satu aspek yang penting dalam pembinaan sesebuah negara. Akan tetapi, berapa banyak negara-negara yang mampu mengekalkan status aman damai sesebuah negara?

Kemajuan dan kekayaan yang dikecapi dalam sesebuah negara bukanlah kayu ukur kepada kebahagian sesebuah negara. Biarlah bertapa maju sekalipun sesebuah negara tersebut, namun jika tiada kebahagian dalam sesebuah negara, pastinya negara tersebut akan menyusut nilaiannya dan dipandang rendah sepertimana kaum-kaum arab jahiliah dahulu. Bahkan segala kemajuan dan kekayaan tersebut boleh dimusnahkan dengan sekelip mata apabila turunnya azab-azab Allah yang berbagai.

Kini kita dapat melihat sendiri negara kita Malaysia sedang menuju ke arah kemajuan teknologi, bangunan yang mencakar langit, gedung peniagaan yang besar, undang-undang yang banyak bagi menghukum setiap kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, hakikat disebaliknya, kita dapat lihat kejatuhan akhlak serta kehidupan sosial masyarakat. Ianya semakin membarah dan semakin parah dari hari ke hari sedangkan negara kita sudah mencapai kemajuan dan antara negara Islam yang terkedepan.

Keamanan sesebuah negara bukanlah terletak pada sang penguasa, bukan juga terletak pada sang hartawan yang mempunyai jutaan aset untuk membeli keamanan. Akan tetapi, keamanan sesebuah negara bergantung kepada tindakan dan kehidupan rakyat dan masyarkat majmuk.

Iman sebagai kunci keamanan 

Demi mencapai sebuah keamanan dan keharmonian sesebuah negara, keimanan kepada Allah secara mutlak merupakan peneraju kepada negara yang aman. 
 
Apabila semua pemimpin dan rakyat dibawah pimpinannya beriman, pasti akan wujud satu ketengangan di situ, Apabila semuanya beriman, keamanan yang dirancang lambat laun akan menjadi satu kenyataan. Ini yang sepatutnya kita lakukan, bukan sekadar usaha manusia semata-mata. Untuk mencapainya haruslah disertai dengan keimanan kepada Allah SWT

Sejarah sudah membuktikannya


Di zaman Nabi Muhammad SAW, walaupun umat Islam pada ketika itu hidup dalam keadaan yang penuh dengan kemiskinan, akan tetapi tidak berlaku kecurian. Ada ketika baginda sendiri turun ke pasar-pasar untuk memeriksa keadaan masyarakat Islam pada ketika itu.

Pernah satu ketika itu, baginda menyeluk tangannya ke dalam guni gandum di pasar, baginda mendapati gandum yang ada di dalam guni basah. Justeru baginda bertanya mengapa gandum basah tersebut diletakkan di dalam dan gandum yang kering diletakkan di luar? Maka peniaga tersebut mejawab

"Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang mubazanah. Mubazanah ialah menjual kurma basar dibayar dengan kurma kering secara timbangan dan menjual aggur segar dibayar dengan aggur kering secara timbangan" hadis riwayat Bukhari

Umar Abdul Aziz juga sudah membuktikannya semasa zaman pemerintahan bani umaiyah. Negara dan rakyatnya hidup dalam bahagia, dan damai dengan keadilan yang meluas. Tidak satupun rakyatnya yan merasa kekurangan sehinggakan harta negara dan wang zakat yang melimpah ruah oleh kerana tiada yang ingin menuntutnya.

Inilah contoh benih ataupun semangat yang disemai Islam dalam hati sanubari setiap insan. Apabila iman penuh di dada, orang-orang seperti ini tidak akan mengambil kesempatan untuk melakukan kejahatan seperti menipu dan mencuri, tidak kira samada ianya dilakukan secara terang-terangan mahupun dalam keadaan yang tersembungi.

Ini kerana dia yakin bahawasanya Allah Maha Melihat segala-galanya. Apabila semangat ini tersemai dalam hati setiap orang, lebih-lebih lagi hati orang-oran politik dan hati pegawai-pegawai kerajaan yang menjaga amanah rakyat. sekalipun orang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan, orang tidak sekali-kai terdetik untuk melakukan pencurian, merompak, merogol dan sebagainya oleh kerana mereka tahu dan sedar akan batasan serta balasan yang sedang menunggu mereka di akhirat kelak.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP