Adakah Anda Masih Melayu? Part 1

>> Wednesday, June 9, 2010

Sudah lama rasanya saya tidak menulis tulisan-tulisan ilmiah. Sebelum ini, teralu sibuk dengan isu-isu semasa. Mulanya sibuk dengan isu tuduhan AUKU terhadap empat orang mahasiswa sains politik. Kini sibuk pula dengan isu kezaliman Israel yang tidak pernah berkesudahan. Namun, kali ini, saya ingin sambung kembali penulisan-penulisan ilmiah yang telah lama saya tinggalkan. Kupasan kali ini berkaitan dengan MELAYU.

 
Apa itu Melayu?

Jika diertikan sepertimana kebanyakkan yang difahami oleh orang-orang Melayu, orang Melayu adalah mereka yang mempunyai keturunan darah daging daripada orang melayu samada dari sebelah bapa ataupun dari sebelah ibunya. Namun, lain pula ertinya melayu dalam bahasa perlembagaan Malaysia. Orang melayu yang dimaksudkan bukanlah mereka yang berasal dari salasilah keturunan dari orang Melayu, akan tetapi Melayu yang digariskan dalam perlembagaan adalah :

1) Mereka yang beragama Islam
2) Mereka yang berbahasa Melayu
3) Mereka yang mengamalkan adat resam melayu

Syarat yang digariskan oleh perlembagaan untuk menjadi seorang melayu adalah amat mudah dan jelas. Tiada sebarang syarat langsung yang mengatakan bahawasanya untuk menjadi orang melayu, mereka perlu mempunyai nasab atau keturunan dari orang melayu. Oleh itu jelaslah bahawa mereka yang melayu adalah Islam

Namun dalam kondisi masyarakat melayu sekarang, saya tertanya-tanya, apa yang patut digelar bagi mereka yang telah murtad? mereka sepatutnya tidak layak dipanggil orang melayu dan mereka juga tidak layak mendapat kelebihan-kelebihan yang sepatutnya orang melayu dapat. mereka bukan lagi berbangsa melayu


Apa pula panggilannya bagi orang melayu yang tidak boleh berbahasa melayu? contohnya mereka yang lahir di luar negara, namun masih mempunyai pertalian darah orang melayu. Apa pula bangsa mereka? mereka sudah hilang kelayakan sebagai orang melayu. I.C mereka tidak sepatutnya diletakkan bangsa melayu.

Bagaimana pula bagi bangsa lain yang telah memeluk Islam. Jikalau mereka ini berjaya menguasai bahasa melayu dan mengamalkan adat resam melayu, mereka layak dipanggil diletakkan sebagai bangsa melayu. Mereka layak untuk diberi kelebihan-kelebihan yang diterima oleh orang melayu....

Namun, saya hairan, kenapa orang melayu sekarang ini sangat mengagung-agungkan bangsa melayu sehingga sanggup menindas Islam yang merupakan salah satu syarat untuk menjadi melayu. Saya fikir, yang sepatutnya diperjuangkan bukanlah ketuanan melayu yang seperti yang dicanang-canangkan oleh pemerintah sekarang, namun yang harus diperjuangkan adalah Islam. Tiada guna jika perjuangkan melayu, namun mereka tidak boleh dikatakan Islam. tidak solat, tidak puasa, tidak membayar zakat, minum arak, berJUDI dan sebagainya.

 Ini langsung bertentangan dengan prinsip Islam. Malah mereka ini telah memberi persepsi negetif terhadap Islam itu sendiri. Malu rasanya jika ingin disinonimkan antara melayu dan Islam kerana hakikat kebanyakkannya orang melayu langsung tidak mencerminkan akhlak yang dituntut oleh Islam lantas menjadikan non-muslin jauh daripada kesucian Islam itu sendiri....

Melayu ? Islam ? Ketuanan Melayu????

hurmmmmmm. Pening dibuatnya.

2 comments:

Anonymous,  June 9, 2010 at 7:54 PM  

bagi bukan melayu yang memeluk agama islam,
lazimnya rakyat malaysia selain melayu pun boleh berbahasa melayu,
dan jika dia mengamalkan budaya melayu..

Melayukah dia?

perkara ini perlu dibincangkan kerana bagi mualaf, isu masuk islam bererti masuk melayu adalah isu besar dan boleh jadi penghinaan.

dan benar..
melayu mengaku islam itu agama mereka adalah kelemahan terbesar islam melayu..
menyebabkan dakwah itu sukar, menyebabkan rasa bangga kononnya tau segalanya tentang islam semata-mata kerana lahir sebagai melayu.

mungkin juga lebih baik jika seseorang itu lahir dan diwajibkan belajar tentang islam sebelum mengelar dirinya islam..

asSakeenah June 10, 2010 at 10:05 PM  

Dan apabila menyentuh tntg bangsa dan bahasa Melayu, dimanakah kedudukan tulisan Jawi pada hari ini?

Kalau kita sedar, tulisan Jawi mempunyai peranan dan sumbangan besar dalam perkembangan bahasa Melayu di Nusantara terutama pada abad ke-16 dan ke-17.

Penggunaan tulisan Jawi merupakan salah satu faktor menjadikan seseorang Muslim boleh membaca al-Quran. Hubungan penguasaan tulisan Jawi dengan kemampuan membaca al-Quran adalah saling berkaitan dan membantu. Membaca al-Quran tanpa mengetahui tulisan Jawi seumpama “si buta berjalan tanpa tongkat”. Seseorang dapat mengetahui sebutan al-Quran dengan mudah apabila menguasai huruf dan hukum-hukum dasar tulisan Jawi.

Tapi jika ditanya remaja2 skrg, setakat manakah pengetahuannya membaca dan menulis JAwi? Perkara ni ana alami sndr bila anak murid ana yg dh form 2, x tahu menulis Jawi..

Inilah dia kesan kolonialisme...

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP