Palestin!!! merana bukan sementara

>> Sunday, May 10, 2009

sedarkah kita bahawasanya makin lama umat Islam makin lupa akan perjuangan mereka terhadap palestin. Isu palestin hanya dibawa apabila berlaku serangan besar-besaran, apabila ada yang kematian yang banyak, Tapi sedarkah kita bahawasanya palestin ini bukan dijajah hanya dalam sebulan ataupun setahun. Kerajaan haram Israel sudah menduduki sejak dari 1920-an ketika bermulanya kaum-kaum yahudi berpindah dan menetap di Palestin. Mereka kemudiannya mendapatkan tanah melalui dua cara utama, samada membeli dari rakyat palestin ataupun mengambilnya secara kekerasan dengan membunuh dan menghalau rakyat palestin sehinggalah tertubuhnya negara Israel


Jika dibilang dari tahun ke tahun, penjajahan Israel terhadap palestin sudah bertahun-tahun lamanya. Rakyat palestin sudah merana hampir 100 tahun lamanya. Tapi kita sebagai masyarakat Islam yang menetap di negara-negara yang aman ini mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam sahaja. Membela rakyat palestin hanya ketika adanya kes-kes besar yang berlaku di sana. Pemboikotan terhadap barangan Israel juga sama, hanya ketika mana Israel menyerang palestin sahaja.

Baru-baru ini, apabila negara Palestin diserang dalam 2 bulan lepas, semua masyarakat heboh tentang kekejaman Israel laknatullah ini. Media-media mula mengambil kesempatan terhadap kejadian ini dengan mula buat tabung derma di sana sini, semuanya cuba mengambil berat terhadap rakyat palestin yang kian merana. Tapi sayang sekali, semuanya hanya berlaku sementara sahaja. sekarang ini,masyarakat Islam mula lupakan rakyat palestin. Masyarakat Islam mula membeli kembali barangan-barangan buatan yahudi. kedai-kedai yahudi seperti mcdonald mulai sesak kembali. masyarakat Islam mula leka dengan hiburan yang disajikan dan terus mengabaikan palestin yang semakin merana.masyarakat kembali kepada keadaan sebelumnya. Inikah sikap masyarakat Islam dalam menbela rakyat palestin? hanya sementara sahaja. Jika beginilah sikat kita, Israel bukannya akan berundur dari palestin, tapi akan mara dan mengambil lebih banyak tanah milik rakyat palestin.

Tahukah kalian bahawasanya rakyat palestin kebanyakkannya hidup dengan bergantung kepada bantuan yang mereka terima. Tahukah kaliah bahawa lebih kurang 96% daripada syarikat-syarikat industri di gaza telah ditutup berikutan hasil daripada sekatan Israel terhadap gaza. Tahukah kaliah bahawasanya hampir 45% daripada penduduk gaza terpaksa menganggur sedangkan kita di sini hidup dengan senang-lengang tampa sebarang rasa kesal ataupun bersalah terhadap rakyat palestin yang terpaksa merana akibat daripada sikap kita yang tidak istiqamah dalam menentang Israel. Israel sekarang ini sedang bergembira dengan sikap masyarakat Islam kerana mereka kembali mendapat keuntungan dan kembali berupaya membeli bekalan senjata yang hebat hasil daripada duit yang kita guna untuk membeli barangan Islael. Lalu Palestin akan kembali diserang sedangkan mereka makin kekurangan sumber untuk menyerang balas. Inikah yang kita mahukan?

Sahabat-sahabat sekarlian, sedarlah dan janganlah kamu terus lalai dengan kealpaan. Marilah kita kembali menghulurkan bantuan kepada rakyat palentin walaupun kita terpaksa bersusah sedikit. Daripada kita membazir wang kita terhadap perkara-perkara yang melalaikan,antaranya seperti rancangan realiti televisyen yang sedang hangat sekarang. Macam-macam nama telah muncul, dan kita sebagai masyarakat Islam sanggup pula meleburkan wang kita beratus ringgit demi ingin meyelamatkan peserta kesayangan kita. Daripada kita membazir wang sebegitu, lebih baik kita menderma kepada rakyat palestin yang sedang kelaparan. Beringatlah kepada rakyat palestin yang sedang berada dalam kesusahan ini. Ingatlah Isu Palestin bukan isu sementara, tapi Isu selagi mana Israel menduduki bumi palestin

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP