Ke Arah Peribadi Muslim Super

>> Friday, August 20, 2010

Masyarakat Muslim kini semakin hari semakin barah dan parah. Keruntuhan peribadi muslim pada umat akhir zaman ini semakin mnejadi-jadi. Lihat saja berita di dada-dada akhbar, bersepah-sepah masalah demi masalah yang dikhabarkan, masalah zina, rompak, buang bayi dan macam-macam lagi. Semuanya menjadi masalah dan majoriti kepada mereka yang melakukan kesalahan ini tidak lain tidak bukan adalah daripada mereka yang bergelar melayu yang beragama Islam itu sendiri. Sedih hati menlihat pelaku-pelaku masalah ini bukanlah daripada orang-orang kafir akan tetapi mereka yang beragama Islam

Majoriti umat Islam sekarang langsung tidak mencerminkan peribadi seorang muslim yang telah memeluk agama Islam. Bahkan adakalanya mereka ini lebih dasyat daripada orang-orang kafir sehingga menjadikan orang-orang kafir sendiri menjauhi Islam. Lebih dasyat lagi apabila mereka yang bergelar muslim merasakan Islam ini satu agama yang bermasalah dan mengambil tindakan untuk keluar dari agama Islam dan menganut agama lain ataupun menjadi athis(golongan yang tidak beragama) oleh kerena merasakan ianya merupakan jalan yang paling tepat dan terbaik.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? kenapa umat Islam terutamanya di Malaysia sering dipandang remeh ? Mengapakah ramainya muslim yang menimbulkan berbagai masalah ? adakah Islam ini mengajar penganutnya melakukan kejahatan ? Berbagai persoalan timbul memikirkan kejahilan umat Islam dalam menganut agama Islam. Ini bukan disebabkan Islam itu tidak bagus, ini bukan sebab Islam itu banyak kelemahannya sebaliknya ianya berpunca daripada mereka yang bergelar muslim akan tetapi tidak memanifestasikan diri sebagai seorang muslim yang telah menganut agama Islam. Perkara ini diakui sendiri oleh golongan muallaf. Majoriti darpada mereka langsung tidak tertarik untuk mengenali Islam dengan melihat muslim yang ada sekarang, akan tetapi mereka-mereka ini mula berjinak-jinak dengan Islam melalui pembacaan dan penemuan-penemuan ajaib yang menggambarkan benarnya agama Islam, Indahnya Islam ini.

Apabila merujuk kembali sejarah-sejarah lampau, ketika mana agama Islam ini mula diperkenalkan, keadaan masyarakat pada ketika itu di sekitarnya penuh dengan perkara-perkara jahiliah. Budaya zina, buang bayi, membunuh, riba, minum arak dan sebagainya sudah menjadi satu kebiasaan. Islam pada ketika itu bukanlah muncul sebagai pemangkin kepada masalah-masalah yang ada, akan tetapi Islam pada ketika itu muncul sebagai penyelesai kepada segala permasalah yang berlaku di dunia ini. Umat Islam pada ketika itu semakin hari semakin bertambah, tidak ada yang berkurang dan murtad setelah memeluk Islam. Semuanya bahagia walaupun diri mereka diseksa dan dihina dengan begitu dasyat sekali. Peribadi Muslimin dan Muslimat yang ditonjolkan pada ketika itu antara menjadi asbab kepada golongan Quraisy tertarik untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam sejurus memeluk Islam.


Muhasabah dan Kenali Diri Anda

Imam Hassan Al-Banna seorang mujadid Islam yang terkenal dan merupakan pengasas kepada gerakan Ikhwanul Muslimin, telah membentuk satu sistem bagi membentuk semula sebuah negara Islam yang sebenar. Dalam pada itu, imam Hassan Al-Banna telah menetapkan beberapa marhalah ataupun tingkatan dakwah yang harus dilalui bagi membentuk sebuah negara Islam.
1) Fardhil Muslim (individu muslim)
2) Baitul Muslim (keluarga muslim)
3) Mujtama' Muslim (masyarakat muslim)
4) Daulah Islamiyah (negara Islam)


Untuk membina melepasi marhalah yang pertama dalam tingkatan dakwah, maka tidak boleh tidak, perlunya kepada setiap individu muslim untuk muhasabah semula diri sendiri dan kenali diri anda. Muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan timbang tara(check & balance) terhadap dirinya sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis

Dari Syadad bin Aus r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Orang yang pandai adalah yang menghisab (menilai) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah s.w.t.)
(HR. Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadis hasan’)

Perlunya muhasabah ini adalah untuk kita mengenali diri kita dengan lebih mendalam. Kita perlu tahu dimana kekuatan dan kelemaha yang ada pada kita, bagaimana ingin memaksimakan kekuatan yang ada di samping meminimakan kelemahan dan mencari jalan untuk mengatasinya. Selain itu, perlu juga kita mengenali sifat-sifat dalam diri kita, sifat-sifat terpuji yang perlu kita islahkan dan sifat-sifat buruk yang perlu kita kuburkan di samping menanam kembali benih-benih sifat terpuji yang lain.

Dalam keberkatan bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama membetulkan diri kita. Inilah bulan yang paling mudah untuk kita mengenal diri kita yang sebenarnya. Ini kerana dalam bulan ini, Syaitan telah dibelenggu. Jadi tiada alasan untuk kita menyalahkan syaitan sebagai penyebab perlakuan sumbang yang kita lakukan saban hari. Saya tertarik dengan kata-kata ustaz fakrurrazi dalam berbicara soal ini

" Sekiranya dalam bulan ramadhan ini, kamu masih lagi melakukan kemungkaran, kamu masih lagi bersifat mazmumah, maka itulah diri kamu yang sebenar. Tiada lagi syaitan sebagai alasan kerana dalam bulan ramadhan syaitan sudah terbelenggu. Maka terimalah hakikat ini dan mulakan perubahan dalam diri anda"

Oleh itu, gunakanlah ramadhan ini dengan sebaiknya dalam membentuk diri anda ke arah seorang muslim yang sejati. Kenalilah diri anda sebaiknya dah hapuskan segala yang buruk pada diri anda. Jikalau merasakan diri tidak mampu, maka kurangkanlah dari melakukan perkara-perkara buruk tersebut, insyaAllah, lama-kelamaan ianya pasti akan berjaya anda tewaskan.


Muwasafat Tarbiyah

Di samping itu, Imam Hasan al-Banna juga ada mengariskan beberapa aspek yang perlu dinilai semula dalam membentuk diri memiliki peribadi unggul dan super. di zaman kini, aspek-aspek ini lebih dikenali sebagai muwasafat tarbiyah. Beliau juga pernah memberi taujihad mengenai muwasafat tarbiyah ini

"Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya. kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami" tegas beliau

Antara aspek-aspek yang menjadi yang perlu kita nilai balik, sejauh mana pencapaian dalam diri kita adalah

1)Aqidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sohih
3) Akhlak yang mantap
4) Berpengetahuan luas
5) Memiliki tubuh yang sihat
6) Bermujadalah melawan hawa nafsu
7) Berdikari
8) Tersusun didalam urusan
9) Menepati masa
10) Bermanfaat untuk orang lain

Sekiranya setiap aspek tersebut dapat kita perbaiki dan meningkatkan kualiti setiap daripada aspek tersebut, maka pastinya kita bakal menjadi seorang yang super dalam setiap perkara yang kita lakukan di samping masyarakat akan menjadikan kita sebagai rujukan dalam membina diri mereka ke arah yang lebih baik.

Khatimah

Muhasabah ini haruslah dilakukan secara berterusan dan istiqamah.Sekirannya muhasabah ini dapat dilakukan secara berterusan dan istiqamah, maka kita akan merasakan diri kita ke arah kebaikan akhirnya pasti kita akan menjadi seorang yang berpewatakan super, bukannya superman, bukannya ultraman tetapi seorang muslin yang memiliki peribadi super. Jadi sebagai penutup kalam, saya dengan ini menyeru ingin menyeru diri saya terutamanya serta sahabat-sahabat supaya mari kita sama-sama membetulkan diri, kuburkan segala yang buruk dan Islahkan segala yang baik dalam diri kita disamping membentuk akhlak-akhlak sebagai seorang muslim yang berperibadi super. Selamat Beramal....

 ke arah super saiyan...eh, super muslim

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP