Tips Keselamatan Dalam Demo
>> Wednesday, June 22, 2011
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
1-Pakai pakaian yang meliputi seluruh tubuh badan dan jika boleh hingga ke paras pergelangan tangan.
2-Jika anda memiliki topeng gas, tidak salah untuk membawanya bersama. Selain itu topeng respirator lain boleh turut digunakan terutama yang digunakan untuk menapis bauan cat dan ‘thinner’.
3-Alternatif lain, rendamkan ‘bandanna’ atau kain ke dalam cuka atau jus lemon, dan tutup mulut dan hidung dengan kedap.
4-demonstran dinasihatkan juga untuk membawa ‘goggle’ renang bagi melindungi mata di saat gas AAR memenuhi ruang perhimpunan.
5- Bagi mereka yang memakai kanta sentuh, anda dinasihatkan untuk tidak memakainya pada hari perhimpunan .
6- Bekalkan diri anda juga dengan air (dibawa dalam botol) dan tepung penaik, ini bagi digunakan untuk meneutralkan bahan kimia yang telah terkena pada kulit.
7- Elakkan memakai krim berasaskan minyak ataupun ‘sun-block’ kerana bahan – bahan ini bakal menyebabkan resapan kimia dari AAR meningkat.
Jauhi kawasan gas. Kaedah terbaik adalah untuk mengelak dari tempat yang telah diliputi gas AAR. Pergi ke tempat tinggi kerana gas AAR tumpat dan jarang naik ke udara. Jika anda berada di luar bangunan, masuk ke dalam bangunan terutama yang mana aliran udara luar tidak dapat masuk.
Basuh mata anda. Jika mata anda telah terdedah kepada gas AAR, jangan gosok mata anda. Jika anda memakai kanta sentuh, tanggalkan. Basuh dengan air selama 10 minit. Kanta sentuh yang telah terdedah jangan dipakai semula.
Oleh Dr. A. Bahardin

0 comments:
Post a Comment