Bermimpi Di Siang Hari

>> Saturday, September 25, 2010

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"



"Budak Jemaah ni, tidur lebih banyak dari bayi !!!"

inilah antara kata-kata pedas yang diungkapkan oleh Saudara Alan selaku penceramah pada bengkel malam tadi. Terkesima bunyinya apabila membandingkan tidur seorang bayi dan tidur seorang ahli gerakan Islam. Pasti kelakar bunyinya. Akan tetapi, apabila dibangkitkan isu tidur, terpanggil saya untuk mengongsi ilmu hasil bacaan dari beberapa buah buku.

Artikel kali ini bukanlah ingin berbicara mengenai tidur, tidur ahli gerakan banyak atau sikit, bayi sekarang kurang tidur atau sebagainya, namun kali ini terdetik dalam benak pemikiran untuk berceritakan mengenai mimpi dan perlunya kita sebagai ahli gerakan bermimpi.

Pastinya sahabat terkejut, mengapa kita harus bermimpi? ada apa dengan mimpi? mimpi tu datangnya selepas tidur, adakah perlu tidur lebih banyak? bagaimana ingin maju jika banyak tidur?. Mimpi yang penulis maksudkan bukanlah mimpi hasil dari tidur yang enak, akan tetapi mimpi yang dimaksudkan adalah cita-cita, kalau dalam bahasa inggerisnya dipanggil "dream = mimpi"

Cita-cita yang besar adalah tanda-tanda kehidupan jiwa, kayu ukur kepada orang yang berjaya disebabkan jiwanya selalu terbuka, berpikir dan berjiwa besar.

"Jika anda percaya ianya akan berhasil, anda akan betul-betul berhasil" - oleh D.J Schwirtz dalam buku The Magic Of Thingking Big

Katanya lagi, Setiap manusia pasti menginginkan kejayaan atau menginginkan sesuatu yang baik dari kehidupan yan sekarang. Tidak ada manusia yang akan mendapatkan kejayaan dari hidup yang merangkak-rangkak, kehidupan yang setengah-setengah. Tidak ada yang ingin merasa dia itu tergolong dalam kelas kedua atau terpaksa hidup sebagai kelas kedua"

Mengapa Kita harus Bermimpi?

Bermimpi atau cita-cita (lebih tepat dan mudah difahami) ini terlalu banyak manfaat kepada mereka yang ingin berjaya. Bahkan majoriti daripada mereka yang telah mengecapi kejayaan ini bermula daripada angan-angan yang besar, mampu berfikir merentasi ruang lingkup masa pada zamannya, yang kadangnya pasti ideanya itu akan jadi bahan ketawa.

Cita-cita besar itu ibarat bahan bakar yang memacu kenderaan untuk bergerak dengan pantas

Cita-cita besar itu ibarat ubat yang mampu menghilangkan lemah, malas, sedih dan kehinaan hasil daripada keinginan dalam merialisasikan cita-cita tersebut.

Cita-cita besar ini adalah suatu kemuliaan oleh kerana ianya akan membentuk pendirian yang kukuh, berani menghadapi masalah, tidak mengalah apabila menghadapi kegagalan sepertimana thomas edison yang menemui penciptaan mentol selepas menghasilkan 50, 000 mentol yang gagal. Cita-cita juga mampu membangun keluhuran jiwa sepertimana Rasulullah S.A.W


antara mentol yang mula-mula dihasilkan oleh thomas edison


Synergi Mimpi dan Iman

Mimpi saja masih belum sempurna tanpa bimbingan iman yang mantap serta keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap Allah dan Rasulullah. Cita-cita tanpa kawalan iman ibarat pencuri yang mengidamkan kekayaaan dari hasil curinya, pencipta rokok yang mengimpikan kekayaan hasil dari jualan rokoknya, pemerintah yang jutawan hasil daripada rasuahnya. Cita-cita tanpa kawalan iman barangkali akan mendatangkan kemudharatan kepada kepada masyarakat, keluarga mahupun kepada diri sendiri.

Pentingnya iman sebagai pemandu mimpi adalah kerana dengan ianya akan memberi garis panduan yang jelas akan batasan-batasan impian yang boleh dikecapi, mmembentuk cita-cita yang mampu memberi manfaat kepada diri, keluarga serta ummah disamping menjadikan mimpi yang ingin dikecapi itu sebagai pemudahcara untuk mereka melangkah ke alam syurga kelak

Saya begitu tertarik dengan kisah Saidina Umar ketika berdialog bersama sahabat-sahabatnya akan impian yang ingin mereka kecapi

Umar Al-Khattab : "Berangan-anganlah"
Sahabat 1 : "Saya berangan-angan sekiranya saya mempunyai banyak wang, lalu saya merdekakan budak dalam rangka menraih ridha Allah"
Sahabat 2 :  "Kalau saya, berangan-angan memiliki banyak harta, lalu saya belanjakan fi sabilillah"
Sahabat 3 :  "Saya berangan-angan mempunyai kekuatan tubuh badan yang kuat lalu saya abadikan diri saya untuk memberi air zam-zam kepada jemaah haji satu persatu"

lalu Umar berkata : " Kalaulah saya, Saya berangan-angan supaya di dalam ini ada seperti tokoh Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah, Umair Bin Said dan sebagainya"

Inilah antara synergi mereka yang bermimpi dengan iman sebagai pemandu dalam membentuk mimpi yang ingin mereka kecapi. Mimpi yang terhasil pastinya akan memudahkan mereka di sekeliling disamping membentuk satu akhlak yang mulia yang akhirnya Semua berbalik kepada mencari keredhaan Allah yang menjadi penentu kepada masuk atau tidak kita ke dalam syurga di akhirat kelak. Wallahu 'alam


Rujukan Utama : Zero to Hero Solikhin Abu Izzudin

Read more...

Sejuk Mata Memandang

>> Friday, September 17, 2010



"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Datangnya Syawal beerti berlalu sudah Ramadhan yang dirindui. Namun, hadirnya diri ini ke Ramadhan yang akan datang siapa yang tahu. Segalanya terserah pada takdir Ilahi. 

Sedikit perkongsian gambar sambutan Ramadhan di Iran.




































Wahhh!!! Mesti seronokkan kalau Malaysia mampu buat macam ni. Sejuk hati melihat betapa ramainya umat Islam yang bertadarus. Saya yakin dan pasti bahawasanya pada satu hari nanti, akan wujudnya generasi mereka yang cintakan Al-Quran sepertimana mereka cintakan diri mereka
mereka cintakan Allah sepertimana mereka cintakan kekasih mereka
mereka cintakan Syurga melebihi cintanya kepada segala harta yang ada di dunia
mereka cintakan Syahid melebihi kecintaan mereka pada kehidupan yang fana

 Bila ianya akan berlaku?
Tanyalah iman dalam diri sahabat-sahabat. Ianya menjadi tangungjawab kepada kita untuk membentuk generasi yang seterusnya. Sekiranya kita terus terleka dengan kesenangan dunia, tanpa menghiraukan kebejatan sosial yang kini kian meningkat, maka pastinya kita tidak berpeluang untuk merasai generasi ini. quranic generation bukan di zaman kita.

Wallahu 'alam

Read more...

Bagaimana Anda Mendaki ? - Siri-siri Peribadi Muslim Super

>> Friday, September 3, 2010

Satu Ekspedisi mendaki gunung everest telah dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa. Seluruh kampus riuh-rendah melihat poster-poster promosi yang ditampal di papan-papan maklumat. " Eh betul ke diorng ni nak daki gunung everest?...ini bukan macam gunung kinabalu di Sabah" soal sekumpulan mahasiswa yang lain yang terpinga-pinga melihat poster tersebut.
Seperti yang kita semua sedia maklumkan, gunung everst merupakan gunung yang telah menduduki tangga teratas menewaskan gunung-gunung lain dari segi ketinggian. Ditambah pula dengan suasana keadaan di sana yang sejuk membuatkan ramai mahasiswa seperti melihat harimau berdiri dengan dua kaki. Raut muka kebanyakkannya telah menggambarkan kejutan yang besar.

Namun dalam pada itu, terdapat juga anak-anak muda yang bersemangat ingin mendaki gunung-gunung tersebut. Ramai yang datang mendaftar kerana ingin menunjukkkan menguji kemampuan diri dan membuktikan bahawa ekspedisi ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi mereka. Dari puluhan hingga ke ratusan orang yang datang mendaftar.
Apabila tiba di hari kejadian, semuanya menunjukkan semangat yang kuat bagi mencapai impian menjejaki kemuncak gunung everest. Lalu, mulalah sebuah ekspedisi menawan puncak everst. Semuanya berpusu-pusu mendaki gunung menunjukkan semangat yang ada untuk mencipta sejarah.
Ketika di pertengahan perjalanan, semua peserta diminta berhenti berehat seketika dan mempersiapkan kekuatan untuk meneruskan perjalanan mereka ke puncak gunung. Namun, malangnya setelah selesai tempoh berehat, ramai dari mereka yang telah putus semangat melihat perjalanan yang harus ditempuhi itu masih lagi jauh. "Maaf...kami sudah tidak berdaya, korang jalanlah dulu. tinggalkan saja kami di sini. Kami sudah puas berada di tahap ini" jawab mereka yang tinggal. Justeru, pergilah sekumpulan yang lain demi mengejar cita-cita mereka.
Setelah berpenat lelah mendaki gunung yang tinggi ini, akhirnya berjaya juga sekumpulan mahasiswa ini mencapai kemuncak gunung everst. "Yeahhhh....sape cakap ianya mustahil!!! lihatlah!!! kami sudah buktikan.

Sekembalinya mereka di kampus masing-masing, mereka telah diberi penganugerahan serta perhormatan yang luar biasa atas usaha yang gigih dalam melakar sejarah baru buat seluruh mahasiswa-mahasiswi yang lain.....
Ibrah.

Hidup adalah pendakian prestasi, mengumpulkan kejayaan kecil menuju kejayaan besar. Sebagaimana mendaki gunung, menaiki anak-anak tangga kejayaan, kadang-kadang pun akan menimbulkan kepenatan, kelelahan, kemalasan, ketakutan, kemalasan dan bermacam lagi pemikiran yang menghantui hingga akhirnya meracuni matlamat dan cita-cita yang ingin dicapai. Mendaki ke kemuncak everst itu adalah sesuatu yang mustahil bagi sesetengah manusia, tetapi bagi mereka yang berjiwa besar, yang punyai matlamat benar, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dalam kisah ini, ada beberapa jenis manusia yang harus kita teliti dan kita berhati-hati dalam proses pendakian ini.

1) Type Quiter

Mereka ini adalah golongan yang tergesa-gesa, ingin cepat sampai, terus menyerah, mudah bergoyang kaki, senang patah semangat dan tidak berani mengambil risiko. Bila ditawarkan kepadanya sebuah ancaman dan tentangan, terus ia menyusun langkah seribu lalu berundur dari matlamatnya. Orang seperti ini, disebabkan didominasi pemikiran-pemikiran negatif(Su'uzhon thingking), kalah sebelum mula bertanding, dan memilih berehat sebelum mula masuk ke gelanggang. Memilih aman sebelum menghadapi risiko. Tidak punyai kesungguhan untuk menetap prinsip hidup



2) Type Campers

Mereka ini adalah orang yang senang mendaki pada ketinggian tertentu lalu mengakhiri pendakiannya dan memilih untuk berhenti, beristirehat. Mereka ini puas dengan pencapaian yang diperolehinya, mengambil jalan selamat dan tidak berani untuk mengambil risiko yang lebih besar. Mereka ini lebih baik dari yang sebelumnya, tetapi mereka ini bukanlah golongan yang layak digelar pahlawan sejati



3)Type Climber

Inilah para pendaki abadi, para pahlawan hakiki, para pejuang yang siap sedia dengan apa jua risiko yang bakal mendatang.Baginya kehidupan ini adalah sebuah tempat untuk mengubah ancaman mahupun tentangan menjadi peluang, mengubah kegagalan menjadi kejayaan, mengubah kesulitan menjadi pelbagai kemungkinan, mengambil risiko dengan penuh keberanian. Inilah yang harus kita kecapi. Tidak lemah, tidak putus asa, tidak mudah menyerah.
"Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah yang besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar"
Berfikir, bertindak, bekerja dengan bermacam-macam variasi untuk meraih kejayaan dan menyebarluaskan kebahagiaan buat orang lain. Kebahagiaannya adalah ketika mampu membuka jalan bagi generasi berikutnya. Memecahkan tembok-tembok permasalahan yang ada di tengah-tengah masyarakat.
Keyakinannya teguh, sandarannya kuat, Langkanhnya cermat. Visinya jelas. Kerjanya kuat, pemikirannya cerdas. Analisanya tepat. Kata-katanya tegas, lemut tanpa membuatkan hati menjadi panas. Inilah peribadi ikhlas yang selalu melangkah dengan penuh bersemangat.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP